travel, food and lifestyle blog

Followers

ANTARA BAJU MELAYU DAN KURTA , MANA PILIHAN ANDA?


Soalan pertama saya untuk semua pembaca blog ni khususnya kaum adam, "Antara Kurta dan Baju Melayu yang mana menjadi pilihan korang untuk dipakai dan digayakan di pagi Hari Raya?". Saya percaya Baju Melayu atau Kurta mempunyai peminatnya tersendiri dengan atas sebab tertentu. Kalau korang tak percaya jom kita tengok kaji selidik yang saya dah buat di Facebook saya.


Pada kaji selidik ringkas yang dah saya buat, saya dapati lebih ramai kaum lelaki memilih Baju Melayu dari Kurta untuk digayakan pada pagi raya mereka. *bagaimana pula dengan anda? . Setiap individu sudah semestinya mempunyai hak dan sebab kenapa mereka lebih memilih sesuatu fashion dan bagi saya ianya tiada yang salah.


Ada yang mengaitkan dengan tradisi, ada juga mengaitkan dengan keselesaan dan macam-macam lagi. Malah, selain dari pilihan Baju Melayu dan Kurta, jangan terkejut ada yang memilih untuk berbaju t-shirt sahaja kerana alasannya lebih selesa dan macam-macam lagi.


Saya setuju jika pilihan Baju Melayu itu dikaitkan dengan tradisi Hari Raya kita. Sudah bertahun lamanya jika tibanya hari raya, maka Baju Melayu lah yang kita akan cari. Baju Melayu juga dikenali sebagai pakaian tradisional dan kebangsaan untuk lelaki Melayu.

Koleksi baju melayu raya 2018 dari Cirgaro

Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang. Set Baju Melayu ini biasanya akan dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terkenal dengan dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang.

Kalau korang nak tips memilih baju raya 2018 korang boleh ke blog www.budaklelaki.com . Jadi kalau korang nak shopping baju melayu online, korang boleh ke cirgaro.com kerana mereka ada jual Baju Melayu Ready Made dan Baju Melayu Berkualiti.


Kurta dikatakan cukup popular di kalangan masyarakat Pakistan. Tapi, ianya semakin menjadi trend sejak beberapa tahun ini di Malaysia untuk dipakai oleh kaum lelaki Melayu untuk ke majlis keagamaan dan sebagainya. Ini kerana ianya lebih mudah dan praktikal dari Baju Melayu.

Koleksi Kurta Bangsawan 2018 dari Cirgaro

Kurta asli merupakan pakaian yang longgar yang mana panjang bahagian bawahnya boleh mencapai lutut. Oleh kerana kurta sudah menjadi satu trend di Malaysia, banyak kurta telah direka dan diolah kearah lebih moden dan sesuai mengikut kehendak dan gaya lelaki terkini.

Jadi kalau ditanya kepada saya, saya akan memilih Kurta kerana sudah semestinya ia lebih praktikal dan boleh dipakai banyak kali ke pelbagai majlis. Nak pula kalau Kurta Lelaki Moden dari koleksi Kurta Bangsawan 2018 dari Cirgaro ni, kerana ianya diperbuat dari material yang sangat berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki.  Kurta Bangsawan 2018  ini merupakan Kurta Moden Online yang korang boleh beli dan dapat di Butik Kurta Lelaki cirgaro.com.

Kalau takut untuk shopping secara online, korang boleh ke beberapa booth mereka di sekitar Shah Alam yang dibuka sempena raya ni. Jadi disini korang boleh lihat dan rasa sendiri material yang mereka gunakan untuk pakaian-pakaian mereka.

>>ANTARA BAJU MELAYU DAN KURTA , MANA PILIHAN ANDA?<<

MAKLUMAT CIRGARO APPAREL

Jadi kalau korang berminat untuk memiliki mana-mana jenis baju seperti Baju Melayu atau Kurta Moden, korang boleh dapat maklumat lanjut di website dan media social mereka sekarang. Selain dari Kurta dan Baju Melayu, mereka juga ada menjual Baju Kurung dan banyak lagi. 

Contact No : 017-6055338

Alamat : 
Butik Cirgaro Apparel , 
Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam 
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, 
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

atau

Booth Raya di 
Ground Floor Plaza Shah Alam 
(berhadapan Giordano) 

atau

Booth Raya di 
Ground Floor Aeon Shah Alam 
(berhadapan Padini)

Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam ,
sehingga malam raya

Share:

20 comments:

  1. Kalau Suami Sis memang tak reti pakai Kurta, lagipun dia tak sesuai pakai, orangnya rendang. Kalau anak bujang Sis ya, encem bergaya pakai Kurta..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Ikut mood. Kalau Rawlins nak santai, maka Kurta pilihan. Tapi kalau nak all-out, memang baju melayu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Saya rasa baju melayu dengan kurta lebih kurang sama je, cuma kurta tak sekali set ngan seluar. Apa-apa pun kekemasan paling penting.

    ReplyDelete
  4. Kalau tanya akak, akak suka lelaki pakai baju melayu johor..cantik jer..nampak hensem dan nampak kemelayuannya..akak x berapa minat lelaki pakai Kurta..ada gak cakap ngan cik abg akak..reject terus ..

    ReplyDelete
  5. saya pilih dua-dua! baju melayu pakai 1s day dan kurta lak pakai hari kedua atau 3. so insyallah tahun ni nak dapatkan dua-dua

    ReplyDelete
  6. Saya sebenarnya suka dua-dua tapi pakai pun ikut keselesaan dan kesesuaian diri dan majlis. Gitu.. Tapi memang selalu juga tengok2 produk kurta atau baju Melayu daripada cirgaro sebab baju diorang memang classy dan yang penting selesa bila pakai. Berkualiti!

    ReplyDelete
  7. dua du kena pkai.. baju mlayu raya ptama kurta boleh pkai raya kdua.. hihi nmpak selesa skit sbb nak beraya banyak tempat kan.

    ReplyDelete
  8. Kurta looks nice and you can wear for casual at work. And Kurta make you look more fashionable. I like Kurta more.

    ReplyDelete
  9. ikutkn bj melayu lg suka tgk suami pakai tp last year die nk kurta...thn ni tk pasti lg bj melayu ke kurta

    ReplyDelete
  10. kalau pakai baju Melayu rasanya nampak sipemakai tu lebih bergaya dan handsome kot..kurta kan nampak simple tu yg buat pemakai nampak simple.ehehe

    ReplyDelete
  11. Prefer baju melayu jugak sebab macam dah jadi tridisi. Hari raya dan baju melayu berpisah tiada. Tapi cantik lah baju melayu ni. Kurta pon cantik.

    ReplyDelete
  12. Hehe tahun ni kak min pilih kurta untuk suami ekeke nampak cam menarik plak pakai kurta lagipun sekali sekala buat kelainan pun bagus gak..anyway thanks share pasal cirgaro ni so leh la akk gi sana plak soping raya lagi wakakaka

    ReplyDelete
  13. Lia suka tengok lelaki berbaju melayu dan bersampin di pagi raya . Baru lah smart kan . Dah Lama baju melayu diamalkn dari dulu lagi. Tak salah pakai kurta tapi baju melayu jngan dilupa.

    ReplyDelete
  14. lawanya cutting baju melayu dia...memang rekaan terkini gaya macam ni kan...butik kat shah alam dekat jer ngan rumah, leh suruh laki akk survey baju raya untuk dia la

    ReplyDelete
  15. Sis memang suka kalau orang pakai baju melayu dari kurta, nampak kemas je. Tapi anak-anak bujang sis lebih suka pakai kurta, katanya senang..umm entah apa yg senang tak tahulah..hahaha

    ReplyDelete
  16. why choose one when you can have both ? hahahaha. anyway, raya pertama WAJIB baju melayu sbb rasanya macam tak lengkap pulak beraya tidak berbaju melayu dan bersampin lengkap. kurta hari raya kedua okay lah

    ReplyDelete
  17. dua dua pun nice o.. baju melayu ada baju melayu punya criteria, kurta ada kurta punya fashionable.. hehe~

    ReplyDelete
  18. Baju raya ni skeptical juga pada mula kawin dulu. Mesti nak baju melayu tapi bila ikut masa dan trend gak. Tahun ni trend kurta, so mesti ramai pakai kurta. Jadinya, terpulang pada si pemakai, adakah selesa padanya

    ReplyDelete
  19. Both designs looks really goof, overall Cirgargo Appareal sells really fashionable clothing, wouldn't want to miss them out for Rays.

    ReplyDelete
  20. suami ciktom hari raya pertama prefer baju melayu..raya kedua barulah berkurta..seterusnya kemeja atau tshirt. hihihi... Smart dan simple koleksi baju melayu dan kurta Cirgargo.

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive