KL CARNIVAL BUKIT JALIL GANTI DOWNTOWN CHERAS

Suatu ketika dahulu Downtown Cheras yang terletak di Bandar Tun Razak cukup popular bagi mereka yang sukakan suasana kehidupan malam di Kuala Lumpur. *sambil lepak boleh makan dan membeli belah. Tapi apa yang menyedihkan, downtown yang cukup popular itu terpaksa ditutup diatas sebab-sebab tertentu dan menyebabkan seluruh usahawan disana kehilangan tempat meniaga.


Kesedihan buat peniaga tidak berpanjangan kerana pemaju telah berusaha untuk memberikan sesuatu kelainan dan berpindah dan bakal memulakan operasinya pada penghujung bulan Mac 2017 di Bukit Jalil. Masih meneruskan konsep asal sebagai pasar larut malam dengan transformasinya lebih hebat kerana ia bukan lagi dikenali sebagai downtown malah kini dikenali sebagai KL Carnival Bukit Jalil dan merupakan bazaar yang berkonsepkan kontena yang terbesar di Asia.


Untuk pengetahuan korang, KL Carnival Bukit Jalil ini bakal menempatkan sebanyak 300 kontena dan juga 300 khemah daripada peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan.*boleh bayangkan macamana kemeriahannya nanti kan.


KL CARNIVAL BUKIT JALIL 



KONTENA MARKET


Terdapat lebih daripada 250 container market yang berkonsepkan hipster pop-up flea market. Semua kedai dibina di dalam metal shipping containers. Ini merupakan yang pertama di Malaysia dan terbesar di ASIA yang dibina dari recycled containers.

MAKAN DAN MINUMAN


💥 Terdapat lebih daripada 100 jenis cafe yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang lazat          dengan harga yang berpatutan.
💥 Tarikan istimewa di KL Karnival.
💥 Di tambah dengan suasana santai tidak hairanlah jika ia menjadi tumpuan pencinta makanan.

PARKING


💥 Terdapat lebih daripada 3000 unit parking lot yang mencukupi disekitar kawasan KL Karnival.
💥 Lokasi strategik.

INCREDIBLE CROWD


💥 Lebih 50 ribu pengunjung bakal membanjiri KL Karnival
💥 Konsert dan busker yang menampilkan artis setiap minggu turut diadakan.
💥 Yang pasti, semua ada di sini. Sesuai la untuk ampa yang nak release tension.

Ilustrasi rekabentuk kontena

Pada peringkat awal ni, dikatakan sebanyak 50 buah kontena akan diletakkan terlebih dahulu pada waktu perasmiannya pada 24 Mac 2017 nanti dan selebihnya akan diletakkan secara berperingkat sehingga bulan Mei 2017. Ini kerana kontena-kontena tersebut hendaklah melalui pemeriksaan daripada pihak kastam dan memerlukan masa untuk dibawa masuk.


Jadi nantikan kemunculannya. Saya sendiri pun tak sabar dah nak tunggu. Bagi korang yang nak meniaga di sana, boleh rujuk maklumat di bawah.


WEBSITE : www.klcarnival.com
LOKASI : (Waze : 3.060967 : 101.696129)


Post a Comment

3 Comments