MAJLIS AMAL DAN BERBUKA PUASA DI KLANG PARADE

Klang Parade
Klang Parade
MAJLIS AMAL DAN BERBUKA PUASA DI KLANG PARADE  | Pertama kali MY sampai ke Klang Parade ni. Ramai yang kata ianya sudah banyak berubah berbanding Klang Parade yang lama. Tujuan MY ke sini pun bukan sebab nak shopping atau lepak-lepak buang masa, tapi atas jemputan dari pihak  Klang Parade sendiri ke majlis amal mereka iaitu "Iftar bersama ‪#‎KlangParade" untuk bersama-sama berbuka puasa dan meraikan beberapa orang pesakit buah pinggang serta keluarga mereka.
Dekorasi pentas utama di Klang Parade
Majlis amal ini merupakan anjuran Klang Parade dengan kerjasama The Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) . Ini merupakan inisiatif mereka untuk membantu meringankan beban pesakit buah pinggang dengan memberikan peluang kepada mereka untuk membeli belah keperluan raya di Klang Parade.
Ahli Lions Clubs di La Miss Klang Parade dengan pesakit Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan sedang membeli-belah sebelum berbuka puasa bersama pengurusan Parade Klang._foto KlangParade FB
Selepas membeli belah, pesakit buah pinggang serta keluarga diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di centre mall Klang Parade bersama artis tempatan dan media.
Persembahan dari artis; Dina nadzir
Beberapa orang artis tempatan juga dijemput untuk memeriah kan majlis berbuka tersebut dengan meyampaikan lagu-lagu top dari diorang sendiri. 
Sumbangan duit raya
Dina juga turut memberikan duit raya kepada yang diraikan
Dalam majlis ni jugak, pesakit buah pinggang serta keluarga turut menerima duit raya dari Klang Parade dan Lions Club. Dina Nadzir juga turut megambil peluang untuk memberi duit raya pada mereka dan tetamu cilik yang ada di sekitar majlis.
Group foto bersama peganjur dan pesakit buah pinggang
Terima kasih Klang Parade sebab menjemput MY dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis amal ini. Kami sangat memberi pujian diatas keprihatinan Klang Parade dan NGO terlibat dalam megambil berat tentang hal kebajikan seperti ini.
Antara blogger yang hadir di majlis amal tersebut
Tahniah MY ucapkan kepada seluruh tenaga kerja pengurusan Klang Parade dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis amal ini.

Post a Comment

1 Comments