VENUE PERKAHWINAN BARU DARI FELDA D'SAJI DI KAJANG



Siapa tidak tahu akan kehebatan brand D'Saji, lebih-lebih lagi jika kita bercakap mengenai dunia catering. Selain dari catering, mereka juga sangat popular dengan pakej perkahwinan yang mereka tawarkan.

Sebelum ni MY pernah membuat review berkenaan dengan Orchard Villa sebagai lokasi majlis perkahwinan dalam kebun dengan pakage yang cukup murah dan berbaloi, kini tibanya masa untuk MY mengumumkan berita baik untuk warga pembaca yang berada di sekitar Kajang, Bangi dan sekitarnya. D'Saji telah mewujudkan satu lagi aset mereka di Kajang sebagai venue majlis perkahwinan baru.

Venue Terbaru Felda D'Saji Sdn Bhd : Kajang Perdana Avenue
Gambaran Ilustrasi dari pereka grafik berkenaan dengan Kajang Perdana Avenue
Alamat: 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang Selangor.

Kajang Perdana Avenue ini masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap untuk beroperasi pada bulan Disember 2015 ini. *InshaAllah dengan izin Allah SWT jika semuanya berjalan lancar.

Harga Pakage di Kajang Avenue:

Promosi pakage di Kajang Perdana Avenue ini bermula dari RM 28 x 500 pax tetamu sehingga 600 orang di mana 200 pax di ruangan berhawa dingin dan 400 pax di ruangan terbuka yang lengkap dengan kipas gergasi dan kemudahan lain untuk keselesaan pegunjung.

Gambaran Ilustrasi dari pereka grafik berkenaan dengan Kajang Perdana Avenue
Kemudahan yang disediakan:

#Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
#Bilik menunggu VVIP/VIP 
#Bilik persalinan pengantin yang dilengkapi bilik air,tandas, surau
#Pejabat jualan

Gambaran Ilustrasi dari pereka grafik berkenaan dengan Kajang Perdana Avenue
Pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ini termasuk:

#Penggunaan tempat 
#Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
#Hiasan Pelamin
#Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
#Standard PA sistem
#Kawalan lalulintas oleh RELA

Contoh pelamin untuk majlis perkahwinan
Avenue juga sesuai untuk acara:

#Konvokesyen tadika
#Makan Malam Korporat
#Fashion Show
#Pelancaran Produk
#Seminar
#Bengkel pembelajaran

Untuk pengetahuan korang, Kajang Perdana Avenue ini mempunyai kawasan yang luas dan amat sesuai dijadikan majlis konvokesyen untuk tadika. Selain dari itu pelbagai jenis aktiviti kanak-kanak juga amat sesuai dilakukan seperti sand art, bouncy dan sebagainya.


Akses yang mudah melalui untuk ke sini ialah:

#SILK Highway
#Persiaran Kajang-Semenyih By pass
#Cheras-Kajang Highway
#Seremban-Kajang Highway
#Jalan Semenyih

Foto-foto diatas merupakan ilustrasi dari pereka grafik dan arkitek berkenaan dengan  Kajang Perdana Avenue ini. Insyaallah, untuk review penuh dengan tempat ni, boleh tunggu next entry. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:


Tel: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)

Fax: 
03-8881 1372 ( Pej Putrajaya ) 
03-2692 4159 (HQ)

PIC:
Encik Syaiful Nazlan - 013-386 0453
Puan Nurul Nadia - 019-295 6232

Post a Comment

2 Comments