TRAVELOKA : TIPS DAN PANDUAN BERCUTI KE HANOI VIETNAM

Hanoi city (Vietnam) merupakan salah sebuah lokasi pelancongan popular di asia. Jika korang mempunyai wish untuk travel sekitar negara asia, jangan lupa untuk jadikan Hanoi sebagai salah satu dari list anda.

TIPS DAN PANDUAN BERCUTI KE HANOI VIETNAM

VIETNAM, sebuah negara yang dahulunya terbahagi kepada dua bahagian besar, iaitu UTARA dan SELATAN. Perang di Vietnam dahulunya tercetus antara kedua daerah besar ini, yang mana bahagian selatan didokong oleh Amerika, Korea Selatan dan Australia, manakala bahagian utara pula di dokong oleh Russia dan Tiongkok. Perang yang tercetus dari tahun 1957 hingga 1975 telah mengorbankan hampir 1,000,000 jiwa penduduk vietnam utara dan 280,000 jiwa penduduk vietnam selatan. Kedua-dua puak akhirnya bersatu kembali setelah tamat perang pada tahun 1976.

Ibu negara: Hanoi
Bandar terbesar: Ho Chi Minh
Bahasa: Vietnamese
Matawang: Vietnamese Dong (VND)
Masa: Sejam lewat daripada Malaysia tapi 6 pagi macam 7 pagi di Malaysia. 6 petang macam 7 petang di Malaysia


1# TARIKAN UTAMA 

Hanoi merupakan ibu negara Vietnam yang sangat terkenal dengan tarikan pelancongan dunia iaitu Teluk Ha LongHa Long, yang terletak sejauh kira-kira 170 kilometer dari Hanoi, mempunyai tarikan tersendiri. Pada 11 November 2011, Teluk Ha Long telah terpilih di antara salah satu dari 7 Keajaiban Baru bagi Alam Semulajadi (New 7Wonders of Nature).

2# MASA TERBAIK UNTUK MELAWAT HANOI?

Setiap negara mempunyai ciri-ciri demografik dan cuaca yang berbeza, begitu juga Hanoi. Jangan tertipu dengan fakta kononya bahawa Hanoi adalah sebuah negara yang berada di Asia Tenggara dan pilihan seluar pendek dan T-shirt adalah baik untuk pergi sepanjang tahun!

Untuk pengetahuan korang, Hanoi mempunyai empat musim, dan sebagai bandar di hemisfera utara, ini bermakna musim sejuk akan bermula pada bulan Disember dan musim panas pula di sekitar bulan Julai dan Ogos. Kebiasaan suhu musim sejuk pada waktu siang dalam 20 - 25 darjah celcius. Waktu malam boleh mencecah 15 darjah celcius di Hanoi. Musim panas pula suhunya boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius.

Tetapi cuaca boleh berubah dari hari kehari, cuma disini cadangan MASA TERBAIK UNTUK MELAWAT HANOI boleh diberikan.


3#  MATAWANG YANG DIGUNAKAN DI HANOI

Sila tukar duit Vietnam Dong (VND) ketika di Malaysia. Bandar Hanoi tidak sama seperti Bandar Ho Chi Minh, peniaga hanya menerima duit VND sahaja. Mereka tidak terima ringgit Malaysia.

4# Visa

Orang Malaysia tak perlu buat visa. Tapi sekali masuk boleh stay 30 hari sahaja.

5# PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN

Saya cadangkan supaya korang menggunakan Traveloka untuk akses kepada pembelian tiket kapal terbang dan penginapan di sana. Ini kerana, Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia, malah tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair.

Jangan lepaskan peluang untuk diskaun menarik hanya 3 hari, promosi potongan harga (discount) sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan hanya melalui Traveloka app.


Syarat-syarat: 

  • Hanya penerbangan ke Ha Noi city (Vietnam) melalui Traveloka App sahaja
  • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYHAN). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
  • Booking period (flight): 28 Julai (Jumaat) - 30 Julai (Ahad)
  • Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
  • Travel period: anytime
  • Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi
  • Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download)
  • Untuk destinasi lain, sila layari traveloka

Jom kita meneroka bumi Hanoi, Vietnam. Jangan lupa untuk book tiket dan penginapan korang dengan Traveloka.

Post a Comment

4 Comments