DESTINASI MENARIK TAMAN LAUT PULAU REDANG TERENGGANU

Di Laguna Redang Resort_foto Penaberkala
DESTINASI MENARIK TAMAN LAUT PULAU REDANG TERENGGANUMY cukup teruja bila pertama kali dapat menjejakkan kaki di Pulau Redang, Terengganu. Memiliki pasir putih yang cukup halus dan keadaan laut yang cukup memukau tidak perlu untuk MY ceritakan lagi. Memang tidak dinafikan, airnya cukup jernih yang bewarna biru kehijauan "crystal blue water"
Pasir putih dan halus_foto Penaberkala
Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, dan menjadi pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini sememangnya cukup popular dengan keindahan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam yang pasti cukup meyeronokkan. Memang sangat menyeronokkan dan indah panoramanya.
Sumber_www.thelostboylloyd.com
TAMAN LAUT REDANG | Untuk pengetahuan korang, aktiviti menangkap ikan memang tidak dibenarkan sama sekali di kawasan ini. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2 km dari pulau kerana Pulau Redang ini telah diwartakan sebagai taman laut. Mengutip terumbu karang dan hidupan akuatik lain juga dilarang sama sekali.*awas kalau tak nak kena sumpah jadi duyung buat selama-lamanya. hahahaha.
Suasana di atas jeti_foto Khai Artzfar
AKTIVITI DI PULAU REDANG | Tetapi pelancong yang datang ke Pulau Redang ini boleh menikmati keindahan sebenar kejernihan airnya yang bewarna biru kehijauan serta pelbagai spesies ikan yang cantik. Aktiviti yang sesuai di sini adalah snorkeling dan selam skuba. Pulau syurga ini cukup sempurna untuk aktiviti snorkeling, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. *tak perlu keluar jauh-jauh ke luar negara, Malaysia pun ada okay.
Aktiviti snorkeling_foto Pojiegraphy
Walaupun kesuntukan masa, kami sempat megambil peluang keemasan ni untuk merasai sendiri pengalaman snorkeling di Pulau Redang ni. Apa yang pasti ia cukup menyeronokkan. *walaupun MY tak pandai berenang dengan bantuan jaket keselamatan ni sedar tak sedar sudah berada jauh dari darat.hahhah
Mencari Duyung. Eh, ada ke?_foto Khai Artzfar
BOT KE PULAU REDANG | Mulakan pengembaraan meneroka keindahan Pulau Redang dengan menaiki bot di 2 pilihan jeti di Kuala Terengganu atau Marang. Masa perjalanan ke Pulau Redang ialah satu jam dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Marang.
Menaiki bot di jeti Kuala Terengganu_foto Pojiegraphy
MASA SESUAI KE PULAU REDANG | Masa yang sesuai perlu dipilih untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Ini supaya semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Waktu paling sesuai dan di cadangkan untuk korang ke Pulau Redang ni diantara April hingga September setiap tahun.
Bersama rakan media dan projek travel_foto Penaberkala
Bagi korang yang nak ke Pulau Redang ni, pastikan korang survay Resort dan Pakej Pulau Redang yang sesuai untuk korang.

Terima kasih MY nak ucapkan kepada pihak Gaya Travel Magezine dan Tourism Terengganu kerana sudi bawa MY dan rakan-rakan lain ke Pulau Redang ni.

Jangan lupa untuk lawat www.projektravel.com untuk lebih banyak perkongsian tentang travel dan makanan.

Post a Comment

8 Comments

  1. wah,menarik ni..x pernah lagi bercuti kt sane..

    ReplyDelete
  2. Iday tak pernah lagi pergi Pulau Redang, tapi iday teringin nak pergi pulau rawa. diorang kat sana cakap, pulau kat sana memang cantik. Hehehehe

    Tapi redang ni, jernih betul air diaaa. haha

    ReplyDelete
  3. Menarik sangat Tuan MY , rugi sapa x pi .
    Terlebih rugi sapa yang pi pastu gatai pi kutip karang lantas tersumpah jadi duyung.
    .
    Bab x pandai berenang tuan MY boleh consult haji. Hihi
    Haji akan rekemen skill berenang berbaring atas air , kalu penat takyah tido hotel. Bulih terus tidur atas air..

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak pulau redang. Dulu pergi cantik je sekarang tgk macam bertambah cantik plak.

    ReplyDelete
  5. wahh, nampak best dan menarik ni bro, aku belum pernah lagi ke sini

    ReplyDelete
  6. Yeah That's more like it . It's been a LOONNG WHILE since my last visited to redang Island . I Totaaly agreed with you ' Oh that shining crystal clear water " Damn it !! That's make me want to go there now . Haha . NIce info lah !! I hope i revisited there again since you have an awesome post to be shared .. !! Oh btw Projek Travel webblog seems doing pretty well . Thumbs up ! Who knows you guys make a brand in the future kan . It's like Travel Clinic to Malaysia .. Goodluck :D

    ReplyDelete
  7. salah satu pulau yang dalam list nk pegi..

    ReplyDelete