travel, food and lifestyle blog

Tuesday, June 20, 2017

PENGALAMAN BAYAR ZAKAT FITRAH 2017

Alhamdulillah, pertama kali dalam hidup bayar zakat fitrah sendiri. Sebelum ni ayah yang uruskan semuanya. Seperti yang semua orang tahu Zakat Fitrah merupakan zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawa: “Rasulullah ﷺ memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya daripada orang-orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu).” (Riwayat Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2017


Untuk pengetahuan korang Kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri di seluruh Malaysia adalah berbeza-beza mengikut negeri. Berikut merupakan Kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri di seluruh Malaysia yang perlu korang tahu.


LAFAZ IJAB DAN QABUL BAYAR ZAKAT FITRAH


Berikut pula merupakan caranya pula Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah.

1. NIAT ZAKAT FITRAH SEORANG DIRI
Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :
  “INI ZAKAT FITRAH SAYA YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $ …………KERANA ALLAH TA’ALA”
Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil
  “SAYA TERIMA ZAKAT YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI                      SEBANYAK $..................... KERANA ALLAH TA’ALA”.

2. NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA
Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :
   “INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $.................... KERANA ALLAH TA’ALA.
Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil :
  “SAYA TERIMA ZAKAT TUAN DAN TANGGUNGAN TUAN SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI SEBANYAK $.................... KERANA ALLAH TA’ALA.

3. NIAT ZAKAT FITRAH BERWAKIL
Lafaz Ijab bagi pembayar zakat/wakil :
   “INI ZAKAT FITRAH …........ (SEBUT NAMA ORANG YANG BERWAKIL) DAN TANGGUNGANNYA * SERAMAI ….........…. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $.............................. YANG BERWAKIL KEPADA SAYA KERANA ALLAH TA’ALA”.
Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil :
   “SAYA TERIMA ZAKAT ….. (SEBUT NAMA ORANG YANG BERWAKIL) YANG TELAH BERWAKIL KEPADA TUAN DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI …. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $............................ KERANA ALLAH TA’ALA”.

Anda telah membaca artikel berkaitan PENGALAMAN BAYAR ZAKAT FITRAH 2017.
Share:

2 comments:

  1. Smartnya gambar duk bayar zakat. Mesti hensem orang yang snap gambar tu

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive