MENANGI TIKET VIP KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)



1.0 ANUGERAH JUARA LAGU KE -32

Anugerah Juara Lagu bakal kembali buat kali ke-32 pada bulan Februari nanti. AJL32 ini akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, dengan tema “Fesyen dan Muzik” demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 32 ini.

Seperti yang kita tahu setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam beberapa kategori seperti; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.

Hos yang bakal bersiaran secara langsung pada AJL32 ini adalah Alif Satar dan Sherry Alhadad, diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.

1.1 UNDIAN PERSEMBAHAN TERBAIK

AJL32 turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam. Ketahui info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung ( live streaming AJL32 ) menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam.


Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Anda digalakkan untuk menggunakan #ajl32 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Anugerah Juara Lagu 32. Para penonton juga berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 32 secara strim langsung berdefinisi tinggi dengan geng digital tonton di www.tonton.com.my.

2.0 PERADUAN MENANGI TIKET VIP KE AJL-32


Untuk menghargai pembaca dan follower saya di social media, saya telah mengadakan satu Peraduan Menangi Tiket VIP ke AJL-32. Saya akan memilih tiga (3) orang pemenang untuk peraduan ini. Dua (2) orang pemenang bakal menerima sepasang tiket VIP ke AJL32 , manakala seorang lagi bakal menang satu (1) tiket VIP ke AJL32. Peraduan tertakhluk kepada terma dan syarat.

2.1 SYARAT PENYERTAAN

1. Follow dan like social media di bawah *WAJIB


2. Jawab SOALAN dan lengkapkan SLOGAN berikut di google form yang telah disediakan di langkah 3 beserta details anda.
  • Soalan 1: Siapakah ikon fesyen AJL sepanjang zaman?
  • Soalan 2: Berapakah harga langganan tonton VIP untuk setahun?
  • Soalan 3: Apakah alamat laman web AJL32?
  • Saya mahu menonton AJL32 bersama tonton dan xtra kerana....

3. Lengkapkan 'google form' berikut : https://goo.gl/forms/RwN2Q8wM8I1ET0q53R


4. Peserta yang tidak melengkapkan langkah 1, 2 dan 3 dengan betul tidak layak untuk menang.
5. Peraduan akan berlansung bermula 5 Februari 2018 sehingga 7 Februari 2018 (11.59pm).
6. Keputusan adalah muktamat dan hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
7. Pemenang akan diumumkan di Instagram @mawardiyunus pada 8 Februari 2018.
8. Sekiranya pemenang tidak memberi maklum balas dalam tempoh 24 jam selepas keputusan diumumkan, saya berhak memberikan hadiah kepada peserta lain.

Semoga berjaya.


3.0 MENGENAI tonton

tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 7.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 18,000 ahli setiap minggu dan baru-baru ini melebarkan sayap ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam. 

Pada April 2016, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan - VIP tonton 

Ahli-ahli yang menaik taraf ke VIP tonton akan merasai kuasa sebenar tonton - memberikan ahli VIP akses tanpa had ke perpustakaan yang mengandungi hampir 30,000 jam kandungan tempatan dan bersindiket (di wilayah tertentu), acara LIVE eksklusif di HD, pengalaman video bebas iklan, muat turun dan menonton fungsinya kemudian, menikmati faedah dan ganjaran VIP serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf keahlian ke VIP tonton juga akan puas menonton semua kandungan eksklusif, drama dan banyak lagi sehingga enam (6) bulan sebelum tayangan perdana di TV. 

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

>>DAFTAR SEBAGAI VIP TONTON!<<

Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti kami di platfom media sosial:

Facebook: tontonMY 
Twitter: tontonMY 
Instagram: tontonMY 
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah menarik nih.Hihi.Boleh cuba mana tahu rezeki.Nice sharing

    ReplyDelete
  2. dah joined ! hopefully dapat tiket VIP yawww

    ReplyDelete
  3. Okay... leya nak join..n daptkan yg pasangan tuh..blh g 2org otomen taro..hehe

    ReplyDelete
  4. Dah join. Harap rezeki tu berpihak pada saya. InshaAllah.

    ReplyDelete
  5. Nk join tapi line semput..... klu tkde yg menang.... boleh sedekah kat remy ye...he3

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnyee. Boleh join ni :)

    ReplyDelete
  7. Nak join tapi bila baca soklan satu dan dua terus ketawa...xtau jawapan..nak cari malas..xpela bg org lain..tgk kat tv pun jadilah...muzik ke 32 nih lagu semua best best

    ReplyDelete