Friday, October 31, 2014

TEWAS BERMARUAH | ALLIANZ AMAZING HUNT 2014

TEWAS BERMARUAH | ALLIANZ AMAZING HUNT 2014 | Pengalaman pertama kali MY join ALLIANZ AMAZING HUNT yang melibatkan berjalan dan berulang-alik dengan LRT di dalam kawasan Lembah Klang. Seawal jam 8 pagi,  18 Oktober 2014  di Allianz Arena, Tingkat Bawah, Plaza Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur ("Allianz Arena") ALLIANZ AMAZING HUNT 2014 ini telah bermula.

Foto ZulhilmiTempoyak
Pertandingan lebih meriah dengan penyertaan dari blogger-blogger hebat. MY meyertai  ALLIANZ AMAZING HUNT ini bukan kerana apa. Cuma ingin mencuba nasib dan merasai sendiri pengalaman di dalam aktiviti sebegini. Bukan sahaja kerana sebab itu, hadiah yang ditawarkan juga sangat menarik dan yang paling penting, yuran untuk meyertainya juga adalah murah iaitu RM60 untuk satu team.

Hadiah-hadiah yang telah ditawarkan: 

1st Prize: iPad Air x3
2nd Prize: Samsung Galaxy Camera x 3
3rd Prize: Lenovo Smartphone x 3
4th Prize: iPod Nano x 3
5th Prize: iPod Nano x 3
6th Prize: H&M Gift Card worth RM 300.00 x 3
7th Prize: H7M Gift Card worth RM300.00 x 3
8th Prize: 2 Majestic Hotel Dining Vouchers x 3
9th Prize: 2 Golden Screen Cinema Gold Class Vouchers x 3
10th Prize: Starbucks Card worth RM 100.00 x 3

Team MY adalah Blogger Kite Punye dan Blogger Budak Pacak. Alhamdulillah, kami dapat meyelesaikan semua task dalam masa yang ditetapkan. Cuma nasib tidak meyebelahi kami kerana ada kumpulan yang lebih awal meyelesaikan task-task yang telah disediakan. Apapon, MY banyak belajar benda baru semasa meyertai pertandingan ini. 

Apa yang paling MY ingat dalam peristiwa ini adalah tragedi makan sebiji buah tembikai. Untuk task ni kami banyak membuang masa. Apapon terima kasih kepada kedua-dua ahli group MY yang sentiasa cool dan terbaik.

4 comments:

  1. tak apa nanti kalau ada lagi boleh cuba lagi...

    ReplyDelete
  2. Cuba lagi pada masa hadapan. :)

    ReplyDelete
  3. Tahun depan ada lagi ni, boleh try pulun bagi dapat hadiah pulak amam MY

    ReplyDelete

Created By Sora Templates