travel, food and lifestyle blog

Monday, July 13, 2015

CABARAN MEMASAK REMPEYEK DI KAMPUNG SUNGAI SIREH


HOMESTAY SG. SIREH
CABARAN MEMASAK REMPEYEK DI KAMPUNG SUNGAI SIREH | Pada program yang lepas, MY telah berkesempatan ke HOMESTAY SG. SIREH terletak di daerah yang mana ianya amat di kenali sebagai Jelapang Padi Tercanggih di Malaysia. Disekitar kampung ini mempunyai tidak kurang dari 100 keping sawah padi yang mana ianya di usahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Bersiar sekitar kampung
MEMASAK REMPEYEK | Antara aktiviti yang sempat kami buat di sini adalah memasak rempeyek*Ha.. korang pernah makan rempeyek? 

Berdasarkan sejarah, rempeyek ini popular dalam kalangan masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu. Tidak hairanlah kalau ia begitu popular oleh penduduk setempat, kerana penduduk di sini  juga majoriti dari keturunan masyarakat Jawa.

 Cabaran membuat rempeyek_ Foto RambleAndWander
Pengalaman kami bermula dari membuat adunan, sehinggalah proses memasak dan siap dihidang. Bila sudah rasa sendiri pengalaman ni, MY akui, memang bukan mudah untuk membuat rempeyek ni, walaupun ianya hanya mempuanyai resepi yang sangat ringkas.

Rempeyek hasil air tangan kami
Ni antara bahan-bahan yang kami gunakan untuk cabaran memasak rempeyek kali ni.

250 gram tepung beras
200 gram kacang tanah
50   gram tepung kanji kentang@tepung jagung
2     sudu besar ketumbar
2     sudu besar jintan manis
       sedikit garam
300 ml santan cair
2     sudu besar air kapur
1     biji telur

Walaupun kumpulan kami terdiri dari 3 anak muda teruna, Alhamdulillah berkat kerjasama kami dapat hasilkan rempeyek yang boleh dikira okay la. *sedia untuk menerima tempahan hari raya. eh. Jangan tanya kenapa rempeyek kami bentuknya seperti itu. 

Ianya terbentuk mengikut jenis kuali yang digunakan. Jika kuali yang biasa yang cembung tu, hasilnya akan jadi seperti kat atas la, dan ada teknik nya sendiri untuk goreng rempeyek pada kuali jenis ni.

Alhamdulillah kami dapat siapkan cabaran kami dengan jayanya. Insyaallah nanti boleh praktik masak kat rumah. 


Share:

9 comments:

  1. Ghetooooo! Sedap ke idok? bhaha!

    ReplyDelete
  2. wahhh ada nilai komersial nih... he he he...

    ReplyDelete
  3. siap bungkus dengan daun pisang lagi... ihihhi terbaik.

    ReplyDelete
  4. Tahniah...pengalaman baru tu.

    ReplyDelete
  5. kalau aku buat kat rumah bagi kat mertua raya ok jugak kan. :D

    ReplyDelete
  6. Sedap rempeyek ni..lagi2 ikan bilis

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive