travel, food and lifestyle blog

Friday, July 21, 2017

5 PILIHAN FILEM BERGENRE SERAM DAN NGERI 2017

Walaupun saya bukanlah seorang yang berani pada logiknya, kehendak saya untuk menonton filem yang begenre ngeri dan seram ini dapat menandingi segala-galanya. Apa yang membuatkan saya lebih teruja, banyak filem best bergenre seram dan ngeri bakal di keluarkan sepanjang tahun 2017 ni. 


Jadi disini saya senaraikan 5 filem bergenre seran dan ngeri pilihan saya pada tahun 2017 ni. Dan saya yakin, filem-filem ni juga sepatutnya menjadi filem pilihan korang juga khususnya bagi mereka yang sukakan filem bergenre seram dan ngeri.

1# 47 Meters Down



Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 29 Jun 2017
Genre: Ngeri
Durasi: 85 minit
Pelakon: Mandy Moore, Claire Holt, Matthew Modine, Santiago Segura
Pengarah: Johannes Roberts
Format: 2D

Sinopsis 47 Meters Down :

Dua beradik Kate dan Lisa telah pergi bercuti di Mexico dan berpeluang menyelam dalam sangkar untuk melihat jerung Great White. Tetapi keseronokan mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sangkar tersebut terputus dari bot dan jatuh ke dasar laut. Terperangkap 47 meter di bawah laut dengan bekalan oksigen kurang sejam, kedua-dua mereka perlu mencari jalan untuk naik ke permukaan dengan selamat.


2# Wish Upon



Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Genre: Fantasi / Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pelakon: Joey King, Ryan Phillippe, Ki Hong Lee, Mitchell Slaggert
Pengarah: Stacy Keach
Format: 2D

Sinopsis Wish Upon :

Seorang pelajar sekolah tinggi, Claire Shannon, tidak mempunyai kehidupan yang senang; ibunya telah membunuh diri 12 tahun lalu, bapanya seorang pengutip barangan buangan dan dia sering dibuli di sekolah. Satu hari, bapanya telah membawa balik sebuah kotak muzik misteri. Apabila Claire mendapati ia adalah kotak magik yang boleh menunaikan impiannya, dia mula menggunakannya untuk mencapai kehidupan sempurna seperti yang diinginkan. Sebagaimana permintaannya membawa kegembiraan dan kejayaan, orang di sekelilingnya mula mati dalam keadaan ngeri setiap kali dia membuat permintaan.



3# Annabelle : Creation




Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017 
Genre: Seram / Ngeri
Durasi:
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: -
Pengarah: David F. Sandberg
Format: 2D

Sipnosis / Info Annabelle 2 :

Filem prekuel dari filem pertama "Annabelle" pada tahun 2014, yang mana mengisahkan tentang pasangan lelaki bersama isterinya setelah 20 tahun  kematian anaknya berdepan situasi menakutkan membabitkan patung lama yang dimasuki syaitan yang tinggal bersama mereka. Hal ini turut membabitkan anak-anak yatim yang datang dan tinggal bersama mereka ketika itu.


4# It



Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 7 September 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: -
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Bill SkarsgÄrd, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff
Pengarah: Andres Muschietti
Format: 2D

Sinopsis It :

Pada tahun 1988 di sebuah pekan kecil, seorang kanak-kanak bernama George Denbrough telah dibunuh. Setahun kemudian, pada musim panas 1989, abang mangsa bersama sekumpulan rakannya mula memburu pembunuh yang mana akhirnya mereka mendapati pembunuh yang bertanggungjawab adalah entiti jahat.


5# Jigsaw




Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2017 (US)
Genre: Ngeri / Misteri
Durasi: -
Pelakon: Tobin Bell, Jon Cor
Pengarah: The Spierig Brothers
Format: 2D

Sinopsis / Info Jigsaw :

banyak mayat-mayat telah di jumpai di seluruh kawasan bandar, yang masing-masing meninggal dengan cara kematian yang sangat mengerikan.


Selamat menonton.

Share:

5 comments:

  1. ohhhohoi idook leee tengok citer seram ngeri ni.. menjerit2 je nanti hehe.. sayang jantung =P

    ReplyDelete
  2. NO 3 dengan 5 tu memang teringin sangat nak tengok..

    ReplyDelete
  3. film annabelle lumayan juga tuh... bikin deg-degan aja...

    ReplyDelete
  4. Ish cerita IT tu nak keluar balik?? Dulu time kecik2 tengok, serammmm.

    ReplyDelete
  5. 47 Metres Down looks terrifying! Macam nak tengok saja. Tengok trailer saja pon sudah buat jantung dup dap dup dap.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive