travel, food and lifestyle blog

Sunday, April 26, 2015

KERETA KABEL LANGKAWI DI GUNUNG MAT CINCANG | LANGKAWI SKYCAB

KERETA KABEL LANGKAWI DI GUNUNG MAT CINCANG | LANGKAWI SKYCAB | Alhamdulillah, ni kali ke 4 *kalau tak silap MY menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi ni. Yang mana pernah di gelar sebagai " Langkawi Permata Kedah ". Dimana, rasanya semua sedia maklum bahawa disini merupakan salah satu pulau yang bebas dari cukai. 

Berada di middle station SkyCab
Berada di middle station SkyCab
Jadi kalau ke sini, tak lengkap lah perjalanan kita kalau tak ke menaiki kabel car yang mana dikenali sebagai SkyCab ni.


HARGA TIKET SKYCAB 2015


Harga tiket bersama bukti MyCard untuk dewasa adalah RM20 termasuk pakage ke SKYDOME. *SKYDOME ni apa eh? Dengar cerita ianya dibina dengan nilai mencecah RM1.53juta! Apa ada dalam ni? Oh, kita boleh menonton animasi pada sudut 360 darjah. Ada kerusi dan ada layar gergasi. Animasinya adalah perjalanan menaiki roller coaster. *hmmmm, krik krik. Okay lah. not bad.

Admission Fee : 

Adult RM30.00
Child RM20.00 (2-12 Yrs Old)

MALAYSIAN with MyKad will enjoy special discount.*
For more info please see our Customer Service before purchasing of ticket.
* (subject to terms & condition apply)

* Last SkyCab departs from Top Station at 8pm (subject to climate condition)





TIPS KE SKYCAB LANGKAWI


1# MY nak nasihatkan, kalau nak ke sini. Pastikan korang datang awal untuk mengelakkan korang beratur panjang. Beratur panjang tu dah satu hal. Panas terik pulak sekarang ni. Nanti boleh rasa la. Rancang perjalanan korang.

2# Untuk pembelian tiket, pastikan korang get ready dengan Mykad. Untuk mendapatkan special diskaun.

3# Simpan tiket anda dengan baik.

4# Sarapan / makan sebelum naik ke atas. Ini untuk mengelakkan anda lapar. Kerana harga makanan di atas sangat mahal. *boleh agak kan.

5# AWAS kepada mereka yang gayat dan takutkan ketinggian. 

6# Bagi pegunjung perempuan. Anda dinasihatkan berpakaian yang selesa. Elakkan memakai skirt kembang. *kan tak pasal-pasal melayang haha. Seelok-eloknya pakailah seluar dan tutup aurat. eh hehe.

INFO MENGENAI LANGKAWI SKYCAB



Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA

T:[6]04-959 4225/1225
F:[6]04-959 1121/4121


Email: info@panoramalangkawi.com

Operation Hours :
Mon-Thur 10am-7pm
Wed Only 12pm-7pm
Fri-Sun 9.30am-7pm (extended Hours) incl. PH

* Last SkyCab departs from Top Station at 8pm (subject to climate condition)

Share:

3 comments:

  1. Sayangnya kami pergi dulu tak dapat nak naik..cuaca tak bagus

    ReplyDelete
  2. wahh best nya..teringin jugak nak naik sana :)

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER