travel, food and lifestyle blog

Followers

NASI DAGANG MENU TERBARU AIRASIA DAN AIRASIA X


NASI DAGANG MENU TERBARU AIRASIA DAN AIRASIA X | MY telah berpeluang ke majlis pelancarkan menu dalam pesawat terkini AirAsia dan AirAsia X yang diberikan nama "SANTAN", dengan pengenalan baru bagi kedua syarikat penerbangan bagi pembelian dalam pesawat atau pra tempah.

WOLO Bukit Bintang
WOLO Bukit Bintang
Majlis pelancaran "SANTAN" ini telah diadakan di Penthouse WOLO Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini sangat stategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur malah sangat dekat dengan stesyen Monorail Bukit Bintang.




PENERBANGAN AIRASIA BERHAD | Antara hidangan terbaru yang sudah tersedia di dalam penerbangan AirAsia Berhad (AK) bagi pembelian dalam pesawat ialah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai.

Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol
Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol
Sementara untuk menu pra tempah pula ialah Nasi Tomato dengan Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.

PENERBANGAN AIRASIA X BERHAD | Bagi penerbangan Air Asia X Berhad (D7) pula, menu pra tempah yang boleh dinikmati oleh pelanggan ialah Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang mana ianya termasuk dengan 350ml air mineral. Nasi Dagang juga tersedia bagi pembelian dalam penerbangan AirAsia X.


Pelanggan bagi kedua-dua syarikat AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad sudah boleh mula menikmati menu tambahan baru ini bermula dari sekarang.
Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia | Pasukan pendapatan sampingan kami sentiasa melihat cara bagaimana kami dapat menambah baik pengalaman penerbangan bagi tetamu kami. Makanan semestinya memainkan peranan penting tetapi kami tidak hanya mahu menjual makann tetapi juga menggunakan pengalaman dalam penerbangan bagi mengenalkan hidangan Asean bagi kesemua tetamu kami. Kami berbesar hati memperkenalkan Nasi Dagang terlebih dahulu, yang mana adalah hidangan terkenal di Malaysia sebagai pengenalan, dan kami akan melihat memperkenalkan hidangan lain dari pelbagai tempat di Asean dalam pusingan Menu Asean "Santan" yang seterusnya.
Roti canai juga merupakan salah satu menu popular di negara kita yang mana korang harus cuba ketika terbang bersama AirAsia.

Roti Canai AirAsia
Roti Canai AirAsia
Banyak lagi hidangan best yang boleh dinikmati di dalam pesawat AirAsia. Selain pra tempah makanan dalam penerbangan AirAsia, pelanggan juga kini boleh menambah pencuci mulut yang manis dengan pilihan "Maximise Your Meal" yang termasuk Salted Caramel Cookie Bar dan Kit Kat untuk hanya RM 7.

Pemanis mulut
Bagi mereka yang bersama kanak-kanak, untuk kedua penerbangan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad kini boleh menikmati pra tempah hidangan kanak-kanak yang terdiri dari dua Burger Ayam Mini dan Ribena.

Burger Ayam Mini
Burger Ayam Mini AirAsia
Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan awal sebelum terbang bersama AirAsia untuk lebih banyak penjimatan.


Share:

LINDUNGI RUMAH ANDA DENGAN HARUMAN SERAI WANGI AFY HANIFF

LINDUNGI RUMAH ANDA DENGAN HARUMAN SERAI WANGI AFY HANIFF | MY yakin bahawa bukan MY je yang mempunyai masalah dengan serangga perosak di dalam rumah atau kediaman. *mesti ada diantara pembaca blog MY ni pun menghadapi masalah yang sama kan? Seharusnya kediaman kita harus bebas dari segala gangguan termasuklah serangga-serangga dan haiwan yang merbahaya dan membawa penyakit seperti lipas, nyamuk, tikus dan sebagainya. *tapi bagaimana? Bunuh ?

Untuk membunuh serangga dan haiwan perosak seperti ni kita memerlukan bahan kimia atau racun yang cukup kuat. 

ALERGIC PADA ASAP | Memandangkan MY ni merupakan seorang yang alergic pada asap atau bauan chemical yang kuat jadi penggunaan racun serangga seperti spray ubat nyamuk dan lingkaran ubat nyamuk khususnya memang tidak boleh digunakan sama sekali. Perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan MY demam jika terhidu. *pernah demam sehingga seminggu kerana terhidu asap ubat nyamuk.

alergic asap rokok_foto www.huffingtonpost.com
Dirumah MY memilih untuk tidak menggunakan ubat nyamuk dan ridsect untuk mengelakkan dari terhidu. Oleh sebab tiada penggunaan ubat nyamuk dan ridsect ni juga MY pernah disahkan mengidap sakit denggi. Jika diberi pilihan, hanya kelambu sahaja yang boleh menjadi pilihan terakhir untuk MY guna untuk mengelakkan dari terkena gigitan nyamuk.

Tapi kelambu untuk tidur bolehla, kalau untuk buat kerja memang susah. Memandangkan MY ni jenis bekerja malam menghadap laptop di meja so ia sangat tidak sesuai. Nyamuk masih boleh datang dan mengganggu.

Teringat semasa berada pada tahun akhir first degree my di UPM dahulu, sebagai seorang pelajar Rekabentuk Perindustrian. MY telah memilih kajian dan mencipta alat untuk menghalau burung di sangkar ikan. Dan banyak pegertian dan kelebihan disebaliknya termasuk untuk kestabilan ekosistem dan alam sekitar, jadi pernah terfikir untuk mencipta sendiri bahan untuk menghalau serangga berpeyakit ni especially nyamuk yang sangat bahaya.

PRODUK SERAIWANGI AFY HANIFF | Sehinggalah MY menemui satu produk yang cukup bagus di pasaran untuk menyelesaikan masalah yang MY hadapi. Produk tersebut adalah dari keluaran Afy Haniff. *tak perlu nak cipta produk baru dah sebab yang terbaik sudah ada di pasaran. Apa yang bestnya produk ini merupakan produk yang selamat, tidak beracun dan tidak merbahaya *tetapi ia tidak bermakna ia boleh dimakan. hehe.
Produk serai wangi Afy Haniff
Banyak produk-produk yang bagus dan berkualiti keluaran Afy Hanif ni yang sudah ada di pasaran. Setiap produk mempunyai kelebihan dan cara guna yang berbeza.


MASALAH NYAMUK BERPENYAKIT | Hanya gantung di tingkap pintu dan haruman serai wangi yang tajam tu mampu menghalau dan menghalang nyamuk dan serangga lain dari memasuki bilik MY dan ada juga MY gantung di dalam almari baju dan bilik air untuk menghalau lipas. Apa yang boleh MY katakan ia terbukti berkesan dan MY boleh buat kerja pada malam hari tanpa diganggu oleh nyamuk. Insyallah MY akan keep use this produk untuk menjaga kediaman dan bilik dari nyamuk dan lipas.



MASALAH TIKUS DI SYILING RUMAH KAMPUNG | Jika bercerita mengenai tikus, ia cukup sinonim dengan haiwan yang membawa penyakit merbahaya. Selain dari itu tikus juga selalu mendatangkan masalah dengan merosakkan barang-barang peribadi kita termasuk koleksi buku di almari rumah. Rumah di kampung MY juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang paling jelas, tikus juga suka pada tempat yang sunyi dan gelap. Bila waktu malam, akan kedengaran tikus berlari-lari di atas syiling rumah.


Apa yang MY boleh buat ialah mencari sesuatu untuk menghalau tikus-tikus ni dari terus stay di bahagian syiling tu. Jika diberi racun di khuatiri tikus-tikus tersebut akan mati dan bangkai mereka akan busuk di atas syiling. Alhamdulillah, dengan hanya diletakkan pada beberapa tempat, masalah tikus di syiling dapat diselesaikan.

Apa yang bestnya, produk ini juga boleh digunakan di luar rumah untuk menjaga tanaman dari diganggu dan dirosakkan oleh serangga dan haiwan perosak.

MASALAH LALAT SEMASA HIDANGAN MAKANAN | Kita cukup tahu dengan akibat jika makanan kita di hinggap oleh serangga kotor seperti lalat. Masalah lalat di kampung memang tidak boleh dielakkan. Apa yang paling bermasalah ialah semasa hidangan makanan buffet kenduri atau rumah terbuka. Lalat sangat tertarik pada makanan yang dihidangkan.


Lalat bukan sahaja kotor dan merbahaya pada manusia, tetapi ia juga boleh mengganggu persekitaran majlis. masalah ini dapat diatasi dengan Serai Wangi Pelita yang produk keluaran Afy Haniff ini. Ia bukan sekadar dapat menghalau lalat, tetapi dari segi fizikal rekabentuknya boleh juga dijadikan sebagai lilin/ pelita hiasan .

Berikut merupakan masalah yang dihadapi oleh MY sendiri beserta cara dan produk terpilih untuk meyelesaikan masalah yang telah MY hadapi di rumah dan di kampung MY sendiri. Alhamdulillah pilihan produk ini sangat membantu dalam meyelesaikan masalah yang seperti dinyatakan.

KELEBIHAN AFY HANIFF | Antara kelebihan produk dari Afy Haniff ini yang menarik perhatian MY untuk dicuba ialah seperti berikut:

>>Selamat untuk persekitaran
>>Berasaskan dari tumbuhan semulajadi
>>Tidak memberi kesan bahaya jika terkena kulit
>>Tidak megandungi bauan kimia merbahaya.

Bagi korang yang ingin mendapatkan produk-produk dari Afy Haniff ni bolehlah rujuk di store atau outlet seperti dinyatakan dibawah:

Store jualan Afy Haniff
1) Giant
2) Mydin
3) Tesco
4) Jaya Grocer
5) Econsave
6) Family Store
7) Kipmart
8) Songmart
9) Mercato
10) Sam's Groceria

Dan banyak lagi outlet dengan total dekat 980 outlet seluruh Malaysia termasuk Sabah.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Afy Haniff ni korang boleh rujuk

Share:

MAJALAH LAWAK POPULAR TIADA LAGI DIPASARAN


MAJALAH LAWAK POPULAR TIADA LAGI DIPASARAN | Agak terkejut bila heboh di media social berkenaan dengan isu Majlah Ujang dan Apo? sudah tidak lagi dipasarkan dan Moy Publication iaitu sebagai penerbit majalah lawak popular itu Ujang dan Apo? itu dikatakan telah menutup operasi mereka.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh kakitangannya, Kartunis Ubi, melalui laman social Facebook beliau. Bagaimanapun, puncanya sebenar penutupan syarikat itu tidak pula dinyatakan.

Majalah ni dah menjadi sangat istimewa buat MY, boleh dikatakan membesar bersama. Dari majalah Ujang dan Apo jugalah MY belajar cara melukis sehingga MY berjaya mendapat Ijazah dalam Rekabentuk Perindustrian di UPM. Bukan MY je yang terlalu addited dengan kedua-dua majalah ni, satu keluarga pun gemar membaca majalah lawak ni.

Jadi bahan untuk menunggu waktu berbuka, menunggu bas, atas teksi, menunggu iklan di tv, stress dengan anak sedara dan macam-macam lagi.

Apapon MY akan kenang dan simpan koleksi-koleksi majalah-majalah ujang dan apo yang MY ada baik-baik. Terima kasih kepada mereka yang menceriakan hari-hari MY sebelum ni. MY pasti ramai yang kecewa dengan keputusan ni.

Share:

DAPATKAN PELBAGAI INFO TRAVEL DAN FOOD DI INSTAGRAM PROJEK TRAVEL

DAPATKAN PELBAGAI INFO TRAVEL DAN FOOD DI INSTAGRAM PROJEK TRAVEL | Alhamdulillah, berkat sokongan semua Projek Travel masih bertahan sampai sekarang, malah mungkin akan pergi lebih jauh jika diberi peluang. 


Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu akan kewujudan Projek Travel. Jadi sekarang tibalah masanya untuk pembaca blog MY kenal kami dengan lebih dekat lagi. Kami cuba memberikan info berkaitan travel dan makanan yang terbaik untuk pengikut kami. Selain berkongsi info dan pengalaman mengenai Travel dan Food di blog rasmi kami iaitu www.projektravel.com. Kami juga mempunyai akaun Instagram yang mana kini mempunyai 2k followers.
Dengan sokongan followers di Instagram kami, kini hashtag #ProjekTravel telah mencecah 5000 lebih. Kelebihan pada mereka yang berkongsi moment travel atau food mereka di instagram dengan menggunakan hashtag #ProjekTravel ini ialah secara automatik gambar tersebut akan muncul di website kami.


Insyaallah kami akan cuba memberikan yang terbaik untuk followers kami. Semoga apa yang telah kami kongsikan dapat membantu serba sedikit followers kami. 

Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa untuk singgah dan follow Instagram kami di https://instagram.com/projektravel dan gunakan hashtag #ProjekTravel untuk perkongsian moment travel anda. 

Share:

PERSIDANGAN & PAMERAN BIOMALAYSIA & ASEAN BIOECONOMY 2015


PERSIDANGAN & PAMERAN BIOMALAYSIA & ASEAN BIOECONOMY 2015 | Pada 2 Julai 2015 yang lepas, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) telah mengumumkan bahawa  Persidangan & Pameran BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi akan diadakan pada 17-19 Ogos 2015 ini, dan akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Dengan kerjasama bersama Malaysia‘s Chairmanship of ASEAN 2015, MOSTI dan BiotechCorp berkerjasama sekali lagi dengan peserta-peserta dari ASEAN & industri Bioteknologi di BioMalaysia 2015.
Dato 'Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Tahun ini kita akan bakal melihat beberapa perubahan menarik dalam BioMalaysia 2015. Satu perubahan yang ketara adalah melalui kerjasama Bioekonomi ASEAN, yang akan mendorong perubahan industri berasaskan bioteknologi dan dapat memberikan faedah ekonomi kepada semua.

BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu key meeting points for industry professionals di rantau ini. Selama bertahun-tahun, program ini terus menjadi platform untuk melahirkan idea-idea baru, penyelesaian yang lebih praktikal dan kerjasama yang efektif untuk peringkat peserta-peserta Malaysia dari industri bioteknologi dan juga peringkat global.


Bertemakan "Bioekonomi ASEAN: Biodiversiti untuk Kesejahteraan", BioMalaysia tahun ini & Acara Bioekonomi ASEAN akan dirasmikan oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Acara yang akan berlangsung selama 3 hari itu dijangkakan akan menerima lebih 10,000 trade visitors, 250 exhibitors termasuk dari Gulf Cooperation Council (GCC), Multi-national Corporations (MNCs), badan-badan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan. GCC ni apa? GCC is a political and economic alliance yang terdiri daripada enam negara Middle East; Saudi Arabia, Kuwait, the United Arab Emirates, Qatar, Bahrain, and Oman.

Dengan kerjasama daripada Small and Medium Enterprises (SMEs) dan 10 negara ASEAN; Malaysia, Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Singapore, Thailand, Vietnam dan Philippines, exhibitors akan showcase their best and most innovative products & services, membuka peluang business dan banyak lagi. 

Speakers dari pelbagai company yang besar dan sukses juga akan berada di sana untuk berkongsi rahsia kejayaan, tips, dan ilmu-ilmu dalam industri ni dalam conference yang akan berlangsung selama tiga hari. Antara speakers yang akan hadir ialah:





BioMalaysia & ASEAN Bioekonomi 2015 bersedia untuk mendorong perkongsian dengan peserta global dan merangsang inovasi dan pertumbuhan dalam sektor berasaskan bio, dengan bertujuan untuk menjadikan kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar Bioekonomi di masa hadapan. Fokus tahun ini ialah juga pada kesihatan dan penjagaan kesihatan - fasa yang berbeza untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Jom kita beramai-ramai ke Biomalaysia & ASEAN Bioeconomy Conference & Exhibition 2015 yang akan diadakan pada 17 hingga 19 Ogos 2015 di PWTC, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang event ni boleh terus lawati website mereka di www.biomalaysia.com.my[klik].
Share:

TEATER MADUKU KALUT RETURNS KEMBALI DI ISTANA BUDAYA



TEATER MADUKU KALUT RETURNS KEMBALI DI ISTANA BUDAYA | Berita baik buat penggemar teater. Teater komedi MADUKU KALUT RETURNS kembali di atas permintaan orang ramai yang mana akan di pentaskan pada tarikh 7, 8 dan 9 Ogos ini, di pentas Panggung Sari, Istana Budaya. 

MADUKU KALUT RETURNS , itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik. 

Untuk pementasan pada kali ini teater ini akan menaruhkan Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya Maduku Kalut Returns  menjanjikan sesuatu kelainan kepada dunia seni teater negara.

Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce” yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife. 

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, Maduku Kalut Returns bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, Maduku Kalut Returns lebih dari sebuat pementasan teater. Maduku Kalut Returns  merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam linkungan usia belia.

HARGA TIKET TEATER | Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum. 

MENGENAI MASKTEAM | Mula memahatkan nama sekitar awal 2011, Mask Team merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pengkhususan penganjuran acara, dan “Rumah Media”. Ditunjangi oleh sekumpulan anak muda, Mask Team berorientasikan, kreativiti dan sentuhan kelainan didalam setiap perkara yang diceburi.

Setelah hampir 4 tahun beroperasi, Mask Team ternyata sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan organisasi lain. Antara hasil kerja yang mendapat sentuhan Mask Team adalah seperti, Teater Projek Kahwin, Teater Juta-Juta, Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan penganjuran acara Rejunevasi Lahad Datu hasil kerjasama bersama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, terbaru, Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa dan konsert Malam Inspirasi Kun Anta.

Pelbagai pengiktirafan telah di raih Mask Team antaranya Persembahan Kumpulan Teater Terbaik, Pengarah Teater Terbaik dan Skrip Asli Terbaik untuk Boh Cameronian Awards. 

Selain daripada penganjuran acara, Mask Team juga mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran sosial media, penjenamaan dan pemasaran serta produksi televisyen. Secara mudahnya, dengan Mask Team, segala permasalahan media anda, kami selesaikan. 

Peluang menganjurkan Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa bersama Airish Events, diharapkan dapat menaikkan lagi nama Mask Team, sebagai salah sebuah organisasi penganjuran acara yang berkaliber dan disegani.

Share:

KAD RAYA PERTAMA DAN TERAKHIR 2015

KAD RAYA PERTAMA DAN TERAKHIR 2015 | Alhamdulillah sudah 20 hari kita di bulan syawal. Apa yang MY terkejut pada 19 Syawal kelmarin MY telah menerima satu kad raya dari sahabat di media sosial. Walaupun tak pernah bertemu mata tapi beliau telah seiklas hati mengirim kad hari raya untuk MY tahun ni.

Kad Raya yang cukup kreatif dan masih ditulis ucapannya dengan menggunakan pen dengan setulus hati. Cukup rasa diri ini dihargai . Terima kasih banyak-banyak ya sahabat.

Share:

PENGGUNA SETIA LENOVO

PENGGUNA SETIA LENOVO | Walaupun banyak jenama smartphone yang ada di pasaran Malaysia sekarang, MY tetap memilih Lenovo sebagai jenama smartphone peribadi MY. Setakat ni sudah 3 model Lenovo MY guna . Model smartphone pertama ialah Lenovo K900, manakala yang kedua ialah Lenovo K901. Kedua-dua model ini mempunyai persamaan pada jenis bateri build in (bateri tak boleh cabut dari body). 

Lenovo A916_ foto http://kylekeeton.com/

Kali ni MY telah memilih smartphone Lenovo A916. Ini kerana fungsi yang hebat dengan harga yang mampu milik. Paling MY suka ialah fungsi kamera belakang yang cukup sharp dan memuaskan.*rasa macam guna phone mahal pulak. eh.

Cover belakang_ foto http://kylekeeton.com/

Selain dari itu, model Lenovo A916 ni lebih kemas dan nampak exclusive dengan cover belakang seakan leather. Lenovo A916 ini mempunyai skrin 5.5″  dan memiliki kamera belakang 13 MP . Cuma agak kecewa sedikit dengan kamera depan yang tak berapa ok. Tapi tak kisahla kan sebab kamera belakang dah cukup power dengan harga smartphone yang murah. Untuk more info mengenai smartphone Lenovo A916 ni boleh rujuk sini www.chinaphonereview.com .
Share:

DELIVERY SANDWICH SEDAP AREA KUALA LUMPUR | GARSA KITCHEN


DELIVERY SANDWICH SEDAP AREA KUALA LUMPUR | GARSA KITCHEN | Ada penggemar sandwich tak kat sini? entry kali ni MY nak kongsikan mengenai kedai sandwich terbaik di Kuala Lumpur ni. Korang tak perlu risau kerana ianya halal dan dibuat oleh orang melayu islam.


Jadi bagi korang yang nak try sandwich ni bolehlah buat oder. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang busy, tak ada masa untuk turun lunch. Oder je sandwich ni, silap-silap boleh makan sampai balik kat office kan.

Pertama kali MY oder sandwich ni dan minta untuk buat delivery. Ternyata memang tidak mengecewakan. Dari segi perkhidmatan penghantaran, persembahan dan rasa memang sangat dipuji.


Kalau nak bercerita mengenai rasa tu memang sangat terbaiklah. Kiranya MY boleh katakan rasa sandwich paling sedap yang MY pernah makan. Apa yang MY perasan jugak sandwich dari Garsa Kitchen ni tahan lama. 

SENARAI SANDWICH DAN HARGA | Berikut merupakan senarai harga dan jenis sandwich yang available untuk di oder di Garsa Kitchen:

FIESTA (Mixed Sandwiches)


BEEFTASTIC
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

CHICKSTER
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

EGGXTRA-ORDINARY CHICKEN
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

TUNA TURNER
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)

EGGSTACY
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)

TUNA ON FIRE
L RM35 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

CHICKEN IN A BIKINI
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

FIESTA (Mixed Sandwiches)
L RM45

CARA MEMBUAT TEMPAHAN | Pastikan pesanan dibuat 2 jam sebelum supaya pesanan korang dapat di hanta pada masa yang ditetapkan. Pastikan korang menghantar detail seperti dibawah ni ke nombor yang tertera.

Perkhidmatan penghantaran terus ke tempat anda di sekitar Kuala Lumpur

Nama:
Nombor Telefon Bimbit:
Tarikh dan masa :
Alamat untuk penghantara / Self Pick Up:
Whatsapp (9 pagi – 9 malam) ke 011 3291 6119
Minimum Order : RM40

Sebelum deliver, delivery boys akan call dulu untuk confirmation. Pre-order boleh dibuat ANY DAY & ANYTIME! Dan jangan lupa untuk rujuk area yang available untuk service penghantaran sandwich ni. Bagi senarai kat bawah ni, korang boleh oder hari-hari untuk service penghantaran.


Bagi mereka yang berada di luar kawasan seperti di atas, seperti Bangi , Putrajaya, biasanya mereka akan buat road tour pada hari dan tempat tertentu untuk pickup oder. Jadi korang kena sentiasa tengok update kat instagram diorang lah.

MEDIA SOSIAL | Follow dan rujuk media sosial mereka untuk update-update mengenai mereka.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive