REVIEW FILEM BAD GENIUS DI MALAYSIA


Filem Bad Genius merupakan sebuah filem dari negara thai yang sangat dinanti-nantikan di negara kita pada tahun ini. Filem ini telah dihasilkan oleh blockbuster powerhouse GHD (dahulunya dikenali sebagai GTH) dan diarah oleh pengarah Nattawut Poonpiriya. Pengarah Nattawut Poonpiriya sendiri telah membawa fresh idea dari sistem pendidikan asal dan masalah korupsi sekolah di sana.


Sinopsis Film BAD GENIUS | Filem bergenre trailer ini telah mengisahkan tentang beberapa orang pelajar dari sekolah tinggi di Thailand yang mewujudkan sebuah sindiket penipuan dalam peperiksaan. Kisah ini bermula dengan 2 orang sahabat baik dimana Pat (seorang dari keluarga berada tetapi kurang bijak dalam pelajaran ) meminta sahabatnya Lynn (yang berasal dari keluarga miskin yang selalu mendapat 4 flat dalam ujian) membantu beliau untuk lulus dalam ujian.


Dari asalnya hanya seorang, oleh kerana terlalu taksub dengan upah yang diperoleh dan atas permintaan tinggi ianya telah bertambah menjadi semakin ramai. Hal ini tidak terhenti sehingga itu sahaja, apabila Lynn sebagai ketua telah berjaya menpelawa Bank (seorang lagi budak genius yang mana menjadi pesaing beliau untuk merebut tajaan belajar keluar negara) untuk turut serta dalam operasi penipuan ujian "Exam papers of the Standard Test for International Colleges (STIC)".

Filem ini telah berdurasi 129 minit ini telah mula ditayangkan di Malaysia pada 10 Ogos 2017 yang lalu. Jika anda ingin menonton filem ini, saya nasihatkan supaya membeli tiket awal sehari atau buat pembelian awal secara atas talian. Memang tidak dinafikan bahawa Film BAD GENIUS ini sangat hangat dan laku keras. Bagi saya, ia merupakan sebuah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton di pawagam. Saya bagi 9 dari 10 bintang untuk filem BAD GENIUS.

Official Trailer – Film BAD GENIUS (2017)

Post a Comment

0 Comments