SENARAI PENUH PESERTA DAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-32 (AJL32) TAHUN 2018


Tahun ni saya sendiri berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) secara langsung. Sebanyak 12 buah lagu berjaya layak ke pentas akhir AJL32 yang berlangsung pada 11 Februari 2018 yang lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil.

1.0 ANUGERAH JUARA LAGU KE-32 (AJL32)

Memandagkan tema AJL32 pada tahun ni adalah Fesyen & Muzik, maka artis-artis dan penonton yang hadir juga tampil dengan pelbagai fesyen yang berkaitan. Apa yang saya nak katakan bahawa, persembahan pembukaan tirai malam AJL32 oleh Stacy cukup bertenaga dan memukau seluruh penonton di Axiata Arena.


AJL32 kali ini telah dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar. Apa yang boleh saya katakan ianya merupakan gandingan bakat yag cukup sempurna dan sangat best. Dengan bakat dan perwatakan Alif yang cukup cool dan Sherry yang sangat lucu itu menjadikan pentas AJL32 ni sangat meriah.

1.1 SENARAI FINALIST AJL32

Berikut ialah senarai penuh lagu, artis, komposer, penulis lirik dan muzik video bagi lagu-lagu yang telah berentap di pentas AJL 32 .

1. Lagu : Akhirnya Cinta
Artis : Salma Asis
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai & Slen

2. Lagu : Bayang
Artis : Khai Bahar
Komposer : Eddy Khalifah
Penulis Lirik : Eddy Khalifah

3. Lagu : Sejati
Artis : Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir)
Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

4. Lagu : Amboi
Artis : Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet

5.Lagu : Aku Yang Sebenar
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Datuk M. Nasir
Penulis Lirik : Ad Samad

6. Lagu : Warkah Untukku
Artis : Ara Johari
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq

7.Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

8. Lagu : Lebih Sempurna
Artis : Syamel
Komposer : Syamel/Edry Abdul Halim/Boy Anaz
Penulis Lirik : Syamel

9. Lagu : Tergantung Sepi
Artis : Haqiem Rusli
Komposer : Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu

10. Lagu : Jampi
Artis : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

11. Lagu : Menahan Rindu
Artis : Wany Hasrita
Komposer : Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu

12. Lagu : Aku Cinta
Artis : Syamel & Ernie Zakri
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

1.2 SENARAI PEMENANG AJL32

Berikut pula merupakan senarai pemenang AJL32 ni. Keputusan yang tidak di sangka-sangka dan semestinya memberi kejutan kepada peserta dan penonton.



Juara :
Jampi - Hael Husaini


Naib Juara :
Sejati - Azmi Caliph Busker



Tempat Ketiga :
Tergantung Sepi - Haqiem Rusli


Vokal Terbaik :
Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri


Persembahan Terbaik :
Amboi - Altimet



Penyanyi Pilihan Samsung : 
Bayang - Khai Bahar


Apapon Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32. Yang tak menang bukan bermaksud lagu korang tak berkualiti dan tak sedap. Memang sudah adat dalam pertandingan. Kepada korang yang terlepas peluang menonton AJL32, jangan lupa terus streaming je di www.tonton.com.my . Daftar tonton sekarang!

Post a Comment

15 Comments

  1. Congratulations to all winners!

    ReplyDelete
  2. Tahniah kpd semua pemenang.. memang tak dinafikan kehebatan dan bakat-bakat mereka yang menang. Malah semua peserta pun bukan calang2 artis dengan bakat yg terserlah. Semoga industri muzik tanah air terus maju.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada semua pemenang, ernie lepas ni memang dia meletop la walaupun sebenarnya dia memang dah famous dalam ig walaupu sebelum masuk AJL suara dia memang fresh

    ReplyDelete
  4. Kita tengok list contestant, kita cuma kenal Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dengan Hazama je. Adakah petanda kita semakin tua?

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk semua peserta dan pemenang. Semua persembahan terbaik.. Ada kelebihan masing2..

    ReplyDelete
  6. congrats to all winners. tapi lisa paling suka azmi caliph busker menang even tempat kedua. sebab lirik dia memang best.

    ReplyDelete
  7. Selamat buat semua pemenang yaa. Suaranya pada bagus semua kok. :D Siap streaming nih.

    ReplyDelete
  8. Untungla dapat pergi. Siap party X-rated lagi tu. Jeless! Btw, ramai artis suara meletop. Erni dgn Syamel memang layak. Ernie best gila kot. Btw, Dyang punya performance sanagt expected. Huhu. Jampi memang sesuai jadi Juara. Ni barulah AJL. Konsep kain2 tu zaman bila dah weiii.

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada semua pemenang.memang dah jangka lagu jampi akan jadi juara.lagunya sedap di dengar dan x jemu.tahniah hael husaini

    ReplyDelete
  10. Akak terjebak tgok kat rumah masa tu..meriah sungguh..kalau dapat tgok live kan best kan...tahniah buat semua pemenang..best la madi dan kadan kawan2 lain dpt tgok dgn mata mata kepala sendiri

    ReplyDelete
  11. Sy tengok dekat rumah jer... tetap meriah, memang best betul AJL32 malam tu rezeki pada mereka Budak-budak baru nak up... opps Tahniah kepada Hael Husaini, Azmi Caliph Busker,Haqiem Rusli, Syamel & Ernie Zakri & altimet.

    ReplyDelete
  12. Memang best lagu Jampi tu. Macam kena guna-guna pun ada rasanya. Puas hati tahun ni punya pemenang.

    ReplyDelete
  13. Tahniah kepada semua pemenang... setiap tahun, ada sahaja muka baru diketengahkan dan lebih berbakat dipilih sebagai pemenang.

    Tahniah sekali lagi...

    ReplyDelete
  14. Seronoklah awak dpt gi tgk live, takpe next year kak plk gi..tahun ni puas hati dgn keputusan pemenang sbb juri2 dia pun semua hebat2 belaka jd dah xda bunyi-bunyi kat belakang lgkan?

    ReplyDelete