travel, food and lifestyle blog

Followers

MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA

Seperti yang korang sedia maklum, negara Jepun merupakan salah sebuah negara di Asia yang mempunyai empat (4) musim iaitu, musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Untuk artikel kali ni, saya akan berkongsi beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang korang boleh lakukan pada musim panas di Okayama Jepun.


MUSIM PANAS DI JEPUN | Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Hujan turun berterusan dari akhir Jun hingga pertengahan Julai. Dalam tempoh ini, buat sementara suhu akan jatuh, dan penduduk akan berasa sejuk. Tempoh masa ini di panggil “Tsuyu”. Pada akhir tempoh Tsuyu dipanggil "Tsuyu-ake". Apabila musim hujan ini berakhir, suhu meningkat secara tiba-tiba, dan musim panas yang sebenar tiba. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.



Musim panas Jepun mempunyai ciri-ciri bukan sahaja cahaya matahari yang kuat dan suhu yang tinggi, tetapi juga kelembapan yang tinggi. Pada tempoh lawatan saya ke Okayama pada awal bulan Ogos yang lepas (1-7 Ogos 2018), suhu tertinggi yang sempat saya rasa adalah 37°C.

Acara acara biasa yang popular pada musim panas di Jepun adalah perayaan bunga api. Perayaan musim panas disambut di seluruh Jepun dari Julai hingga akhir Ogos dan penduduk penduduk tempatan mengadakan perarakan di bandar. Pertunjukan bunga api adalah satu simbolik acara musim panas di Jepun. Kami tidak bernasib baik kerana acara untuk perayaan bunga api di Okayama dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Apapun, jom baca apa aktiviti yang MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA kami.

AISKRIM DAN HIMAWARI DI HIRUZEN JERSEYLAND 

Hiruzen telah menjadi lokasi pertama yang kami kunjungi di sini. Ianya merupakan satu lokasi popular tanah tinggi yang terletak di Maniwa. Hiruzen Jerseyland sangat terkenal dengan kepelbagaian produk tenusu seperti susu yang segar, keju, dan banyak lagi. Jika korang sudah sampai ke sini, wajib untuk korang menikmati aiskrim (380¥) yang merupakan produk hasil dari tenusu paling popular di sini.


Selain dari itu, korang boleh menikmati keindahan Himawari (bunga matahari) yang berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau dan menyegarkan. Jika bernasib baik, anda juga boleh bergambar berlatarbelakangkan kumpulan lembu.


HIGH ROPE DI BOKEN NO MORI HIRUZEN

Juga terletak di Maniwa, Boken No Mori Hiruzen ni merupakan sebuah lokasi khas untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak. Terdapat banyak set cabaran (bermula 2000¥) yang boleh korang cuba dan sudah semestinya sangat sesuai untuk aktiviti team building pelbagai peringkat usia.


Apa yang menariknya berkenaan tempat ini, struktur pondok yang dibina adalah dari pine wood yang sangat cantik dan kemas. Struktur bilik airnya pula dikatakan ilham dari pakaian lagenda samurai. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di forest-ad.jp dan terus telefon ke 090-9052-4010.


SEGARKAN DIRI DI ONSEN (YUBARA HOT SPRING)

Apa yang lebih mengasyikkan dari dapat manjakan diri dengan berendam di dalam Onsen (air panas) selepas melakukan aktiviti lasak. Kolam onsen (Yubara Hot Spring) yang terkenal di sini merupakan sebuah kolam onsen semulajadi di bawah lembah, di Sungai Asahi dan kaki empangan.


Apa yang menariknya, korang boleh menikmati kolam onsen ini tanpa dikenakan apa-apa bayaran kerana ianya terbuka dan percuma untuk semua.


HOTEL TRADISIONAL JEPUN DI HOTEL KIKUNOYU

Hotel Kikunoyu merupakan sebuah hotel yang menawarkan penginapan ala rumah tradisional Jepun. Ianya terletak di utara terletak di utara Prefektur Okayama dan hanya beberapa minit jalan kaki untuk ke “Yubara Hot Spring”. Selain dari memberikan suasana sebenar penginapan rumah tradisional Jepun, anda juga berpeluang untuk memakai persalinan Yukata sebagai pakaian tradisional masyarakat Jepun.


Bukan sekadar itu sahaja, korang juga boleh menikmati makan malam dan sarapan pagi dengan makanan asli mereka di hotel ini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini : http://www.yubara-kikunoyu.com/en/.


Anda telah membaca article berkenaan MENARIK MUSIM PANAS DI OKAYAMA JEPUN HARI PERTAMA, untuk aktiviti pada hari kedua korang boleh nantikan pada artikel seterusnya.


Share:

22 comments:

  1. Jelessss zaza tengok mawardi gi jalan2 jepun.. Gambar semua lawa2 lah 😍 biasa jepun byk tau psl bandar utama je.. Tp yg hiruzen ni lokasi yg sgt menarik utk dikunjungi..

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya summer dekat jepun. Sekali sekala merasa summe dekat sana best juga kan. Banyak tempat menarik.

    ReplyDelete
  3. Wah.... keren juga ya musim panas di Jepun hehee. Saya pikir musim panas disana tak banyak destinasi yang bisa dikunjungi, rupanya kita juga bisa menikmati indahnya beberapa destinasi wisata ya

    ReplyDelete
  4. Wah banyak juga tempat menarik di Jepun yang Ika boleh lawati nanti. Bagus ni boleh buat panduan bila kesana tahun hadapan.

    ReplyDelete
  5. Walaupun nak ke jepun tu macam tak ada harapan je kan, tapi suka je baca experience orang pergi jalan sana sini tu. At least kalau saya tak dapat secara fizikalnye dekat sana, at least terbukak jugak minda ni bila baca entry travel macam ni

    ReplyDelete
  6. Eee kita cemburu awak dah pergi Jepun. Dan ke Okayama pulak tu. Kita pun nak pergi sini.. Hehe.. High rope tu interesting lah. Nak include dalam itinerary gak.

    ReplyDelete
  7. Serononknya tengok. Banyak tempat menarik dan aktiviti menyeronakkan boleh dilakukan walaupun dalam cuaca panas. Emm paling teruja tengok pemamdangan kat tanah tinggi..haiii bila lah nak sampai ni

    ReplyDelete
  8. Seronoknyeeer....tak sabar nak baca pengalaman yang seterusnye.Saya suka musim luruh. Cooling a bit.

    ReplyDelete
  9. Menariknya permandangan disana. Cantik sangat. Thank you sharing info sekali. 🙂

    ReplyDelete
  10. Wah madi kuat sungguh berjalan ni hahaha...nti kalau ada travel lagi jng lupa ajak kami ye

    ReplyDelete
  11. bestnya madi dah sampai jepun.doakan IP sampai ke sana jugak suatu hari nanti ye.teringin sangat nak sampai ke jepun dan korea hehehe.

    ReplyDelete
  12. Seronok baca trip jepun awak ni.. tgk bunga matahari tu boleh buat jatuh hati dan dh plan nakg jepun la nnt..jerserland dah macam dekat kundasang tu

    ReplyDelete
  13. Wow bestnya dapat pergi Jepun untung lah tak nak bawa kita pun hehehehe teringin sangat nak jejak kaki kat sana asyik tengok kawan-kawan jer pergi tempat semua cantik menarik dan tertarik huhuhuh...

    ReplyDelete
  14. Sis kalau kemana2 negara 4 musim ni mmg tak berapa suka musim panas..tapi macam menarik pulak tgok pemandangan dia time ni kan

    ReplyDelete
  15. Wow bestnya Mawardi dapat ke Jepun. Teringin betul nak ke sana tapi belum ada rezeki. Kita tengok-tengok jelah itinerary org tu. tengok gambar je buat org gigit jari tau

    ReplyDelete
  16. Oh baru tahu himawari tu maksudnya bunga matahari, terus teringat cerita Sin Chan. Lagi satu, memang mereka tidur atas lantai je ye? Tak guna katil? Unik betul..

    ReplyDelete
  17. Jauh berjalan tuan, sampai ke jepun untuk lihat bumi yang di hamparkan Allah swt kepada kita semua untuk menyaksikan sendiri bukti kekuasaannya

    ReplyDelete
  18. Wah...syoknya dpt gi Jepun mkn angina,kits entah blalah nk sampai ke sana..jepun pun ada musim panas yg tggi..

    ReplyDelete
  19. Untung sangat madi dapat pergi jepun..kita entah bila dapat jejak negara orang ni..cantik betul bunga matahari tu..baru tau nama dia himawari..macam nama orang dalam cerita jepun..hahaa..

    ReplyDelete
  20. Uargh hari tu ke Okayama tak sempat nak merasa aiskrim kat Hiruzen tu. Great article. Info berguna for those nak pergi Okayama. Baca artikel ni buat aku rasa rindu nak pergi sana lagi!

    ReplyDelete
  21. Subhanallah cantiknya pemandangan di Okayama

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive