travel, food and lifestyle blog

Followers

PERTAMA KALI MAKAN MEGGI KAMBING

PERTAMA KALI MAKAN MEGGI KAMBING | Dah lama MY memerhati geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari ni dok makan dan share pasal Meggi Kambing D'Laila ni. Terdetik di hati ni nak mencuba walaupun MY ni sebenarnya tak makan kambing.

Maggi kambing
Siapa yang tak terliur kalau macam ni rupa dia kan? Kalau MY yang tak makan kambing ni leh terliur, bagi diorang yang memang giler kambing tu macamana ya? ahahah. Walaupun tak suka kambing, sebagai food blogger, MY beranikan diri untuk mencuba. Tapi tengoklah sendiri apa yang jadi kan. licin MY kerjakan. hahahaha.

Maggi Kambing
Serius tak menyesal oder Maggi Kambing ni. Dengan harga RM20 semangkuk. Potionnya agak berbaloi dan megeyangkan. Apa yang lebih penting ianya sedap. Bagi mereka yang teringin nak cuba Maggi Kambing ni, waze je MMA Santai Corner Nilai. Insyaallah dia akan bawa sampai ke destinasi sepatutnya.

----------------------------------------------------------------

MMA Santai Corner
Putra Point Fasa 2B, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negri Sembilan 

Masa Operasi:
5 petang ke 12.00pagi

Share:

3 TAMAN TEMA POPULAR YANG PERNAH DILAWATI DI JOHOR

3 TAMAN TEMA POPULAR YANG PERNAH DILAWATI DI JOHOR | Memang MY tidak nafikan dengan kecantikan dan kedamaian negeri Johor Darul Ta'zimSebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadanan dengan 3 buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Negeri Johor sangat pesat dengan pembangunan dan merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong. Banyak tempat menarik telah dibangunkan di Negeri Johor ini. MY sendiri tidak terlepas peluang untuk menjejakkan kaki ke beberapa lokasi tempat yang menjadi tumpuan umum di negeri ini. Antaranya ialah:

1. LEGOLAND MALAYSIA RESORT


Legoland Malaysia_foto feeqsays.com
Alamat :
7, Jalan Legoland, Bandar Medini,
79250 Nusajaya, 
Johor, Malaysia
Tel : +60 7-597 8888

Facebook : LEGOLAND Malaysia
Twitter : LEGOLAND_MY

Dibuka setiap hari dari jam 10AM  hingga 6PM*


2. PUTERI HARBOUR FAMILY THEME PARK

Sanrio Hello Kitty Town
Sanrio Hello Kitty Town_foto feeqsays.com
Alamat :
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Nusajaya
Johor Darul Takzim, Malaysia

Kordinat : 
N 1 25.0 E 103 39.5



3. ANGRY BIRD ACTIVITY PARK

Angry Birds Activity Park
Angry Birds Activity Park_foto feeqsays.com
Alamat:
Level 3, KOMTAR JBCC,
Johor Bahru City Centre,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07 - 221 0260 / 07 - 300 5090


Dibuka setiap hari bermula jam 10am sehingga 10pm


Untuk info lebih lanjut mengenai taman tema yang telah dinyatakan diatas, korang boleh rujuk pada website taman tema tersebut. Insyaallah, semoga perkongsian ini akan dapat membantu serba sedikit tentang persoalan korang mengenai tempat menarik untuk dituju bersama rakan-rakan atau keluarga tercinta. Jangan lepaskan peluang korang untuk ke tempat-tempat yang MY nyatakan diatas ni, ini kerana ianya cukup hebat dan menakjubkan. Tidak perlu risau kerana ianya bukan semata-mata untuk kanak-kanak.
Share:

RESTORAN WESTERN HALAL MELAKA BERKONSEPKAN HIPSTER



Ketika bercuti di Melaka beberapa minggu lepas, MY telah berkesempatan untuk makan tengahari di sebuah restoran western halal yang diusahakan oleh 100% bumiputera beragama islam. Restoran ini merupakan hasil perkongsian beberapa orang anak muda hebat bertujuan untuk menyajikan makanan western halal di Melaka.

Bukan mudah untuk mencari sebuah restoran yang menyajikan makanan western Halal. Sepertimana yang kita tahu, definisi Halal itu bukan hanya dari segi jenis daging sahaja, ia juga meliputi seluruh aspek termasuklah cara peyembelihan, cara penyediaan makanan tersebut dan banyak lagi.

Billionaire's Concept Cuisine

LOKASI STRATEGIK DI MELAKA | Restoran yang dimaksudkan ialah Billionaire's Concept Cuisine. Lokasinya sangat strategik kerana ianya berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka. Kawasan ini dikatakan masih dalam pembagunan dan akan lebih maju pada masa akan datang. Insyaallah.

Untuk pengetahuan korang, di Restoran  BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE ini juga korang boleh menikmati menu dari Grid Shack. Ini kerana kedua-duanya berada di dalam premis yang sama.

Billionaire's Concept Cuisine
8-1, Jalan Lagenda 6, 
Taman 1 Lagenda, 
75400, Melaka.

Grind Shack
6-1 Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka

Apa yang kami teruja berkenaan restoran ini ialah kerana interior design nya yang berkonsepkan hipster. Hipster ni sebenarnya didefinisikan sebagai satu konsep SIMPLE . MINIMALIS . UNIK. Semua element-element ini telah diterapkan menjadikan ianya sebuah cafe berkonspkan cafe hispter.


Ianya ditunjukkan dalam penggunaan barangan terbuang, yang diolah menjadi perabot malah ada sebahagian darinya merupakan perabot seperti kerusi kayu dari sekolah lama. Ianya boleh dikatakan cukup unik dan sangat kreatif.

Bahagian dalam berhawa dingin

Ada juga meja yang diperbuat dari mesin jahit lama yang sudah tidak berfungsi dan ianya juga cukup kretif. *jika korang teringin nak tengok, kami nasihatkan untuk korang datang kesini.

Ruangan terbuka

Setiap pelanggan BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE boleh memilih samaada untuk duduk di ruangan tertutup yang berhawa dingin atau di ruangan terbuka.

Sesuai juga dijadikan tempat untuk meeting

Bagi mereka yang perlukan internet, korang tidak perlu risau kerana mereka ada menyediakan Free Wifi kepada semua pelanggan mereka. Oleh kerana itu, restoran ini juga sangat sesuai untuk urusan business atau meeting bersama client.

MENU BILLIONAIRE'S CONCEPT | Seperti yang telah diberitahu, Restoran  BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE ini menyediakan pelbagai makanan dari citarasa barat  (western) yang sangat sedap dan berpatutan. Apa yang kami nak tekankan ialah ianya dijamin Halal.

Hazelnut - Cafe Mocha - Hot Chocolate
Hazelnut - Cafe Mocha - Hot Chocolate

Pilihan pelbagai minuman panas seperti coffee dan coklat panas sentiasa menjadi pilihan bagi pelanggan tetap mereka. Jika anda merupakan salah seorang kaki coffee, anda harus datang dan mencubanya.

Caramel Macchiato Iced - Cafe Mocha Iced
Caramel Macchiato Iced - Cafe Mocha Iced

Selain dari pilihan minuman panas, mereka juga ada menyediakan minuman sejuk seperti Caramel Macchiato Iced, Cafe Mocha Iced, Lychee Rasberry dan beberapa minuman sejuk lain. Pilihan semua di tangan anda, sama ada dari minuman coffee atau sebaliknya.

Tortilla Chips & Cheese
Tortilla Chips & Cheese

Selain dari minuman yang sedap, mereka juga ada menyediakan banyak pilihan menu makanan. Pilihan Snack, pasta, grilled, meatball dan pelbagai menu hebat lain harus korang cuba jika ke sini. Ini kerana kebanyakan dari menu mereka adalah homemade dan ada kelainannya berbanding makanan western yang ada di luar sana.

Salmon Grilled
Salmon Grilled

Pelbagai jenis pilihan ice-cream juga ada, dan ianya boleh dikatakan menjadi salah satu tarikan keistimewaan dan speciality di restoran ini. Tidak hairanlah jika ianya cukup special, ini kerana ice cream di sini merupakan homemade yang disediakan dengan resepi sendiri. Jika ditanya berkenaan rasa nya, kami akan kata ianya lain dari yang lain. *harus cuba.

Honey Bae - Caramel Sutra
Honey Bae - Caramel Sutra

Dan happy untuk kami katakan bahawa, kami juga telah berpeluang untuk rasai sendiri 2 jenis ice cream yang cukup popular di sini iaitu Honey Bae dan Caramel Sutra.

Projek Travel bersama staff mereka

Secara keseluruhannya pengalaman MY di sini memang sangat best. Boleh dikatakan ianya tempat yang sangat sesuai untuk lepak-lepak bersama kawan-kawan mahupun keluarga sendiri. Jadi kepada warga Melaka tu, apa tunggu lagi. Jom datang ke sini.

Korang juga boleh baca entri berkaitan restoran Billionaire's Concept Cuisine ni di :



Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi diorang di :

Telefon:
013-201 8282

Facebook :

Instagram:

Waktu Operasi :
Setiap hari
12pm -12 am

Share:

KFC DELIVERY PARTY #SEHATISEJIWA BERSAMA SCHAWAL

Bersama rakan blogger Penaberkala
KFC DELIVERY PARTY #SEHATISEJIWA BERSAMA SCHAWAL | Baru – baru nie KFC Malaysia telah meganjurkan sebuah contest di Instagram sempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bertemakan #sehatisejiwa. Pertandingan itu telah berlangsung bermula dari 1 Ogos sehingga 3 September 2015 dan dikatakan telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

Pada 10/09/2015 yang lepas, bertempat di The View, Roof Top, G Tower Hotel, KL, mereka telah mengadakan satu majlis untuk meraikan para pemenang kontest. Lokasi yang sangat strategik dan mudah untuk MY akses kerana ianya hanya berdekatan dengan Stesyen LRT Ampang Park. *sebelah menyebelah je wak.

Melalui peraduan ini , peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan beserta pesanan makanan yang di beli melalui KFC Delivery ( hotline : 1300-222-888 atau laman web : www.kfcdelivery.com.my ) mengikut kreativiti memasing . Gambar perlu membawa pengertian “ Sehati Sejiwa “ bersempena dengan tema kemerdekaan tahun ini .

Pemenang kontes KFC Delivery #sehatisejiwa
Pemenang kontes KFC Delivery #sehatisejiwa
Foto yang bertanding telah dinilai melalui gambar kretif berkaitan dengan KFF Delivery dan slogan terbaik. Seramai tiga pemenang utama telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1500 ( Johan ), RM 1300 ( Naib Johan ) dan RM 1000 ( Tempat Ketiga ) . Manakala 7 lagi telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM 200 setiap seorang . *tahniah kepada semua pemenang.

Artis #sehatiSejiwa #schawal
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk cabutan bertuah, face painting, pelbagai permainan yang menghiburkan , sesi ramah mesra dengan selebriti jemputan iaitu pasangan suami isteri popular Scha dan Awal. 

Foto bersama rakan media yang hadir
Foto bersama pasangan #sehatisejiwa #schawal
Group foto bersama blogger yang hadir
Terima kasih kepada team KFC kerana sudi menjemput MY dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis.

Kredit foto : www.feeqsays.com


Share:

RUMAH DIMASUKI PENCURI 2 KALI

RUMAH DIMASUKI PENCURI 2 KALI | Malang sungguh nasib kami serumah kerana baru-baru ni rumah kami telah di masuki pencuri buat kali ke dua. Apa yang membuatkan MY lagi pelik kerana semasa tempoh pencuri memasuki rumah kami tu MY ada di dalam bilik sedang membuat kerja. *hurmmm acano tue?. Tapi MY tak sedar apa pun yang berlaku.

Gambar hiasan_Sumber
Jika dulu bilik tengah yang menjadi mangsa dan hilangnya sebiji laptop, kini bilik berdekatan dengan pintu utama rumah pula yang menjadi mangsa. Kali ini sebiji laptop termasuk chager dan bag laptop beserta sebiji tab milik housemate telah hilang. Apa yang membuatkan kami tergelak ialah dengan kehilangan kek lapis milik housemate kami yang baru dibeli dari sarawak. *what?? kek lapis pon dia kebas? lapar ke?. Nampaknya pencuri cukup cerdik kerana ianya memilih kek lapis berperisa cheese yang agak mahal tu. *hurmmm, tapi kenapa tak ambil semua kan kek lapis yang ada kan?. pandai pulak dia memilih. Nasib baik kek lapis yang dioder oleh kawan housemate tidak dirembatnya.

Kalau didengar dari cerita, itu merupakan salah satu dari pantang larang dalam ilmu pukau? makan sesuatu makanan milik tuan rumah? Tapi sejauh mana kebenaran semua itu? Adakah benar aku di pukau? 

Apapon MY bersyukur kerana tidak diapa-apakan oleh mereka. Semoga Allah memberi kesedaran dan balasan yang setimpal kepada si pencuri.


Share:

MAJLIS ULANG TAHUN KE 15 MAJALAH MASKULIN


ULANG TAHUN KE 15 MAJALAH MASKULIN | Majalah Maskulin telah menjadi manual utama gaya hidup lelaki terutama di Malaysia ini sudah hampir 15 tahun. Bersempena dengan ulang tahun ini, Majalah Maskulin dengan tagline TAKRIF TERKINI LELAKI MUDA dan peneraju utama majalah gaya hidup lelaki di Malaysia, pertama kalinya mereka telah tampil dengan naskah edisi bumper khas untuk pembaca dan penyokong mereka.

Kewujudan edisi bumper ini dikatakan amat istimewa dan ianya bukan sekadar 'buah tangan' untuk rakan niaga dan klien, tetapi lebih penting bagi menghargai rakan-rakan media, pemain industri serta permbaca setia bersama Majalah Maskulin.

Edisi ini merupakan edisi yang lebih tebal dan padat dengan info, tip serta panduan berguna rutin harian lelaki masa kini. Bersempena dengan edisi ini juga, Maskulin telah memilih 15 ikon lelaki yang mempunyai pengaruh tersendiri dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepeada pembaca mereka. 

15 IKON MASKULIN | Antara 15 ikon lelaki tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Dato' Aliff Syukri, Dato' Lee Chong Wei, Datuk AC Mizal, Dr. Azizan Osman, Dr. Faiz Khaleed, Fairuz Fauzy, Tengku Djan, Peter Davis, Sherson Lian, Jovian Mandagie, Edry Abdul Halim, Ajai, Wak Doyok dan Bront Palarae.


MASKULIN COCTAIL PARTY  | Starbucks Sri Hartamas telah menjadi penaja lokasi dan makanan 'MASKULIN COCTAIL PARTY' untuk meraikan ketibaan ulang tahun ke 15 majalah Maskulin. Antara penaja lain yang terlibat ialah binqareem dan Ombak Wear.

Sekitar MASKULIN COCTAIL PARTY
Antara acara yang diselitkan dalam MASKULIN COCTAIL PARTY ni adalah tayangan video 15 tahun Majalah Maskulin, memperkenalkan barisan editorial majalah, pemberian cenderahati penghargaan kepada 15 ikon yang hadir. Tahniah juga kepada editor baru mereka iaitu Mohamad Shahir Abdul Rahim (@shahey88 ).

Ikon Maskulin yang hadir 
2 orang Ikon Maskulin yang hadir semalam ialah @WakDoyok dan @drfaizkhaleed . Tahniah kepada mereka dari MY.

Penampilan khas dari Sakura band
'MASKULIN COCTAIL PARTY' ini turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dari Sakura Band dan Sazrinaizul.

Sazrinaizul "Bersumpah Demi Cinta
Majlis ini di lengkapkan dengan 10 orang pemenang kontes foto di Instagram bertuah dengan hashtag #maskulin15, dan MY juga merupakan salah seorang dari pemenang tu.. Alhamdulillah. *walaupun pada awalnya hanya join untuk memeriahkan, tapi rezeki Allah nak bagi kan.

Hadiah tajaan dari Starbucks
Menang kontes foto Instagram
Selain dari kehadiran ikon-ikon Maskulin, majlis ini juga tutut hadir oleh ramai artis lelaki dan model-model lelaki popular tanah air. Antara artis yang hadir ialah Norman Hakim, Shah Iskandar, Mark Adam, Fezrul Khan dan ramai lagi.

Sekitar MASKULIN COCTAIL PARTY
Sekitar MASKULIN COCTAIL PARTY
Sekitar MASKULIN COCTAIL PARTY
Antara artis dan model popular yang hadir
Dari kiri  Azuan Mazlan ( @superhero_a.m ), @azrelismail dan safwan_yahya .

Bersama manager Sakura band, @ericka_luv
Blogger MahaMahu, FauziAryaan, KhaiArtzfar dan HizamiLi
Tahniah lagi sekali dari saya Mawardi Yunus diatas ulang tahun yang ke-15 Majalah Maskulin. Semoga terus sukses dan menjadi inspirasi utama kepada semua lelaki di luar sana. Terima kasih diatas jemputan untuk memeriahkan " Maskulin Towards 15th Anniversary Party ' .

Jangan lupa untuk follow mereka di Instagram @MaskulinMag , dan layari website mereka di maskulin.karangkraf.com.

Share:

PILIHAN TOPENG JEREBU YANG SESUAI

PILIHAN TOPENG JEREBU YANG SESUAI | Masalah jerebu di malaysia ni makin hari makin teruk, malah sebahagian daerah sudah mengeluarkan arahan untuk pelajar sekolah bercuti kerana jerebu sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Jadi mask adalah aset paling penting untuk menjaga kesihatan diri buat masa ni.

Apa yang MY perasan, mask sangat laku dijual ketika ini dan banyak kedai telah kehabisan stok. Tapi persoalannya adakah mask yang dijual dan yang telah kita beli itu sesuai dengan masalah jerebu ni? MY juga yakin, ramai diantara kita memilih Surgical Mask .

Surgical mask_ sumber Kopi Cengkih
Kerana apa? Sebab nak jadi doktor? Sebab nak nampak stylo? Sebab murah? Dan banyak lagi alasannya. Tetapi adakah korang tahu bahawa ia adalah pemilihan yang tidak tepat. KENAPA?

Jangan salah pakai topeng. Cari yang N95 sahaja. Surgical mask tak bantu apa2 .

For your respirator health di musim jerebu ni, please use N95 mask instead of topeng muke yang biase doktor-doktor pakai tu sebab tu surgical mask je. Dia tak mampu nak filter atau tapis small particle. Function dia untuk avoid bau busuk, avoid splash of blood/mucus/liquid/dll. So, if u guys pakai that particular mask, no use sebenarnye since size particle jerebu in range 2.5 micron which means lagi kecik dari diameter rambut kau ye.
N95 mask ni pulak size dia dlm range 0.1 - 0.3 micron. 95% filtered.

Tak percaye, kau pegi tanye OSHA!

Be healthy and stay healthy guys!_ sumber Kopi Cengkih

N95 mask_ sumber Kopi Cengkih
Tetapi nampak tak helok kan? Dah macam rupa orang bertukang kat bengkel pun ada kan. Itu atas koranglah, kehelokan atau kesihatan yang penting. Kang nak helok-helok bila dah kena sawan dek kerana jerebu dah jadi 2 kali tak helok pulak kan. Apapon utamakan kesihatan.

Apa yang MY nak bagitau, kalau malu nak pakai mask macam N95 ni, korang boleh beli mask yang lebih stylo dan ok di luar sana. Cuma kena pandai pilih la. Kot nanti helok rupa fungsi takde, nak buat apa kan? Apa yang MY boleh katakan elakkan dari banyak membuat aktiviti diluar, banyakkan minum air kosong.

p/s : apapon MY pon dah terbeli berguni-guni surgical mask tu, lepas beli terbaca plak info ni. Tetiba rasa macam nak peram buat jeruk je mask tu. Nak tak nak kena pakai la. kalau tak rugi kan. lulz.

Share:

PROGRAM #ARIFLABUR BERSAMA SELEBRITI FIZO OMAR


PROGRAM #ARIFLABUR BERSAMA SELEBRITI FIZO OMAR | Sekarang ni, orang sudah ramai sedar dan tahu kepentingan pengurusan kewangan yang betul. Ramai yang sudah mula melibatkan diri di dalam dunia keusahawanan walaupun masih mempunyai kerja tetap di sektor kerajaan atau swasta. Pelbagai program juga telah wujud sebagai platform kepada kita untuk lebih arif dalam pengurusan kewangan. Antara salah satu program tersebut ialah Program #ArifLabur.

Program #ArifLabur ini merupakan sebuah program persediaan masa depan kewangan yang lebih stabil. #ArifLabur membawa mesej, “Elak Sengsara Selepas Bersara”.

Program #ArifLabur adalah anjuran PMB Investment yang merupakan sebuah syarikat dibawah Pelaburan MARA Berhad yang merupakan salah satu syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan portfolio. Sebagai sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC), PMB Investment sentiasa merangka pelbagai strategi transformasi agar dapat menarik lebih ramai pelabur.


Berikut merupakan objektif dari program #ArifLabur yang perlu di capai.
Objektif #ArifLabur ialah:

• Menggalakkan pelaburan unit amanah sebagai salah satu persediaan sebelum bersara
• Mendidik masyarakat berkaitan unit amanah
• Mendidik masyarakat berkaitan dana unit amanah patuh Syariah
• Memberi kefahaman mengenai senario ekonomi dan pasaran saham semasa
• - Menggabungkan unsur-unsur keusahawanan dengan menawarkan peluang menjadi Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment


Topik Program #ArifLabur untuk Fasa Kedua kali ini adalah “Membina Kekayaan Melalui Pelaburan”. Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang bertambah nilai pada masa depan. Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu cara untuk menambah pendapatan di mana individu boleh melabur wang mereka secara kolektif atau terpilih. Dalam erti kata lain, ia bermaksud pengumpulan dana dari orang ramai dan institusi dan juga menggunakan wang terkumpul untuk melabur.

Apa yang akan ada ketahui dari Program #ArifLabur?

• Segalanya tentang pelaburan unit amanah
• Kefahaman berkaitan propektus dan laporan tahunan
• Kelebihan melabur dalam dana ekuiti
• Pemantauan pelaburan & risiko

Proram #ArifLabur Fasa Kedua ini akan menampilkan selebriti jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan seorang usahawan muda yang semakin sukses dan berjaya dalam bidang keusahawanan.

5 Lokasi Program #ArifLabur :

• 12 September 2015: Permata Ballroom, Puteri Pacific, Johor Bharu, Johor
• 3 Oktober 2015 : Weil Hotel, Ipoh, Perak
• 24 Oktober 2015: TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
• 26 Oktober 2015: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak
• 29 Oktober 2015: Dewan MARA, Kota Bharu, Kelantan

Yuran penyertaan: RM 10 sahaja!

Daftar sekarang di www.ariflabur.my atau hubungi 03-27859900.

Tempat adalah terhad!


Share:

PISANG GORENG SAMBAL KICAP DI JOHOR BAHRU


PISANG GORENG SAMBAL KICAP DI JOHOR BAHRU | MY difahamkan bahawa PISANG goreng merupakan salah satu kudapan 'wajib' dan menjadi identiti rakyat Johor. Apa yang menariknya lagi, pisang goreng ini akan dimakan bersama sambal kicap. *agak aneh, tapi ternyata ianya sangat sedap.

Pisang Goreng Mawar
LOKASI PISANG GORENG POPULAR | Alang-alang MY dah berada di Johor Bahru, haruslah kena cari 'port' goreng pisang yang terkenal kan? Rezeki MY barangkali bila berkesempatan untuk singgah dan rasa sendiri pisang goreng ni di gerai yang cukup popular di Johor Bahru ni.

Apa yang lebih menarik port goreng pisang popular dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle (iaitu hotel dimana kami menginap) dan ianya betol-betol menghadap Pantai Lido.

Mawar Cafe
Gerai Mawar ini diberi dipanggi kerana dahulunya ia terletak berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar) dan mempunyai tarikan tersendiri iaitu menjual pelbagai jenis pisang yang menjadi teras perniagaannya. Jadi sehingga sekarang nama itu menjadi ikutan kepada semua pelanggan-pelanggan yang datang.

Address : 
Banana Fritters Mawar 888, 
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, 
Johor Malaysia 
GPS : 
N01 27.767′  E103 44.474′

Anak pemilik, Noraznia Rasid, 25, berkata, antara jenis pisang yang digunakan untuk membuat pisang goreng di kafenya adalah pisang nipah, tanduk, nangka dan paling eksklusif adalah pisang raja.

HARGA PISANG GORENG | Dari segi harga, untuk pisang biasa RM 1 untuk 2 manakala untuk pisang raja, ianya hanya digoreng jika dioder khas dan ianya berharga RM2 untuk sebiji pisang.

dapur terbuka
pelanggan boleh melihat sendiri cara penyediaan
juga boleh dibungkus untuk bawa balik
Untuk melengkapkan pisang goreng ini, ia disediakan bersama sambal kicap cair. *nampak biasa, tapi korang kena rasa sendiri.

disediakan dengan sambal kicap
Selain pisang goreng, pihaknya juga menjual kuih-muih tradisional dan moden, nasi lemak, pelbagai jenis mi dan roti berlauk yang turut menjadi tarikan pengunjung ke situ. Gerai ini dikatakan mula beroperasi pada tahun 2003. Waktu perniagaan ialah bermula pada 11.00 pagi sehingga 7.30 petang. Mereka beroperasi setiap hari kecuali hari sabtu.

Rakan media
Gerai ini dikatakan sentiasa penuh dengan pelanggan. *korang boleh tengok sendiri dalam foto. Tidak hanya dari penduduk setempat, mereka juga menerima kunjungan dari orang kenamaan dan artis. Jadi, korang pun kalau turun Johor Bahru ni kena datang dan rasa sendiri pisang goreng disini.


Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive