Barakallah ukhti, Barakallah Akhi | Selamat Pengantin Baru Khairul Amin & Nurul Izzah

Selamat Pengantin Baru Khairul Amin & Nurul Izzah | Barakallah ukhti, Barakallah Akhi | Alhamdulillah seorang demi seorang kenalan dan rakan MY dah berumah tangga. *entah bila la agaknya turn MY ye haha. Dan kini sampai masanya kawan MY dari Rompin nie. *Alhamdulillah.

Tahniah bro Khairul Amin dan pasangan pilihan hatinya Nurul Izzah. 

Majlis akad nikah dan resepsi telah di lansungkan di  Muadzam iaitu pada tarikh 25/1/2014 dan di kampung halaman beliau sendiri di Rompin pada tarikh 1/2/2014 sebagai hari majlis menyambut menantu.

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada mereka suami isteri. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu . Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah." Ya Allah

Ya Allah, sempurnakan kebahagiaan kedua saudaraku ini dengan menjadikan pernikahan mereka sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti pengikat cinta kepada Rasulullah.

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat .
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Post a Comment

4 Comments