[LAGU] Penjelasan Amar Tentang Rakaman Lagu Parodi Islamik | Video Macam Cantik Jer Macam Comel Jer (Full Version)

[LAGU] Penjelasan Amar Tentang Rakaman Lagu Parodi Islamik | Video Macam Cantik Jer Macam Comel Jer (Full Version) | Fenomena awek legoland dengan mata yang cantik dah menjadi-jadi. Makin menjadi-jadi hahahaha. "Syasha suka mata syasha. Macam cantik je, macam comel je" eh kbai. 

AMAR: Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya lah saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik "MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER"(Ilham video Awek Legoland). Ini disebabkan selepas saya upload video lagu ini versi nyanyian saya bersama piano solo minggu lps, byk stesen radio yang meminta saya merakamkannya secara penuh untuk dimainkan di radio mereka. Motivasi sy utk siapkan lagu ini secara full recording juga adalah disebabkan sokongan LUAR BIASA anda semua! Ramai yang tak henti2 inbox saya dan suruh saya rakamankan lagu ini. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa anda semua. Apa yang penting, jom kita ambil manfaat daripada lagu ini dan marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat-Nya yang tak terhitung banyaknya. Untuk info lanjut sila layari www.amar.com.my. Liriknya di sini:-

MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER

PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA

RAP:

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa.

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA


Lagu & penerbit: AMAR
Lirik: Magictawau Alif (Magician Sabah)
Senikata rap: AMAR
Senikata tema: Syasya Solero
Susunan muzik, piano, string & pad: AMAR
Gitar: Along Exist
Drum: Ujang Exist
Bass: Kelly
Studio: Ada Exist Studio
Mixing & mastering: Along Exist
Hak cipta: AMAR MAGICAL CONSULTANT AND TRAINING (www.amar.com.my)

***Penghargaan istimewa juga kpd Page2 ternama dan berpengaruh yg pernah mempromosi atau memberi sokongan kpd lagu ini sehingga meletup iaitu:- Oh! Media

Post a Comment

2 Comments