PERSEMBAHAN LED AMERICA'S GOT TALENT DI RESORT WORLD GENTING

PERSEMBAHAN LED AMERICA'S GOT TALENT DI RESORT WORLD GENTING | Siapa sangka persembahan bertaraf dunia yang mana pernah muncul dalam  rancangan realiti TV terkenal, America's Got Talent musim keenam kumpulan Iluminate mendapat tempat kedua dalam rancangan tersebut kini boleh ditonton secara live di Resort World Genting.


Resorts World Genting dengan bangganya membawa kumpulan yang dipilih sebagai ' the best new act in America ' ini ke Malaysia yang julung kali diadakan. Gabungan lampu, muzik dan aksi daripada mereka ternyata membuatkan persembahan mereka menarik dan ada kelainannya. MY telah berpeluang menonton mereka secara live dan ia sangat memuaskan.

Persembahan LED ini merupakan gerak tari daripada penari yang memakai sut LED yang membawa para penonton seolah - olah ke dunia lain. Dengan bertemakan Artistes of Light, persembahan selama 75 Minit ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. 

Jadi tidak hairanlah kumpulan ini sering bekerjasama dengan selebriti antarabangsa seperti The Black Eyed Peas dan Christina Aguilera. Malah kumpulan illuminate ini juga pernah ditampilkan dalam rancangan X Factor , Dancing with Star, The Ellen DeGeneres Show, Good Morning America, Billboard Music Awards dan American Music Awards 

Bagi mereka yang berminat untuk melihat persembahan live mereka, persembahan LED ini akan berjalan dari 3 April hingga 28 June 2015 . Harga tiket bermula :

Dewasa 
VIP - RM 198 
PS 1 - RM 138
PS 2 - RM 88

Kanak - kanak 
VIP - RM 98 
PS 1 - RM 68
PS 2 - RM 48 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan korang boleh hubungi www.rwgenting.com atau terus  hubungi 03 - 2718 111. 

Tunggu apa lagi? Jom 

Post a Comment

3 Comments