travel, food and lifestyle blog

Wednesday, May 30, 2018

BUFFET RAMADAN 2018 : THE WESTIN HOTEL KL


Pada tahun ini, THE WESTIN HOTEL KL kembali dengan hidangan bufet ramadan yang bertemakan Juadah Iftar Kampung. Walaupun ianya menfokuskan pada konsep juadah kampung, mereka juga tetap menawarkan beberapa jenis masakan dari seluruh dunia termasuklah menu barat.

JUADAH IFTAR KAMPUNG

Terlalu banyak menu yang ditawarkan di dalam bufet ramadan di THE WESTIN HOTEL KL ni. Apa yang paling menarik perhatian saya pada tahun ni, mereka ada menawarkan pilihan Assam Pedas Claypot (Fish with Spicy Tumeric Coconut). Pelbagai pilihan makanan laut yang segar boleh dipilih dan diserasikan dengan selera anda sama ada Assam Pedas Melaka dan Assam Pedas Johor. Selain dari itu, korang juga boleh menikmati Masak Tempoyak Claypot yang sangat lazat.



Menepati citarasa juadah kampung, mereka ada menawarkan beberapa menu popular kampung seperti Kari Daging Tetel, Ayam Sambal Hijau, Gulai Keting Kambing Keluak, Kupang Berlado, Ketam Masak Lemak Nenas, Udang Sambanl Petai, Labu Pucuk Manis Lemak Putih, Udang Sambal Petai, Ketam Masak Lemak Nenas, dan banyak menu lain lagi.

Kari Daging Tetel

Ayam Sambal Hijau

Gulai Keting Kambing Keluak

Kupang Berlado

Ketam Masak Lemak Nenas

Udang Sambal Petai

Labu Pucuk Manis Lemak Putih




Selain dari menu-menu istimewa di atas, mereka juga ada menghidangkan menu signature mereka iaitu Westin Biryani disertakan dengan Kambing Panggang dilengkapi dengan Mint Sauce dan dan banyak lagi.


Westin Biryani disertakan dengan Kambing Panggang

Untuk pencuci mulut pula, mereka ada menyediakan pebagai jenis kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut yang lazat dan moden. Bagi korang yang skakan pada sesuatu yang sejuk, korang boleh cuba yougurt dan beberapa pilihan ais krim yang sangat lazat.



Buffet berbuka puasa di THE WESTIN HOTEL KL ini akan berlansung bermula 19 Mei @018 sehingga 12 Jun 2018 dengan harga RM158 nett untuk orang dewasa.


Bagi melengkapkan lagi konsep juadah kampung, dengan tambahan hanya RM18 per pax korang boleh menikmati bufet Durian sehingga puas. Ini sudah semestinya menjadi berita baik untuk mereka yang kaki durian. Jadi apa korang tunggu lagi, buat tempahan sekarang atau boleh terus ke sana.


THE WESTIN KUALA LUMPUR

199, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
T +6 03.2731.8333
F +6 03.2731.8000
Westin.com/kualalumpur


Share:

2 comments:

  1. Hamboii buffet dia siap dengan pakej makan duriann..uiii sedapnyaaaa uiiii

    ReplyDelete
  2. Part durian tu nak! OMNOMNOM 😍

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive