[BERITA] Wanita dicerai talak tiga bakar diri | Kritikal Selepas Terbakar Hampir 80 Peratus


[BERITA] Wanita dicerai talak tiga bakar diri | Kritikal Selepas Terbakar Hampir 80 Peratus Lagi kes yang melibatkan cerai talak 3, dulu kes cerai talak 3 selepas 3 jam kawin. Skekarang pulak kes bakar diri selepas dicerai talak 3 hmmm. Pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin sebelum wanita berkenaan di cerai talak 3. Huh, makin parah pulak wa rasa dengan emosi dan keadaan rakyat Malaysia kita nie.

Kuala Lumpur: Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.

Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber Berita 2013/11/13

.

Post a Comment

6 Comments

  1. Dia frust sgt kot.. Maybe dia syg lagi husband dia..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, takutnya dengar benda2 camni

    ReplyDelete
  3. Huh.. betul2 kecewa hingga sanggup membakar diri.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. hmm no wonder la perkahwinan kali kedua.mungkin dia ada memori hitam ngan suami pertama dia kot

    ReplyDelete
  5. ape kess.. sampai nak bakar diri.. fuuaiy.. nau'zubillah mintak dijauhkan ..

    ReplyDelete
  6. masalah mcm ni. mungkin kena g kaunseling or jumpa therapist

    ReplyDelete