travel, food and lifestyle blog

Sunday, May 14, 2017

KEK DAN PASTRI GULA PETITE DI IOI CITY PUTRAJAYA

GULA PETITE DI IOI CITY PUTRAJAYA

Mungkin ada dari korang cukup popular dengan kek-kek dan desert  dari GULA CAKERY kan. Untuk pengetahuan korang semua, selepas setahun enam bulan kafe GULA CAKERY beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam, kini perniagaan itu telah berkembang dengan pembukaan kafe kedua mereka yang diberi nama GULA PETITE di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya.

GULA PETITE DI IOI CITY PUTRAJAYA

PERASMIAN GULA PETITE


GULA PETITE secara rasminya mula dibuka pada 30 April lalu di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya dan dirasmikan oleh Dato’ Husni Salleh, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Menurut pemiliknya, Nor Arieni Adriena binti Mohd Ritzal, GULA PETITE berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich dan hidangan minuman panas and sejuk.

GULA PETITE DI IOI CITY PUTRAJAYA

"Menu kek di Gula Petite sama dengan di Gula Cakery, tetapi Gula Cakery juga menyediakan menu makanan panas seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chiken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediaman kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa. 

"Kiranya, Gula Petite boleh dianggap sebagai mini Gula Cakery. Di kedua-dua Gula Petite dan Gula Cakery, kami sediakan lebih 13 jenis kek setiap hari. Dan untuk memberikan kepelbagaian pilihan buat pelanggan, kami akan menukar jenis kek setiap minggu," katanya.

Antara kek yang menjadi pilihan utama pembeli ialah kek Pandan Gula Melaka, kek Double Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries.

Kek pandan Gula Melaka di Gula Petite



BUKU NOTA RESIPI


Semasa pembukaan Gula Petite di IOI City Mall Putrajaya itu juga, turut dilancarkan buka nota resipi istimewa yang mana dikatakan ada memuatkan beberapa resipi menu 'signature' kafe itu. Buku nota itu tampil dengan lima warna di mana ia terdapat beberapa perkongsian resipi 'signature' serta kisah di sebalik setiap resipi yang dihasilkan. Apa yang menariknya, buku nota itu turut memuatkan foto-foto menu selain vaucer diskuan untuk pembelian kek," ujarnya. Buku nota itu yang hanya didapati di kafe Gula (Petite dan Cakery) berharga RM85. Buat pembeli terawal, akan menerima harga promosi iaitu RM75.

GULA PETITE DI IOI CITY PUTRAJAYA

SEJARAH PERMULAAN PERNIAGAAN ARIENI


Mengenai sejarah perniagaan Gula, ia bermula dengan pengasasnya, Arieni yang sering membantu neneknya memasak dan membakar kek terutamanya menjelang Hari Raya. Selepas mendalami pelbagai ilmu masakan, Arieni tampil dengan Gula Bakery, di mana beliau membuat kek berdasarkan tempahan yang diterima.


Kerana minat yang mendalam dalam mengajar, beliau turut membuka kelas bakeri di rumahnya. Arieni turut dibantu ibunya, Nor Aini Muhid, atau lebih dikenali sebagai Gula Mummy dalam sama-sama menghasilkan aneka kek. Malah kedua-dua mereka pernah memecah rekod membuat aneka resepi selama 36 jam tanpa henti.

Kemudian, kepercayaan yang diraih daripada pelanggan-pelanggan yang sangat berpuas hati itu membuatkan mereka tampil membuka kafe Gula Cakery pada September 2015 berkonsepkan perniagaan keluarga. Pada hujung tahun 2015, ia telah dinamakan sebagai salah satu kafe berkosepkan kekeluargan yang terbaik di Kuala Lumpur oleh Time Out KL, dan pengikut Instagramnya melonjak sebanyak 50,000 orang dalam masa kurang dari setahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.gulacakery.com, atau layari di social media Facebook/gulacakery dan instagram/gulacakery atau untuk tempahan boleh email terus ke hello@gulacakery.com.

Anda telah membaca artikel berkaitan KEK DAN PASTRI GULA PETITE DI IOI CITY PUTRAJAYA
Share:

1 comment:

  1. alaaaaaaaa teringat lak kek dia weh....sedap yakmat...cream puff dia pun sedapppppp!

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive