FOODMARKET ANJUR TERENGGANU WEEK PADA 25-29 APRIL 2018 INI


Negeri Terengganu cukup sininum dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisinya.Apa yang boleh saya katakan, saya sendiri tidak pernah puas untuk ke sana kerana tempat dan makanannya. Sebelum ini, saya telah kongsi tentang 5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU.

Untuk artikel kali ini, saya tak berniat untuk bawa korang ke negeri Terengganu, tapi cukup untuk  membawa korang menikmati keunikan dan keidahan budaya dan makanan tradisinya di FoodMarket Kuala Lumpur.

1.0 FOODMARKET


Foodmarket, mula beroperasi sejak 2016 lagi dengan menggunakan platform digital (https://foodmarket.com.my/). Atas permintaan ramai, mereka mula mewujudkan physical store pada Oktober 2017 yang lalu di Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Foodmarket lebih menfokuskan pada produk IKS buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dengan citarasa kampung. Apa yang saya boleh katakan, seanya seakan gedung jualan pelbagai jenis makanan kampung yang rare dan unik.


Ia diilhamkan oleh pengasasnya yang sangat menyukai makanan dan suka memasak. Beliau sendiri menyedari bahawa tidak mudah untuk mendapatkan produk tertentu dan bahan masakan di bandar seperti Kuala Lumpur.

  1.1 TERENGGANU WEEK DI FOODMARKET


Foodmarket tidak pernah lokek dengan aktiviti yang sentiasa mengujakan para pelanggannya dan tidak membosankan. Kali ini kedai yang seolah-olah pasar nostalgia ini akan menganjurkan Terengganu Week bersempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu yang jatuh pada 26 April 2018.


Terengganu Week akan berlangsung selama 5 hari di Kedai Foodmarket yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras bermula dari 25 hingga 29 April 2018. Anda bagaikan berada di Pasar Payang tetapi dalam susun atur yang lebih moden dan chic.

Bersempena minggu istimewa ini pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas dari Terengganu untuk para penggemar makanan tempatan di Kuala Lumpur. Yang pastinya makanan popular seperti keropok lekor losong, nasi dagang dan satar pasti ada nanti.


Inilah masanya juga untuk kita mengenali kuih-muih tradisi yang sukar didapati di kotaraya seperti Tok Aji Serban, Krekoh Puek, Qasidah, Koleh Lemok, Bekang, Kayu Keramat dan macam macam lagi yang akan dijual sepanjang 5 hari tersebut.


Hampir 100 jenis produk usahawan IKS dan kampung juga akan dijual hasil daripada sokongan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) serta aktiviti seperti demo masakan telah diaturkan. Cabutan bertuah percutian di Terengganu juga dirancang untuk pelanggan yang bertuah. 

Jangan lupa 'pakat turun ramai-ramai' ke Foodmarket, membeli belah dan pastikan anda bergambar dan selfie kerana Foodmarket dihias indah dengan dekor yang sangat hipster dan nostalgik yang pastinya menggamit memori anda di kampung. 

Maklumat program:

Tarikh : 25 hingga 29 April 2018

Waktu Operasi : 10 pagi hingga 10 malam

Lokasi : Bandar Seri Permaisuri, Cheras
(berdekatan Q Bistro dan berhadapan Hidaya Mart & 7Eleven)

Waze : Foodmarket

Telefon:
+6019 666 4889

Web:

Email:

Sosial Media:

Post a Comment

0 Comments