Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Puteri Sarah Liyana | Sekitar Majlis Akad Nikah Syamsul Yusof

Syamsul Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Puteri Sarah Liyana | Sekitar Majlis Akad Nikah Syamsul Yusof | Tahniah MY ucapkan kepada Pengarah juga pelakon hebat dan terkenal, Syamsul Yusof selamat dan sah bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pagi ini dengan hanya sekali lafaz. * Alhamdulillah

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana
 telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.30 pagi tadi.

Majlis ini turut dihadiri oleh kedua-dua ibu bapa mereka  iaitu Encik Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin dan Puan Paridah binti Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail. Turut hadir ke majlis akad nikah pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana  adalah ahli keluarga dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Walau bagaimanapun, majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung pada malam (8/3/2014) di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian kerana seperti yang sedia maklum bahawa keadaan kesihatan Syamsul yang masih tidak mengizinkan. * Insyaallah doakan yang terbaik untuk Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana.

Selamat Pengantin Baru Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana dan tahniah sekali lagi. Semoga  Syamsul Yusof  cepat sembuh dan boleh menjadi suami yang baik . *Insyaallah amin

Sumber asal : TrekSelebriti

Post a Comment

2 Comments