travel, food and lifestyle blog

Monday, May 05, 2014

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG


KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Keretapi Sarong
KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG | SARONG ni biasanya kita kaitkan dengan VillagePeople je kan. Tapi siapa sangka tanggal 26 April 2014 lepas Bandaraya Kuala Lumpur di banjiri dengan manusia ber SARONG. *dah kenapa kan? . Tapi korang jangan terkejut, ini bukan kali pertama berlaku di Kuala Lumpur. Malah ini adalah kali ke 3.

Selepas kejayaan penganjuran KERETAPI SARONG sebelum ini, acara ini telah kembali menemui penduduk Lembah Klang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar dan Dang Wangi sebagai meet point.

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Keretapi Sarong
Yang lebih mengujakan MY, lebih membanggakan, 11 bandar di seluruh dunia seperti Lyon dan Besancon di Paris; Melbourne, Australia; New York City; Dublin serta Tokyo, Jepun tertarik membawa konsep sama ke negara mereka tahun ini.

#KeretapiSarong 2014 Melbourne - foto RandomAlphabets - RA
#KeretapiSarong 2014 New York City - foto RandomAlphabets - RA
Untuk melihat lebih banyak foto boleh rujuk di Facebook RandomAlphabets [klik] .

Acara KERETAPI SARONG kali ketiga sejak 2012 ini dikatakan bertujuan untuk mengajak orang ramai yang menaiki perkhidmatan LRT menggunakan kain sarung batik mahupun pelekat sebagai tanda memupuk semangat kekitaan dan kebudayaan. Ia juga dapat mempromosikan budaya tradisi batik dan sarong di Malaysia.

#KeretapiSarong 2014 - foto www.thestar.com.my
Acara ini dikatakan  inspired by no pants subway luar negara dan ianya ditukarkan ke sarong yang menunjukkan identiti tradisi masyarakat di Malaysia. Nanyian lagu rakyat seperti Rasa Sayang dan Wau bulan secara beramai-ramai juga menjadikan acara ini lebih bermakna.

Jom layan Video Rasa Sayang dari bro Sham Hardy [klik] nie.


Antara gambar telatah peserta di Malaysia. Mereka sangat kreatif dan sporting. * cayalah

KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Tidak kira budaya
KERETAPI SARONG 2014 | BERANI SARONG
Mat Saleh pun join 
Sangat kreatif kan diorang, *hurmm rugi rasanya MY tak dapat join. Terima kasih kepada sahabat MY, Shawn Razaleigh [klik] sebab sudi buat liputan dan berkongsi foto. Untuk melihat lebih banyak foto boleh rujuk di Facebook RandomAlphabets [klik] . Atau #keretapisarong #beranisarong.


Share:

3 comments:

  1. sarong batik cop utk wanita dan sarong pelikat utk lelaki tapi nampaknya dah carca marba plk..tp tu x jd hal sangat ; semuanya sarong belaka... LIKE.

    ReplyDelete
  2. taun lepas join, taun ni x dpt join..
    clash dgn tsdayout arituh

    ReplyDelete
  3. Mcm cumel ja pakai sarong hahaha

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive