MENU LUNCH TERBARU TONY ROMA'S

Restoran Tony Roma's cukup popular di kalangan penggemar makanan Western. Mana tidaknya, sekitar Kuala Lumpur dan selangor sahaja sudah ada 8 cawangan Tony Roma's. Ini sudah cukup untuk buktikan bahawa, Tony Roma's mempunyai pengikut mereka tersendiri.

MENU LUNCH TERBARU TONY ROMA'S

Berita baik untuk korang yang suka makan di Tony Roma's, kini Tony Roma's ada memperkenalkan set menu hidangan tengahari yang mana harga yang ditawarkannya betul-betul berpatutan. Korang boleh menikmati hidangan menu pilihan korang pada harga serendah RM16.90 sehingga RM43.90.

MENU LUNCH TERBARU TONY ROMA'S

Ada 15 jenis menu yang ditawarkan termasuk 3 menu kombo yang best boleh menjadi pilihan korang. Setiap menu akan dihidangkan bersama semangkuk sup dan minuman ringan (soft drink) yang boleh refill secara PERCUMA.

MENU LUNCH TERBARU TONY ROMA'S

Antara menu-menu yang terdapat dalam value lunch deal di Tony Roma's ini adalah Mojo Chicken, Fish & Fries, Fire-Grilled Harvest Valley Chicken, Spicy Chicken Pasta, BBQ 1/4 Chicken, New York Steak, White BBQ Chicken, Tony's Asian Salad BBQ Chicken, Chicken Caprese Pasta, Lamb Cevapi, Chicken Caesar Salad dan Ribs 2.

MENU LUNCH TERBARU TONY ROMA'S

Bagi hidangan combo pula, 3 pilihan diberikan kepada pelanggan Tony Roma's iaitu Bountiful Beef Rib & Mojo Chicken, Bountiful Beef Rib With Fish & Fries dan Bountiful Beef Rib & Lamb Cevapi.


Dalam banyak-banyak menu yang ada, saya sendiri dah cuba Bountiful Beef Rib & Lamb Cevapi dia. Saya memang penggemar tulang rusuk, jadi bila tengok menu je dah tahu nak oder apa. Kalau korang oder menu yang sesuai dimakan dengan sos, korang jangan lupa untuk cuba sos pencicah diorang. Ada 4 jenis semua iaitu Tony Roma's Original Sauce, Carolina Honey, Red Hots dan Blue Ridge Smokies. Setiap satunya punya rasa yang tersendiri. Terpulanglah pada citarasa masing-masing.


Untuk pengetahuan korang,  value lunch deal di Tony Roma's ini hanya ada di cawangan-cawangan berikut je (rujuk foto dibawah), ada 2 lokasi yang tidak menawarkan promosi ini iaitu Komtar JBCC Johor Bahru dan IOI Mall Putrajaya.

lokasi tony romas

Lepas ni dah tau dah nak lunch kat mana kan? Memandangkan promosi ini hanya valid pada hari minggu iaitu pada hari bekerja sahaja, jangan lupa ajak kawan-kawan kerja untuk makan tengahari di Tony Roma's berdekatan korang. Ingat ya, Isnin hingga Jumaat dari jam 11 pagi sehingga 3 petang sahaja. *hari cuti umum tak termasuk dan hujung minggu tidak termasuk ya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi dan menu, korang boleh rujuk maklumat seperti di bawah:

Laman web :

Facebook :

Instagram :

Post a Comment

4 Comments

  1. looks yummy la. nak cubalah nanti :)

    ReplyDelete
  2. Dah tinggal kat Kuala Lumpur 4 tahun, tak pernah dengar nama Tony Roma"s.

    Harga memang berpatutan jika dilihat pada menunya.

    Insya Allah, ada kesempatan nak singgah jugak.

    Mana lokasi terdekat dengan Ampang ya?

    ReplyDelete