Pakej Pelayaran Muslim Murah | Pelancaran Pakej Pelayaran StarCruises Bersama Pak Nil


Pakej Pelayaran Muslim Murah | Pelancaran Pakej Pelayaran StarCruises Bersama Pak Nil | Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel merupakan satu usaha untuk memperkenalkan percutian di atas kapal di samping mempromosi pakej percutian bersama peminat Pak Nil sekali gus sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya beliau sepanjang lebih 24 tahun penglibatan beliau sebagai penggiat seni.

Menurut Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah.
“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan. Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telah dibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,” 
kata Cooper Huang.

Ditanya mengenai pakej percutian bersama Pak Nil yang akan diadakan pada bulan April ini, beliau menambah bahawa Pak Nil merupakan seorang ikon di Malaysia. Buat mereka yang bakal mengikuti pakej ini pada bulan April nanti, program khas telah dirancang khusus untuk peminat Pak Nil. Selain itu mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

Sementara itu menurut Datuk Aznil Hj Nawawi, orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini. 

“Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu kapal Superstar Libra baru-baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,”
katanya.

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpangkalan di Kuala Lumpur. Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah resort eksklusif yang terapung di laut lepas di samping hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan. Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview Stateroom, Oceanview Stateroom with Window, Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Kalau berminat boleh terus hantar email kepada saya di [email protected] untuk proses booking. cepat tempat adalah sangat terhad. *giler murah. bila lagi nak dapat peluang naik Cruise dengan harga camni.Sambutan hebat daripada peminat yang telah menyertai pelayaran bersama Pak Nil pada 2013 [klik] lepas memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan percutian bersama peminatnya pada 6 April – 9 April 2014 ini.


Post a Comment

2 Comments

  1. wah meriah ni ada paknil.. :)

    oh ya..hadiah ublogger tu zaza dh tuntut...tkasih ya mawardi.. ^__^

    ReplyDelete
  2. berkunjung di sini...

    Budak Blogspot -> http://www.budakblogspot.com/
    Penuh dengan info Blog, Tutorial & SEO

    ReplyDelete