travel, food and lifestyle blog

INSPITARI 2018 : MARTABAT SENI TARI MALAYSIA


Pada 3 dan 4 September 2018 yang lepas telah berlansungnya Inspitari 2018 di Istana Budaya Kuala Lumpur. Inspitari 2018 ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Istana Budaya.

MAKSUD INSPITARI | Inspitari merupakan gabungan dua perkataan iaitu Inspirasi dan juga tari yang bermaksud mengarap idea baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang tari. Inspitari 2018 merupakan satu usaha ke arah melahirkan karya dan produk baru dalam bidang tari yang lebih dinamik dan segar.
Untuk pengetahuan korang, Inspitari 2018 merupakan salah satu program penting JKKN dalam usaha memperkembangkan dan menyemarakkan Seni Tari di negara ini. Tahun 2018, merupakan tahun ketujuh Inspitari dilaksanakan setelah dua tahun tidak dilaksanakan iaitu pada tahun 2016 dan 2017.


Inspitari ni merupakan event yang sangat dinanti-nantikan oleh saya dan kawan-kawan. Tapi rasanya bukan kami je yang teruja dengan Inspitari ni sebab tahun ni tiket masuk habis dalam tempoh yang singkat selepas dibuka. Tapi kami bernasib baik kerana mendapat jemputan khas media dan boleh akses untuk dua-dua hari .


Pada malam pertama, persembahan Mek Mulung dari Kedah diangkat untuk menjadi asas persembahan. Pada malam kedua pula, persembahan Mak Yong dari Kelantan mencuit hati para penonton. Antara kumpulan yang terlibat dalam persembahan Inspitari 2018 ialah Permata Seni Tari Kanak-kanak & RemajaArtis Tari Istana BudayaASWARA dan Kumpulan Kesenian DBKL.


Persembahan yang cukup memukau dan bertenaga. Apa yang menariknya, walaupun ada dikalangan mereka masih kecil tapi penghayatan dan gerak tari yang dipersembahkan cukup professional.

Jika diimbas kembali sejarah bermulanya Inspitari pada tahun 2010 sehingga 2015, sejumlah 111 karya tari baharu telah berjaya dihasilkan dengan garapan dan olahan idea baharu, namun masih mengekalkan ciri-ciri asal identiti Malaysia. Manakala pada tahun 2018, seramai 276 orang artis budaya Kumpulan Kesenian Jabatan JKKN beserta 17 orang Koreografer akan menampilkan 15 karya baharu dalam program ini.


JKKN juga telah mengambil inisiatif untuk mendokumentasikan karya baharu yang dihasilkan untuk dijadikan salah satu usaha modul pembelajaran dan panduan kepada penggiat serta pelajar seni tari di Malaysia.

kredit photo dikbee.com

Share:

19 comments:

  1. Those tradisional dance looks awesome.. So cultural and so graceful! Worth a watch!~

    ReplyDelete
  2. Glad to come by your blog, love the photos here. Yeah Malaysia has beautiful culture, by the wayIstana Budaya I haven't go before.

    ReplyDelete
  3. Bestnya lama tak tengok persembahan budaya cenggini , fuhhh ralit kalau tengok makyongg

    ReplyDelete
  4. Seni tari ni melibatkan latihan berpanjangan barulah dapat capai kelembutan dan gerak langkah yang harmoni.

    ReplyDelete
  5. Seni tari warisan turun temurun bergenerasi memang patut di pelihara supaya dapat di wariskan pula kepada anak cucu kita

    ReplyDelete
  6. wah menarik dapat tengok tarian macam ni..bgus inovasi dibuat..memartabatkan seni tari..kita dulu suka menari tapi tak masuk pun kelas tarian masa uni dulu..hehe

    ReplyDelete
  7. Saya rasa seni tari tak ada masalah, asalkan tak bercampur lelaki dan perempuan. Adat bersendikan kitabullah. Barulah boleh di sambungkan biar mati anak, jangan mati adat.

    Adat yang tak bersandarkan syariah islam dan zalim patut di ganti

    ReplyDelete
  8. Dah lama Tak tengok inspitari. Tak dinafikan acara ini begitu menarik Dan wajib diadakan setiap tahun.tahniah jkkn

    ReplyDelete
  9. Bila nak tengok madi menari pulak hehehehe
    Bagus betul perkongsian madi ni.Yes tarian memang satu yang perlu diperkembangkan dan dipelihara.Nak2 tarian tradisional tu.

    ReplyDelete
  10. Bestnya ada peluang tengok persembahan seni macam ni. Sebenarnya Fadzi teringin je nak tengok. Nak nak yang real life depan mata ni. Baru syok

    ReplyDelete
  11. waah!! nampak menarik juga ye inspitari ni. teringin juga nak pergi tengok tayangan tarian tradisional ni. apa2 yang berkaitan dengan budaya memang menarik.

    ReplyDelete
  12. Teringat zaman2 menari dulu, tapi menari untuk majlis tertutup dan kecil2 jerk. Paling mencabar adalah tarian gamelan.

    ReplyDelete
  13. Beruntungnya dapat pegi.. AM pun dapat jemputan tapi kekangan masa kan.. terubat nak tgk info inspitari yg dipersembahkan.. terima kasih atas perkongsian yg menarik ini

    ReplyDelete
  14. Lama dah tak tgok persembahan tarian cam ni..dulu2 rajin ikut kakak2 buat perswmbahan kebudayaan sebab depa penari kebudayaan Malaysia..bila masing2 dh khawin semua stop dn sis pun stop tgok

    ReplyDelete
  15. Dulu adk llki suka join macam ni. Minat bidang tarian masa zaman sekolah. Pernah sampai ke johor bhru join aktiviti macam ni. Aktiviti macam ni perlu diperluaskan lagi. Supaya anak anak muda zaman sekarang lebih mengenalinya.

    ReplyDelete
  16. Tarian melayu dah diangkat martabatnya utk mwngekalkan kesenian yang ada.. tak semua anak2 muda sekarang tahu pasal traian tradional kita. Liez suka tgk tarian makyongg

    ReplyDelete
  17. Nampak best je inspitari nie yer Mawardi. Rasa mcm nk pergi tengok. Gabungan inspirasi dan tari sudah pasti membawa tarian ke tahap yg lebih tinggi.

    ReplyDelete
  18. Suka juga tengok persembahan mcam ni. Kalau diberi peluang nak juga tengok. Baru tahu juga Inspitari ni. Atleast orang luar lebih mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tarian.

    ReplyDelete
  19. Never know type of dance at all. Best tengok orang yang pandai menari. Lemah gemalai and very attractive too when they interpret the music with physical movement.

    ReplyDelete

Followers

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive