travel, food and lifestyle blog

Followers

MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG


Jantung Sihat

MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG | Apabila kita memperkatakan betapa pentingnya jantung yang sihat. Perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran ialah mencegah sakit jantung. Hakikatnya, kesihatan jantung bukan setakat tertumpu kepada usaha mencegah penyakit. Terdapat pelbagai manfaat yang dibawakan oleh jantung yang sihat, dan semua ini diperolehi apabila anda memulakan perjalanan untuk menjaga kesihatan jantung. Empat penceramah di Bengkel Jantung Sihat, yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 September membincangkan beberapa cara anda boleh menjaga kesihatan jantung dengan memastikan anda Makan Dengan Bijak, Bersenam Dengan Bijak, dan Tidur Dengan Bijak.

BENGKEL JANTUNG SIHAT

Tiga langkah yang berkesan dan mudah ini menjadi tumpuan Bengkel Jantung Sihat, yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 Septernber 2018. Para peserta telah diperkenalkan cara-cara untuk Makan, Bersenam dan Tidur dengan Bijak untuk rnenjaga jantung mereka dengan cara terbaik, selain menerangkan manfaat produk berkhasiat seperti Anlene Heart Plus.

Jantung Sihat
"Dengan trend membimbangkan hampir satu daripada empat pesakit serangan jantung berusia di bawah 50 tahun, memang tiada masa yang tertalu awal untuk mula melindungi jantung dan mengekalkan kecergasan anda supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya kehidupan," kata Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia.
Beliau menambah, "Anlene menyokong cara hidup sihat dengan menekankan daya pergerakan, fungsi sendi dan otot tulang, dan betapa pentingnya amalan hidup aktif untuk menjaga kesihatan badan termasuk jantung yang sihat." 
Pakar Kardiologi

Antara pakar yang berkongsi ilmu mereka di acara ini terrnasuk Pn. Megawati Suzari dan Datuk Dr. Sanjiv Joshi, Pakar Runding Kardiologi di Hospital Pantai Kuala Lurnpur; En. Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn. Bhd; Cik. liew Yen Lee, Pakar Pemakanan Kanan di Fonterra Brands Malaysia; dan Dr Kong Min Han, Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Kuala lurnpur.

LEMBARAN FAKTA

Berikut merupakan beberapa fakta penting yang perlu diketahui rakyat Malaysia agar Bijak Menjaga Kesihatan Jantung yang di kongsikan melalui Bengkel Jantung Bijak.



Makan Dengan Bijak

Liew Yen Lee, Pakar Runding Kanan di Fonterra Brands Malaysia, berkata, "Diet yang seimbang amat penting untuk menjaga kesihatan; bagaimanapun ramai di antara kita yang tidak mengamalkan pemakanan sihat setiap harl. Hanya 6, daripada dewasa Malaysia makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari, atau mematuhi cadangan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah Garis Panduan Diet Malaysia 2010."

Terdapat tanggapan bahawa amat sukar untuk makan dengan sihat di Malaysia kerana kita dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Bagaimanapun, segalanya bergantung pada pilihan yang lebih sihat: contohnya langkah mudah seperti menambah sayur-sayuran ke dalam hidangan atau menambah susu ke dalam bijirin sarapan kita.

JANTUNG SIHAT

Buah-buahan dan sayur-sayuran ialah kumpulan makanan yang kaya dengan sumber serat pemakanan, vitamin dan antioksidan dan membawa manfaat kepada kesihatan jantung. Selain itu, dewasa Malaysia tidak rnengambil susu dan produk tenusu secukupnya setiap hari. Satu tinjau selidik mendapati bahawa hanya 24.4% dewasa memenuhi jumlah sajian harian yang disyorkan. Orang ramai perlu sedar bahawa susu boleh ditambah sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk jantung.

Anlene Heart Plus ialah produk susu berkhasiat yang boleh ditambah ke dalam diet harian anda. la dirumus khas dengan bahan bermanfaat seperti sterol tumbuh-tumbuhan, untuk membantu mengurangkan kolesterol dan juga bahan lain seperti omega-3, kolagen, kalsium dan protein. Pilihan makanan yang bijak amat penting untuk kesihatan jantung."


Bersenam Dengan Bijak

Seorang daripada tiga dewasa Malaysia didapati tidak menjalani kehidupan secara aktif menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015.

Ahli Fisioterapi

Kehidupan yang aktif serta diet yang sihat rnenghasilkan tekanan darah yang lebih baik, mengurangkan paras kolesterol dan trigliserida, mengurangkan lemak di sekitar jantung, melegakan radang dan mengurangkan hormon tekanan.
Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn. Bhd berkata, "Rakyat Malaysia seharusnya berusaha untuk berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehart dan cuba melakukan senaman yang sederhana dan intensif 2-3 kali seminggu untuk menjaga kesihatan jantung mereka."

Tidur Dengan Bijak

Sehingga 90% rakyat Malaysia mengalami masalah tidur dan mereka lazimnya tidur secara purata 6.4 jam sehari. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai risiko 71% mengalami sakit jantung.

Pakar ENT

Dr. Kong Min Han, Perunfing dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak di Hospital Pantai Kuala lumpur berkata ramai rakyat Malaysia mengalami apnea tidur, dan tidak menyedarinya. 
Menerangkan tentang gejala apnea tidur, Dr. Kong berkata, "Keadaan yang dialami ibarat anda telah tidur 7-8 jam, dan anda bangun tidur dan rasa seolah-olah anda langsung tidak tidur."
Apnea tidur ialah faktor risiko tinggi bagi sakit lantung kerana kesannya terhadap tekanan darah dan sistem saraf. Sistem saraf simpatetik mengawal kadar jantung dan penyempitan salur darah.

BOOTH PEMERIKSAAN KESIHATAN

Selain dari bengkel Jantung Bijak, terdapat juga booth-booth untuk pemeriksaan kesihatan dan susu Anlene. Para tetamu yang hadir juga diberikan makan siang yang sihat dan goodie bag yang cukup berbaloi.

Bengkel Jantung Sihat

Bengkel Jantung Sihat

Anda telah membaca artikel berkaitan MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG.


Share:

21 comments:

  1. kadang2 susah juga nak tidur..moga dijauhkan la dari penyakit jantung...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada bengkel macam ni sebab maklumlah sekarang ni pengambilan makanan dah tak sebaik zaman dulu. Fast food pon bersepah2. Btw, sebelum ni tak pernah tahu cara tidur sihat tu. Menarik!

    ReplyDelete
  3. Wah... Bagusnya ada bengkel macam ni. Setidak-tidaknya menyedarkan kita tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung yang mesti ramai (termasuk saya) yang terlepas pandang. Bagus betul inisiatif daripada Anlene ni. Okey bang jom bersenam. Haha

    ReplyDelete
  4. Yang bab makan tu sangat senang bagi saya but bab bersenam and tidur tu...heavy task for me la. Tapi I tak pernah lupa minum susu.

    ReplyDelete
  5. my favourite drink too and healthy, I wanna stok up Anlene. My dear too says he likes to drink Anlene.

    ReplyDelete
  6. Mak TB pun minum susu Anlene jugak dari dulu.. baik untuk kesihatan jantung.. TB je tak sedar2 lagi nak start minum susu balik.. huhu.. semalam baru try minum susu balik.. eh. eh.. sedap pulak..

    ReplyDelete
  7. memang kene besenam hari walaupun tak banyak, sket pun jadilah. minum susu ni sebagai salaj satu cadang. susu pun mesti kena minum untuk kesihatan tulang tau

    ReplyDelete
  8. aida kerap gak beli anlene. terutama bila ada promo.
    perempuan. osteoprosis. kena minum susu. cegah sebelum parah.
    jantung pun. from now kena jaga. tido. bersenam. penting.
    semua tu berkaitan dgn kesihatan. satu tak betul, kitaran kesihatan akan jadi kelam-kabut.
    aida da start bersenam. tak dpt keluar, joget robik depan tv sensorang. tiap mlm try to tido by jam 11 mlm. cuba utk hidup terus menerus dgn sihat, Mawardi.
    tq for sharing. ni tambah ilmu aida.

    ReplyDelete
  9. Bella dah start minum Anlene setahun lebih ni. Boleh nampak lah perubahan nya, sebab masa kecik2 dulu selalu minum susu pastu stop. Haa, dah tua2 ni start lah minum balik takut calcium tak cukup nanti osteoperosis pulak. Bella first time dengar Anlene Heart Max ni. Yang penting, kita kena practice healthy lifestyle supaya sihat sampai ke tua.

    ReplyDelete
  10. bengkel macamnilah bagus sebab disamping dapat lebih info tentang kesihatan, kita juga boleh tau apa yg kita perlu buat.. wawa mmg consume anlene utk tulang selepas wawa ada kes jatuh dulu.. doc sarankan minum utk yg umur 20 an tu.... kalau rasa tak sihat je tulang blkg, wawa akan minum dan alhamdulillah masih cergas smpi skrg.. tapi bkn sekadar minum, kenalah juga jaga pemakanan dan bersenam...

    ReplyDelete
  11. Rakyat Malaysia sekarang ni muda-muda pun dah meninggal akibat sakit jantung. Bagus ada kempen macamni

    ReplyDelete
  12. Bab bersenam tu nk kena usaha juga.. Nk2 bila kemalasan melanda.. Tidur yg cukup mmg kita akan rasa lebih segar dan bertenaga ..tq share fakta penting utk jantung

    ReplyDelete
  13. Bagus ada bwngkel.ttg kesihatan ni.. sekurang2 nya bagi kesedaran pada kita utk jaga pemakanan dan rajin bersenam.. minum anlene mmg bagus

    ReplyDelete
  14. Sebelum ni malas nak ambil tau pasal kesihatan tapi bila usia dah meningkat ni terpaksa juga kena ambil berat. Ye la, skarang ni penyakit buka kira umur, kadang2 muda2 lagi dah sakit. huhu

    ReplyDelete
  15. Sis mmg dh kena ambil anlene ni,maklum umur makin meningkat ni mcm2 kena jaga..dh lah tido x cukup n senaman x buat..huhuhu.

    ReplyDelete
  16. Ramai dari kita sekarang ni muda muda dah mengalami masalah kesihatan. gaya hidup tak aktif dan berat badan berlebihan.

    ReplyDelete
  17. Erm.. tak pernah minum susu Anlene ni.
    Mak ngn adk lelaki dulu dok amalkan lagi. Kita ni bila la nak start..
    Kesihatan perlu dijaga dari mula kan..

    ReplyDelete
  18. bagus bengkel ini untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang kepentingannya menjaga kesihatan..banyak input kita dapat dengan menghadiri bengkel seperti ini

    ReplyDelete
  19. Bagus Anlene menganjurkan workshop kesihatan yang membawa faedah kepada semua.Kadang-kala kita memang busy sampai melupakan untuk bersenam. Asyik makan tidur je...huhu

    ReplyDelete
  20. Ape pun perlu seimbamg supaya tidak berlebihan. Bila berlebihan itu yang menjadikan kita mengamalkan gaya hidup yng tak sihat. Bagus perkongsian ni, saya suka

    ReplyDelete
  21. I love the taste of this brand. definitely will choose it among the milk~

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive