travel, food and lifestyle blog

Tuesday, January 20, 2015

TAMAN TEMA LEGOLAND | MACAM-MACAM ADA

TAMAN TEMA LEGOLAND | MACAM-MACAM ADA |  Ha, untuk entry kali ni, sudah tiba masanya MY nak kongsi pengalaman MY di TAMAN TEMA LEGOLAND bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari pada hujung minggu yang lepas. Ianya sudah semestinya PANAS dan SYOK di sini. Apa yang PANAS? Apa yang SYOK? *ha jom kita pakat baca.

*PERINGATAN!! pastikan anda bersedia dengan cuaca yang agak panas. Sediakan payung atau pakailah topi yang sesuai.

Memandangkan waktu untuk chek in kedalam Hotel Legoland agak lambat iaitu dalam jam 4.00 pm, maka kami mengisi masa yang ada ke TAMAN TEMA LEGOLAND, yang mana ia dibuka seawal jam 10.00 am. 

Seawal langkah pertama korang semasa di pintu masuk ke taman tema ni. Korang sudah boleh melihat pelbagai jenis replika model dengan pelbagai bentuk dan maksud. Semuanya memang terlalu cantik dan teliti buatannya.

Semua replika yang dipamerkan memang dibenarkan untuk disentuh. Malah sesetengah dari replika-replika tersebut sangat menghiburkan bila ianya mempunyai sound tersendiri mengikut apa yang mereka ingin sampaiakan kepada pegunjung. Sebagai contoh patung orang tua sedang tidur seperti dalam gambar diatas mengeluarkan bunyi orang berdengkur. 

*bagi mereka yang ingin mengeluarkan duit, mesin atm Maybank ada disediakan di dalam taman tema ini.

Di dalam ni juga, korang berpeluang bermain game yang mana menjanjikan hadiah jika anda mampu melakukannya. *pastinya ia tidak percuma. dey, bayar dulu la kalau nak main.
Project X
Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak, pastikan korang try untuk merasai sendiri pengalaman hebat di Project X, yang mana ia berada di bahagian LEGO Technic.

Did you know? With 15 corners, Project X has more twist and turns that any other ride in the park.

Di bahagian LEGO Technic ni juga ada attraction lain seperti, Technic Twister, Aquazone Wace Racer, LEGO Mindstorms dan LEGO Academy.
Lego Mindstorms
Di bahagian LEGO mindstorms ni, pegunjung boleh megambil masa untuk belajar sendiri bagaimana untuk mencipta robot dengan menggunakan bongkah LEGO

Selain dari LEGO TECHNIC, bahagian yang cukup menarik perhatian MY di Legoland ni ialah di bahagian LEGO Kingdoms. *seolah-olah kembali ke zaman-zaman dulu dalam cerita Inggeris

Dengan rekabentuk Castle dan suasana dengan musiknya yang pasti membuatkan korang rasa seolah-olah berada di zaman tersebut. 

Disini juga, banyak attraction yang pasti akan buat korang teruja. Ianya seperti, The Dragon Roller Coast, The Dragon's Apprentice, The Forestmen's Hideout, Merlin's Challange, Royal Joust dan Castle Stage. Dikatakan, persembahan yang diadakan di Castle Stage boleh menghiburkan pegunjung ke era sebenar The Kingdom sehingga 500 orang pegunjung dalam satu-satu masa.

Korang juga boleh lihat di kiri kanan korang sepanjang perjalanan dari satu part ke satu part yang lain. Ianya menjanjikan pelbagai jenis bentuk lego yang telah direka mengikut kesesuaian situasi.

Seterusnya, korang boleh ke Land of Advanture dimana ianya menjanjikan pelbagai aktiviti yang sangat syok seperti, explore Dino Island, Laser-blasting hunt di Lost Kingdom, beetles bounce dan Pharaoh's revenge yang mana sesuai untuk kanak-kanak mencipta pengembaraan mereka sendiri. *yeah kat sini korang akan rasa seolah-olah berada di padang pasir

Selain dari itu, ada pelbagai lagi tempat menarik khususnya untuk kanak -kanak seperti LEGO City dan lain-lain lagi.

Disini juga, korang berpeluang menaiki train untuk mengelilingi seluruh taman permainan ini dimana kita bersama tour guide. MY juga nak mengesyorkan untuk korang naik menara berpusing, dimana korang boleh melihat seluruh taman tema ni dari ketinggian beberapa meter.

LEGO Star Wars Miniland


Bagi mereka yang meminati Star Wars. Jangan lepaskan peluang korang untuk melihat sendiri miniature StarWars yang diperbuat dari bongkah lego yang telah mereka pamerkan di LEGO Star Wars Miniland.

Baca entry lengkap mengenai LEGO Star Wars Miniland [klik]
StarWars
Dikatakan lebih dari 1.5 milion bongkah lego telah digunakan untuk membuat 1122 buah model untuk di pamerkan. Ianya dipamerkan mengikut episod-episod Star Wars di dalam filem.

MINILAND : Asia in LEGO Bricks


Akhir sekali, merupakan tempat wajib untuk korang tengok jika berada di Legoland ni. Ianya merupakan  MINILAND : Asia in LEGO Bricks

Disini, lebih dari 30 million bongkah LEGO telah digunakan untuk membina replika tempat menarik, bandar, dan landmark yang ada di Asia dengan skala 1:20. *sangat teruja dengan ketelitian pada setiap model yang diorang buat.

Ha macamana? MY dah pusing habis. Korang bila lagi nak datang ke sini? Yang pasti, ianya memang mengujakan. Memang syok habis. *dah habis suara menjerit-jerit naik rollercoaster tu ha.

Badan dah penat, kaki dah terkulai dah ni. Berjalan tak henti-henti dalam ni. Jadi, tiba masa untuk check in Hotel Legoland. *yeeehaaaa 

Share:

2 comments:

  1. Bestnyer pergi Lego Land......macam best jer...lain kali laa nak pegi bawa 1 family pasti seronok....
    Manfaat Daun Dan Buah Durian Belanfa Yang Patut Anda Ketahui

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive