travel, food and lifestyle blog

Followers

PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI


unifi, sebuah jenama perkhidmatan komunikasi internet yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Sempena tahun baru 2018, mereka telah menawarkan sesuatu yang baru kepada semua pelanggan-peanggannya.

1.0 PELANCARAN PENJENAMAAN BAHARU UNIFI

Saya sendiri telah memenuhi jemputan ke majlis Pelancaran Penjenamaan Baharu Unifi yang telah dilangsungkan pada 24 Januari 2018 lepas di TM Convention Centre, Bangsar.


Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazali Ramli, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, bersama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Unifi TV, Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Unifi Mobile serta barisan pengurusan kanan TM.

Tahun 2018 ini menyaksikan penawaran terbaru kemudahan Unifi yang merangkumi keperluan kediaman, mudah alih, TV dan Wifi, seterusnya menjadikan Unifi satu-satunya jenama dalam industri telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan sambungan internet menyeluruh sebenar dengan pelbagai kandungan bertaraf dunia dibawah satu bumbung.

Inisiatif baharu yang ditawarkan adalah Unifi Home - ‘Perfect Squad’, pembebasan perkhidmatan mudah alih pertama Unifi Mobile - #BEBAS dan program gameshow interaktif secara langsung ‘Teka Tekan’ yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM20,000 kepada para penonton. Selain itu, pelbagai lagi inisiatif telah dirancang bagi memenuhi keperluan pelanggan sepanjang tahun 2018.

2.0 PENJENAMAAN BAHARU unifi 2018

Sempena pelancaran baru-baru ini, unifi telah memperkenalkan penawaran perkhidmatan konvergens yang mampan. Ia selaras visi TM iaitu - ‘Menjadikan Hidup Lebih Mudah’, dan berperanan sebagai satu-satunya platform komunikasi gaya hidup digital yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia.

2.1 unifi Home

unifi memperkenalkan ‘The unifi Perfect Squad’ - #pasangsekarang (#installnow), merupakan lanjutan kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan ke kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi sedia ada seluruh negara. Turut menawarkan pakej istimewa seperti Unifi Advance dari hanya RM139 sebulan.

The unifi Perfect Squad juga akan datang ke kawasan kediaman berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan melengkapkan proses pengaktifan. Pakej turut hadir dengan beberapa pilihan pek Unifi TV, peranti dan pelan panggilan.


2.2 unifi Mobile

unifi Mobile (dahulu webe) mencipta satu lagi catatan industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi Mobile - #BEBAS. Produk pertama yang memberi kebebasan memilih kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan produk mudah alih tanpa sebarang kontrak dan komitmen. Unifi Mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; mobile@unifi memecahkan norma mudah alih konvensional dan sepenuhnya pada digital.


Bersempena pelancaran, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Korang hanya perlu memuat turun aplikasi mobile@unifi di AppStore atau PlayStore dan membuat daftar. Pelanggan boleh mendapatkan SIM di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara atau dihantar ke rumah dengan bayaran RM10.60 *termasuk GST.


2.3 unifi TV / PlayTV unifi

unifiTV (dahulu HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara langsung pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan. Ia membolehkan penonton beraksi secara interaktif di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.

Bersempena siaran program Teka Tekan, HyppSensasi HD turut menawarkan tontonan secara percuma bagi membolehkan para penonton mengambil bahagian dalam program ini, dan berpeluang menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.

Selain penjenamaan semula unifiTV, HyppTV Everywhere juga dikenali sebagai Unifi PlayTV untuk hiburan bertaraf antarabangsa dengan pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD samaada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran interaktif sambil menikmati perkhidmatan tanpa gangguan cuaca.


Sejajar dengan penampilan wajah baru unifi untuk tahun 2018 ini, TM akan terus menawarkan kepada para pelanggannya mengenai penawaran Konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar. Jadi, hopefully lepas ni tiada lagi sebarang sekatan terhadap keperluan internet dan menjadikan Hidup Lebih Mudah.

Info lanjut mengenai Unifi, korang boleh layari laman sesawang mereka di www.unify.com.my.
Share:

23 comments:

  1. semoga servis pun makin bagus.. hehe

    ReplyDelete
  2. Good to hear this. Now dah makin banyak option untuk dipilih and hope with this, servis (kelajuan Internet) pun dah naik taraf la hehe :)

    ReplyDelete
  3. Harap-Harap servis ini semakin bagus dan maju.Thank you for this info

    ReplyDelete
  4. Harap-Harap servis ini semakin bagus dan maju.Thank you for this info

    ReplyDelete
  5. Oh ini yang ramai dok post dapat simcard Unifi ye. Wah , nak try la layan servis dari derang. Bebas tu.

    ReplyDelete
  6. Unifi ni buat penjenamaan baharu ni sebab nak bersaing juga dengan syarikat telekomunikasi yang lain. Saya juga pengguna Unifi. Memang laju tapi ada masa-masanya down jugak. Masa down ni rasa agak down gak la sebab nak blog walking dan surf the net tu lambat ya amat. Tapi bila laju memang puas hati.

    ReplyDelete
  7. Tahun 2018 ni nampaknya unifi mmg betul2 komited nak menerajui pasaran digital di Malaysia ni. Pakej2 yg ditawarkan ni mmg berbaloi sgt.. harap line internet makin bertambah2 laju lagi. Mmg menarik!

    ReplyDelete
  8. area aida ni, unifi lom ada coverage.
    ada la juga tgk tgk offer unifi ni.
    agak mahal jugak pakej nyer hi hi hi...
    tapi kalau laju, ok la.
    now streamyx dah tak brape la :( mengecewakan!

    ReplyDelete
  9. wow ada contest..menang setiap hari RM20K mak aii..nti boleh lah usha2 contest tu..tp unifi skrg dah helok hihi

    ReplyDelete
  10. unifi ni kadang kadang laju kadang kadang slow eh boleh bikin stress tau ! tapi kenapa gamabr menari dalam bentuk gif tu buat I rasa nak joget juga pula hehehehe

    ReplyDelete
  11. Unifi semakin berkembang maju. Bagus unifi buat oenjenamaan baru.area rumah saya nasib baik unifi laju.puas hati jugak la intwrnwt laju kan. Sekarang ada unifi mobile pulak ya.yang ni fak apply pun sbb malas nak serabut otak fikir byk sgt nombkr..heheheh

    ReplyDelete
  12. Saya dah terminate unifi ganti dengan times. Dulu geram dengan unifi sebab asyik down. terus tukar times. Senang hati huihuhu

    ReplyDelete
  13. Ai selalu bergaduh dengan moderm unifi kat rumah tu. Hopefully lepas ni makin baik service nya.

    ReplyDelete
  14. Pernah langgan unifi..skali dgn tv tu kan. Lepas tu dah terminate sbb tak guna sgt. Byk keluar guna hp je. Since dah ada mobile unifi ni boleh la try. Ada lagi x yg 1 juta tu agak2 ye. Hehe. Jgn AR gi kd org yg ke sejuta 1 dah la. Haha

    ReplyDelete
  15. Rasanya setiap rumah wajib pakai unifi. Dah macam standard disetiap rumah. Dengan penjenamaan semula macam ni harap kualiti dan speed internetnya pun dipertingkatkan.

    Apa-apa pun saya pengemar Hypptv yang sekrang dah panggil UnifiTV Kan? Saya memang pengguna setia Unifi

    ReplyDelete
  16. unifi ni bebas sebab dia tak ikat dengan komitmen....sbb kadang2 letih juga bila ada komitmen...kena 2 tahun la..adoi..sampai berjmabang la menunggu abis kontrak...huhu

    ReplyDelete
  17. Saya penguna Unifi sama ada untuk telephone dan juga wifi dirumah, Moga unifi terus maju dan upgade sistem bg memudahkan pengguna dan pelbagai pakej lagi bolehlah pengguna membuat pilihan.

    ReplyDelete
  18. TM sekarang jenamakan produk mereka dengan Unifi tv kepada sim card semua nak bagi senang orang ingat wifi pun nama unifi kalau korang search melalui i-foundit.

    ReplyDelete
  19. Mommy ada satu simkad #bebas tu..dah guna 2GB.. Unifi Mobile #BEBAS #bayarbilabila #kredittakmati terbaik

    ReplyDelete
  20. Sekarang lia pengguna unifi di rumah. Tapi sejak kebelakangan ni line tak berapa stabil. Harap Unifi dapat membaiki lagi dan meningkatkan kestabilan setela buat pembaharuan ni.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  21. Most household guna Unifi nowaday. Mine still tak de lagi. Last time belum ada lagi kat my area. I think last month baru ada. Kena ar gi upgrade ni.

    ReplyDelete
  22. saya memang pengguna unifi skg pun guna webe unlimited

    ReplyDelete
  23. I'm unifi user.. it's really great to use unifi..

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive