Saturday, December 15, 2018

JOM BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN FESTIVAL JLAND 2018 @BANDAR DATO’ ONN



Hujung minggu ni sempat isi masa lapang ke Festival JLand @Bandar Dato’ Onn yang bertempat di Tapak Ekspo Bandar Dato’ Onn. Untuk pengetahuan korang Festival JLand ni telah dianjurkan oleh Johor Land Berhad (JLand) dan akan berlansung bermula 14 hingga 16 Disember ni.

Festival ni bertemakan “Raikan Kemeriahan, Lestari Kehidupan”, dan saya difahamkan ianya dianjurkan bertujuan untuk mempromosi produk hartanah dan kawasan kediaman yang dibangunkan oleh JLand selain menjadi platform membina ukhuwah dan meraikan pelanggan setia syarikat, serta menjalinkan jaringan sosial dan profesional di kalangan agensi kerajaan berkaitan, pihak swasta mahupun masyarakat.


Selain dari itu, festival ni juga diadakan sempena meraikan Sambutan Ulangtahun Ke-50 Johor Corporation. Jadi korang boleh hadir seawal jam 8 pagi hingga 11.30 malam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ni.  Apapon Selamat Ulangtahun Ke-50 saya ucapkan kepada Johor Corporation.

PENGISIAN PROGRAM | Banyak betul pengisian program yang diorang aturkan kepada pengunjung dan antaranya seperti pameran oleh syarikat Kumpulan JCorp seperti KPJ Johor Specialist Hospital dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad; serta agensi kerajaan dan swasta termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Islam Malaysia, Proton Edar Sdn Bhd dan Jalen Distributors Sdn Bhd.


Festival ni juga turut menekankan kepada majlis ilmu dengan slot Bicara Hijrah dan Forum Perdana. Memang menarik kan?


Bukan sekadar pameran-pameran dan majlis ilmu sahaja,  mereka sudah semestinya ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan unik yang sesuai untuk seisi keluarga. Antara aktiviti menarik tersebut seperti belon udara panas, e-Sports Challenge, Green Run dan jualan Food Truck. Jadi tak perlu risau nak datang satu keluarga pun, memang semuanya ada. Apa yang lebih menarik pada masa sama, korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.




Untuk menarik minat dan keseronokan anak-anak, Festival JLand turut membuat penampilan khas maskot Angry Birds Activity Park serta Didi & Friends buat pengunjung kanak-kanak. Jadi ibu bapa tak perlu risau anak-anak kecil mereka tak nak datang ke sini.


Untuk sebelah malam pulak ada penampilan dan persembahan artis popular dalam Konsert Festival JLand. Antara artis yang dimaksudkan adalah seperti Ruffedge, Ismail Izzani dan Siti Sarah . Semuanya artis-artis popular tu. Bagi korang yang berada berdekatan, masih ada masa untuk kefestival ni lagi. Jangan lupa pergi beramai-ramai tau.

Jadi untuk maklumat lanjut mengenai Festival JLand 2018 @Bandar Dato’ Onn, korang boleh layari laman Facebook rasmi Festival JLand 2018 atau terus hubungi  mereka di 07-2221767.

0 comments: