DINNER SPECIAL | BERBUKA PUASA DI CHILI'S EMPIRE SUBANG

Tahun ni kalau korang nak tahu banyak sangat hotel buat tema buffet berbuka puasa berkonsepkan menu kampung (hampir 80% jugaklah hotel di kuala lumpur ni) . Walaupun saya sendiri memang penggemar lauk menu kampung, tapi sekali sekala nak juga tukar selera. Tapi kat mana eh?Memandangkan Chilis ada menu "Dinner Special" yang sesuai untuk buat buka puasa, jadi kami telah sepakat untuk berbuka puasa di Chili's cawangan Empire Damansara.


Chili's adalah sebuah restoran Tex-Mex, di mana mereka menghidangkan pelbagai menu masakan Southwestern-inspired dan classic American flavours, dengan sedikit citarasa Mexico.


DINNER SPECIAL AT CHILI’S


Dalam set "Dinner Special" yang diperkenalkan di Chili's ni, banyak menu utama yang menarik yang korang boleh cuba sesuai dengan selera korang seperti pasta, burger, grilled lamb dan banyak lagi. Set "Dinner Special" ini hanya available dari jam 6pm keatas sahaja. Dalam set ini korang boleh memilih sup atau salad, pilih menu utama dan akhiri makan malam korang dengan ais krim vanila yang sangat sedap.



  • MENU UTAMA "Dinner Special"


"Dinner Special" mempunyai 3 jenis pilihan harga dengan menu utama yang berbeza iaitu RM35.95RM 40.95 atau RM43.95 . Dalam set menu Combos yang berharga RM39.95 ni ada 3 menu utama yang korang boleh pilih iaitu Country Fried Chicken, Boneless Buffalo Chicken Salad dan Firecracker Fish Fillet.


Dalam set menu Combos yang berharga RM40.95 ini pula hanya 2 jenis menu iaitu Southwestern Quesadillas Combo dan Sweet & Smokey Burger.


Dalam set menu Combos yang berharga RM 43.95 pula, Chilis menawarkan pilihan menu utama Chipotle Prawn Fresh Mex Bowl dan Southwestern Grilled Lamb.


Selain dari  set "Dinner Special" korang juga boleh cuba 2 lagi menu dari set "Social"  yang boleh korang oder sepanjang hari iaitu Creamy Jalapeño Wings yang berharga RM 23.95 dan Chili Garlic Wings yang berharga RM 23.95.




Dalam banyak-banyak menu, saya lebih suka pada Southwestern Quesadillas Combo dan Southwestern Grilled Lamb sangat berbaloi-baloi dan rasanya sangat menepati selera saya. Pilihan menu Country Fried Chicken juga sesuai bagi korang yang sukakan sesuatu yang simple. Kalau korang nak jimat, oder juice kerana ianya boleh refill seberapa kali yang korang nak.


Untuk pengetahuan korang, promosi untuk "Dinner Special" dan "Social" ni bermula dari 27 May 2017 sehingga 22 July 2017 nanti. Jadi bagi korang yang nak merasa menu masakan Southwestern-inspired dan classic American flavours ni, kenalah ke restoran Chili's yang berdekatan dengan korang sekarang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Chilis Malaysia, korang boleh follow diorang di laman social mereka:

Sign up for Chili's mailing list: http://bit.ly/1TX8h6v

Jangan lupa untuk follow hashtag #chilismy

Post a Comment

8 Comments

  1. Yumm! Bagus juga sesekali tukar selera bulan puasa! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. lpas raya pon ada lagi tau. sampai ujung bulan ni

      Delete
  2. Terbaiklah bufet menu ni. Harga pon x mahal sgt. Nice sharing bro ;)

    ReplyDelete
  3. bestnyaa. berapa kali repeat burger tu . sedap :)

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaa *jeles 🙄

    ReplyDelete