MENANG RM20,000 SETIAP HARI DENGAN PERADUAN TEKA TEKAN HYPPTV


1.0 LIVE INTERACTIVE GAME : TEKA TEKAN 

Pada 15 Januari 2018 yang lepas, satu rancangan berbentuk "Live Interactive Game" yang diberi nama Teka Tekan telah mula disiarkan di Unifi TV (nama baru bagi HyppTV) di channel HyppSensasi HD (Channel 116). Rancangan ni akan bersiaran lansung pada pukul 8.30 malam setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Untuk pengetahuan korang ini merupakan "Live Interactive Game" yang pertama di Malaysia.

Penampilan Acong Sweet Child & Farouk Hussein sebagai pengacara bagi program ini
Rancangan ini akan dikendalikan oleh 2 orang pengacara tetap dari 4 orang secara bergilir (Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuanbersama seorang selebriti jemputan.

Selain dari itu, TEKA TEKAN juga boleh ditonton di aplikasi Unifi PlayTV (dulu dipanggil HyppTV Everywhere). Memandangkan rancangan ni disiarkan secara LIVE, sape-sape yang ada akaun Unifi TV tu bolehlah mengambil peluang keemasan untuk memenangi hadiah berjumlah RM20,000 setiap hari. *setiap hari korang boleh menang, walaupun anda sudah menang pada hari sebelumnya.

Encik Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media unifi berkata "Pihak kami sangat teruja membawakan permainan interaktif secara LIVE di Malaysia .. eksklusif hanya di unifiTV! 
Dengan penjenamaan semula HyppTV ke unifi TV, kami terus berusaha untuk memberikan innovasi dalam segala aspek yang boleh kami berikan kepada pelanggan kami. Oleh itu, kami mulakan awal tahun ini dengan program permainan berinteraktif TEKA TEKAN ini untuk semua pelanggan kami di seluruh negara"

1.1 CARA MUDAH UNTUK MENANG RM20,000 DI TEKA TEKAN

Setiap hari ada 5 soalan yang akan diberikan untuk dijawab dalam masa hanya 45 saat untuk setiap soalan. Soalan dia pula seakan rancangan popular "Who Wants to Be a Millionaire?" yang sangat popular suatu masa dahulu. Tapi ianya sangat best kerana kalau korang nak join untuk jawab soalan tu tak perlu untuk ke studio rakaman dan hanya perlu ada Unifi TV dan alat kawalan jauh sahaja. 


Korang hanya perlu menjawab dengan menekan butang # dan seterusnya menekan mana-mana butang berwarna berkaitan jawapan samaada merah, hijau, kuning dan biru pada alat kawalan jauh. So, sila pastikan remote korang berfungsi dengan baik dan ada bateri ya. Kalau dah hilang atau butang dah rosak, boleh cepat-cepat pergi ganti. Kalau tak macamana nak main TEKA TEKAN kan.


Untuk pengetahuan korang, pemenang harian akan membawa pulang RM20,000. Jika sehari ada lebih dari seorang pememang, RM20,000 tersebut akan dibahagi sama rata. Contoh kalau 10 orang pemenang menjawab dengan betul semua soalan, maka seorang pemenang akan dapat RM2,000. Seperti yang saya bagitahu tadi, seorang pemenang layak untuk menang setiap hari.

1.2 CHANNEL HYPPSENSASI HD PERCUMA

Kepada semua pelanggan Unifi TV, sempena tayangan Teka Tekan ni korang boleh akses ke channel HyppSensasi HD (Channel 116) secara PERCUMA je. *kalau sebelum ni sedia maklumlah kita kena langgan kan? Selain dari itu, Unifi TV juga ada menawarkan sebanyak 108 pilihan siaran yang terdiri dari 53 premium channel, 25 free channel, 2 radio channel, 7 video-on-demand (VOD) channel dan 21 interactive channel. Wow terbaiklah, memang banyak betul channel yang diorang tawarkan. Tak mustahil ramai yang melanggan Unifi TV *lebih 1.6 juta orang okay.

Untuk maklumat lanjut tentang TEKA TEKAN sila layari www.unifi.com.my/tv dan lawati juga www.facebook.com/unifiTV (Facebook), www.twitter.com/unifiTV (Twitter), www.instagram.com/unifiTV (Instagram) and www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Post a Comment

20 Comments

  1. ulamakkkk dah lama awal januari dah start, tapi hari hari ke dapat ? eh nak join nak menang duit. i need duit..

    http://www.syafierayamin.com/2018/01/esl-one-genting-2018-dota2-kejohanan.html

    ReplyDelete
  2. menarik. rasanya nak sambung unifitv ni dekat tv bilik abang saya tu. mana tahu rezeki menang hehe:)

    ReplyDelete
  3. Wahhhh... Lumayan nya hadiahnya. Tapi tak ada HYPPTV... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Wahhhh sangat contest ni. Memang ada unifi. TV dia je jarang tengok.

    ReplyDelete
  5. So sekarang dah boleh join la eh setiap isnin hingga jumaat jam 830malam?

    Contest ni sampai bila? Nak join la cuba nasib

    ReplyDelete
  6. fuhhh hadiah diaa.. best betul. siapa2 yang ada HYPPTV ni bolehlah cuba.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. Takde unifi 😂😂 tak boleh nak tekan-tekan. Njoi tak nak buat jugak ke. Haha

    ReplyDelete
  8. Dh lama nak sambung unifi nie. Boleh lah kali nie cucuk2 ayah. Kot2 lah tekan2 menang ke. Eh !

    ReplyDelete
  9. o.. nak kena ada unifiTV dengan renote tu yea. ingat kan bole join je macam tu.. tb ada unifi tv ritu tapi dah terminate huhuhu

    ReplyDelete
  10. aah tak da pula hypptv, sy ada myiptv je. ke benda tu sama.

    ReplyDelete
  11. huhu, tak dapat nk join, takde hypptv

    ReplyDelete
  12. ala- cemana nak layan hypp ni anak dok sebok tengok upin ipin dari pagi sampai tidur adei mak is stressss

    ReplyDelete
  13. Lumayan hadiahnya tapi xboleh join juga kat rumah xda unifi

    ReplyDelete
  14. Dh try.. asyk x bjaya.. nmpak sgt kena tgk hypptv

    ReplyDelete
  15. Yang pakai unifi pun baru tahu pasal contest ni. Tak salah nak cuba kan mana tau menang 20k. banyak tu.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  16. Halamak, dah terminate unifi. Tak ada peluang dah lah nak join kontest ni

    ReplyDelete
  17. Alaa kita x ada lah hypptv..melepas lahhh kita huhuhu

    ReplyDelete
  18. lepas ni nak on hypptvlah... join contest dan syoknye dapat menang cash macam tu...

    ReplyDelete
  19. wow RM20K sehari..best ni..kena try mana tahu kot kot ada rezeki kan hehe

    ReplyDelete
  20. Saya dh menang hari kedua.. tp duitnye bila dpt eh...

    ReplyDelete