REVIEW FILEM MELAYU FANTASI KOMEDI PAK PONG


Menonton Filem Melayu bukanlah sesuatu yang pelik bagi saya. Saya bukanlah seorang yang suka memilih filem untuk ditonton berdasarkan dari negara mana ia di buat, *yelah setengah orang hanya nak tonton filem orang putih je kan Sehinggakan banyak filem-filem menarik dan bagus dari negara kita sendiri mereka terlepas pandang.

FILEM PAK PONG



Pada minggu lepas, satu Filem Melayu yang berkonsepkan Fantasi Komedi telah ditayangkan di pawagam iaitu "Pak Pong". Filem ini merupakan arahan sulung dari saudara Fauzi Nawawi dan di terbitkan oleh Raja Mohammad Hj Mohd Ismail. *kami tak lepaskan peluang untuk menontonnya.

SINOPSIS FILEM PAK PONG



Filem Pak Pong mengisahkan tentang seorang pemuda kerdil dan bongkok yang mempunyai impian untuk memiliki pasangan hidup yang cantik dan sempurna. Oleh kerana terlalu mengejar pada impian kesempurnaannya, beliau sanggup untuk belajar ilmu terlarang iaitu ilmu hitam dan ilmu pengasih melalui kitab Pak Pong.....

BARISAN PELAKON PAK PONG



Filem Pak Pong dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon hebat tanah air seperti; Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Datuk Eizlan Yusof, Kaza, Rahim Sepahtu termasuk 19 pelakon lain yang membuat penampilan khas seperti Amber Chia, Jasmin Hamid, Saiful Apek, Marsha dan ramai lagi.


Untuk pengetahuan korang, Filem Pak Pong ini merupakan filem sulung lakonan hero hebat Hairul Azreen. Pengambaran filem ini telah dilakukan semenjak 5 tahun dahulu dan pada masa tersebut beliau masih belum siapa-siapa sebagai seorang artis.



REVIEW FILEM PAK PONG


Walaupun sudah 5 tahun proses pengambaran filem ini dilakukan, sejujurnya lawak yang ada dan di sampaikan di dalam filem ini sangat "fresh" dan tidak lapuk. *lihat pada para pelakonnya sendiri, korang pun boleh bayangkan. Ada keunikan pada konsep dan jalan cerita yang nak disampaikan. Gabungan elemen dunia nyata dan fantasi dalam filem ini adalah sesuatu yang baru dalam penghasilan filem-filem melayu kita. Tahniah diucapkan kepada team Pak Pong dalam usaha memberikan yang terbaik untuk penonton. 


Post a Comment

3 Comments