BERKAMPUNG MACAM VIP BERSAMA TONTON DI DESA BALQIS MELAKA



BERKAMPUNG MACAM VIP BERSAMA TONTON DI DESA BALQIS MELAKA | Macam tak percaya je saya dah berdaftar sebagai TONTON MACAM VIP. Mana taknya, bila tangok je trailer cerita-cerita yang bakal ditayangkan di TONTON pada tempoh hari semasa program bersama team mereka di Desa Balqis, terus tertarik. *cerita mereka best sangat-sangat. Tu baru tengok trailer kot.

SIDANG MEDIA TONTON #BERKAMPUNGMACAMVIP



Kalau korang nak tahu, Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad merupakan dua duta tonton bagi program Bahasa Melayu sejak 20 April 2016 yang lalu. *tahniah diucapkan diatas perlantikan tu. Selain Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad, Tonton juga melantik Soo Wincci dan Helney Hii sebagai duta untuk program Bahasa Cina.


Banyak pembaharuan yang telah dibuat dan diperkenalkan oleh Tonton VIP serta Tonton kini menjadi lebih padat dan canggih. Kalau korang nak tahukan, lebih 5.9 juta pelanggan di Tonton dan Tonton sendiri BERJAYA mencipta era baharu yang melanda dunia hiburan tanah air kita dengan menyajikan pelbagi filem dan drama. Tak kira la drama tempatan atau antarabangsa. Apa yang bestnya drama-drama yang bakal ditayangkan didatangkan khas dengan konsep berdefinasi tinggi iaitu HD dan ada jugak drama yang disiarkan beberapa bulan awal sebelum disiarkan di kaca tv. *jadi korang dah boleh jadi antara yang trawl menonton.


" Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, Tonton akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana para pengguna boleh menonton program-program kegemaran mereka itu keselesaan masing-masing, di mana sahaja mereka berada," kata Airin Zainul, Pengurusan Besar Kumpulan ntv7,8TV dan Tonton.

Macamana nak melanggan pakej VIP terbaru ni ?

Boleh melanggan pakej VIP serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video.


Plan bermula pada harga?

RM 3 - 1 hari
RM 5 - 7 hari/1 minggu
RM10 - 1 bulan
RM96 - 1 tahun

Apapun, pengguna Tonton yang bukan VIP dah tu, korang tak payah risau sebabnya korang masih boleh menikmati program yang disajikan secara percuma contohnya kandungan berita, bual bicara dan program yang bersiaran secara langsung dan banyak lagi. Untungnya kat sini, pengguna Tonton yang bukan VIP masih lagi boleh menonton 2 episod pertama setiap drama bersiri lama dan baru tanpa bayaran pun haaaa, kalau rasa cerita tu best dan nak sambung, korang kena subscribe jadi VIP lah kan. Memang tak rugipon kebab cerita-cerita yang banal diorang tayangkan semuanya memang best.

Beberapa proragam eksklusif seperti It's A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover. Selain itu, program eksklusif Tonton seperti Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis merupakan program yang saya rasa korang tak boleh terlepas. Sebab saya sendiri dah tengok trailer dia. Memang best habis. *tengoklah nanti kalau tak aya. 

A video posted by projektravel (@projektravel) on

Apapun, saya sendiri dah berdaftar sebagai VIP, korang pun janganlah lepaskan peluang untuk Tonton Macam VIP macam saya. Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk link bawah ni .




DESA BALQIS KUALA LINGGI



Desa Balqis ni terletak kat Kuala Linggi, Melaka *tak jauh dari Kuala Lumpur. Terdapat beberapa rumah tradisional melayu yang disewa untuk dijadikan penginapan. Kawasan yang luas seakan korang berada di sebuah kampung kejiranan rumah-rumah melayu lama.

keadaan pintu masuk utama dan ruang tamu

keadaan ruang dapur / makan

keadaan bilik tidur

keadaan bilik air


Suasana kedesaannya di tambahkan lagi dengan kewujudan padang permainan dengan pelbagai jenis permainan tradisi melayu seperti tarik tali, terompah gergasi, galah panjang dan banyak lagi. *sempat juga kami berpesta sukan rakyat pada sebelah petangnya.

Sebelum tu jom kita tengok Saharul Ridzwan berjoget dulu. hehehehe



permainan tradisi Teng Teng

permainan tradisi Galah Panjang
permainan tradisi Galah Panjang

permainan tradisi Terompah Gergasi
permainan tradisi Terompah Gergasi


permainan trades Tarik Tali


Walaupun ianya berkonsepkan desa, Desa Balqis ini juga turut menyediakan kemudahan seperti swimming pool yang besar, tempat makan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa.

foto dari page Desa Balqis

Bukan setakat itu sahaja, Desa Balqis juga berada berdekatan dengan pantai dan cantik untuk dijadikan sebagai lokasi untuk photoshoot.


Untuk ketahui lebih lanjut tentang Desa Balqis ni, korang boleh terus usla facebook page diorang di https://www.facebook.com/DesaBalqisBeachResort/ .


Post a Comment

5 Comments

  1. dekat je desa balqis ni dengan tempat saya, tapi tak pernah sampai lagi..hehe..cuma nak tanya..pakai kain batik ke tu? hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete