Friday, February 19, 2016

PULAU MARINA ADA CHALET UNIK | ROCKBUND FISHING CHALET

Marina Island Pangkor merupakan sebuah pulau buatan seluas 316.9 ekar yang mana ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan jambatan sepanjang 400m. Untuk pengetahuan korang, dekat sini juga terletaknya jeti kedua untuk ke Pulau Pangkor, yang mana ia merupakan jeti yang akan membantu anda mengambil masa 10 minit untuk ke Pulau Pangkor berbanding Jeti Lumut yang mana ianya dikatakan mengambil masa sehingga 30-40 minit.


Tujuan kami ke Pulau Marina ni sebenarnya bukan untuk ke Pulau Pangkor. Apa yang lebih menarik minat kami ke sini adalah untuk ke sebuah chalet yang sangat unik dan mendamaikan iaitu ROCKBUND FISHING CHALET. Sudah semestinya fungsi utama chalet ini adalah untuk menarik kaki pancing kerana ianya merupakan lokasi yang sangat strategik untuk kaki pancing melepaskan gian. Beberapa buah platfom yang besar di bina untuk memudahkan kaki pancing.


Platfom untuk memancing_Foto rockbund.inndesk.com

Bagi MY, oleh kerana lokasi chalet yang agak privacy dan suasana yang cukup mendamaikan ditambah pula dengan keunikan chalet ini sendiri, ia sangat sesuai untuk honeymoon mungkin.





_Foto rockbund.inndesk.com

_Foto rockbund.inndesk.com

Ini merupakan kali ke 2 MY ke sini selepas lawatan media anjuran Gaya Travel pada tahun lepas (2015). Banyak juga perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh mereka. Tapi apa yang MY nak katakan tempat ni memang best. 



Alamat :
Marina island , 
Lumut, 32200 Perak.

Email :
rockbundfishingchalet@gmail.com

Website :
http://rockbund.inndesk.com/

Facebook :

Contact No. :
+6016-5580388

3 comments:

  1. ok korang kalau ke mana mana selalu tak ajak aku

    ReplyDelete
  2. Kalau bawa anak kecil susah nak kawal ni sebab mereka memang suka sangat dengan pantai

    ReplyDelete

Created By Sora Templates