travel, food and lifestyle blog

Tuesday, May 10, 2016

FREE PRETZEL DAY SEMPENA ULANG TAHUN KE 20 AUNTIE ANNES




FREE PRETZEL!!  FREE PRETZEL!!  FREE PRETZEL!! "

Dari jauh sudah kedengaran riuh rendah di hadapan outlet Auntie Annes di Berjaya Times Square. Bila tengok pada jam, "Oh sudah jam 11 tengahari". Ni bermakna pretzel percuma akan diedarkan di sana.


Pada hari jumaat lepas (29 April 2016), Auntie Annes cawangan Berjaya Times Square telah membuka kaunter mereka untuk memberikan Free Pretzel bermula dari jam 11-3 petang. Free Pretzel Day ini adalah untuk meraikan ulang tahun ke-20 Auntie Annes di Malaysia.


Di Auntie Annes, anda semestinya akan menikmati hand make pretzel yang lazat dan fresh dari dapur. Tidak perlu sangsi akan kebersihannya kerana pretzel mereka dibuat di dapur terbuka yang boleh dilihat oleh anda sendiri.


Begitu juga pretzel untuk Free Pretzel Day ni, Auntie Annes telah mengedarkan pretzel segar dari dapur mereka.


Staff -staf mereka telah mengedarkan coupon untuk diredem on the spot di outlet mereka. Jadi korang boleh bayangkanlah panjang mana barisan pada masa tu. *orang nak bagi makan free kot.


Apa yang bestnya, 1 orang tak limit pada 1 pretzel je tau, kalau koran ni jenis yang gigih dengan makanan percuma macam ni, selepas ambil satu boleh ambil kupon lain dan beratur lagi untuk pretzel seterusnya. 



Selain dari pretzel percuma, mereka juga menyedia kan game untuk pengunjung yang ada membeli minuman dari outlet diorang semasa redeem free pretzel tu. Spin the wheel deal. Kalau nasib baik memang menang besar la kan.


Dengan ini saya nak bagi tahu, dengan duka citanya ini adalah last event free pretzel day untuk tahun ni. Jadi, korang kena keep update dengan social media diorang kerana mungkin banyak lagi event lain yang bakal diorang buat untuk pencinta pretzel mereka.


Website:

Facebook:

Instagram:

Terima kasih Auntie Annes untuk pretzel yang sangat sedap ni.


Kredit foto : Amir Nawawi , Pinky Momma


Share:

4 comments:


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive