travel, food and lifestyle blog

Monday, November 11, 2013

[BERITA] Beri Salam Sebelum Mencuri | Cubaan Pecah Masuk Rumah Pensyarah UITM

[BERITA] Beri Salam Sebelum Mencuri | Cubaan Pecah Masuk Rumah Pensyarah UITM | Machang, tempat kelahiran wa. Hmmm, tengoklah makin menjadi-jadi pulak kes-kes sebegini. Ada yang ditangkap tertangkap lah, dan ada yang bebas tu camner? mewah  dengan hasil curi mereka di luar sana.  Mangsa mereka pulak macamana? Selepas ni siapa pula mangsa mereka? Seolah-olah undang-undang yang ada tak memberi kesan apa-apa. 

Kereta digunakan pencuri. Gambar kecil, suspek berjaya ditangkap.
MACHANG - Polis dan orang ramai berjaya menangkap dua pencuri ketika cuba memecah masuk rumah seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan di Kampung Sungai Mas, dekat sini, pagi semalam.

Suspek pertama berjaya ditangkap beberapa minit selepas kejadian, manakala suspek kedua ditemui di kawasan berdekatan kira-kira jam 4 petang, semalam.

Anak mangsa, NurFairuza Syahira Zainuddin, 20, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia seorang diri di rumah dan menyedari dua lelaki masuk ke kawasan rumah dengan sebuah kenderaan selepas membuka pagar.

“Saya intai melalui tingkap namun tidak kenal mereka dan mula rasa curiga. Saya telefon papa dan tanya jika ada sesiapa mahu menghantar barang dan sebagainya namun dia menafikan. Lantas saya minta dia pulang segera.

“Pencuri terbabit turut memberi salam namun saya hanya diam. Mereka keliling rumah sambil beri salam dan apabila saya tidak jawab, mereka cuba cungkil pintu depan rumah,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.

NurFairuza Syahira berkata, dia menyorok di dalam bilik selepas menyedari pintu rumah dicungkil dan sekali lagi menelefon bapanya agar segera pulang.

Sementara itu, Prof Madya Dr Zainuddin Awang yang segera pulang ke rumah setelah dimaklumkan anaknya, melihat pencuri sedang mencungkil pintu rumahnya sebaik sahaja dia tiba.

“Saya segera bunyikan hon dan mereka cuba melarikan diri dengan kereta namun, tidak dapat keluar apabila saya menunggu di pintu pagar. Mereka langgar kereta saya namun saya bertahan bagi mengelakkan mereka lolos.

“Apabila melihat polis, rakan saya dan orang ramai datang, mereka keluar kereta dan lari ke dalam semak di belakang rumah," katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya menghadapi saat cemas tersebut.

Sumber Berita [klik]
.
Share:

4 comments:

  1. Bahaya betul srkunk nie... perlu berhati lau org kasi salam kat umah nie..
    Hurm ..

    ReplyDelete
  2. sungguh rakus rakyat malaysia setelah barang naik.. :)

    ReplyDelete
  3. duduk rumah pun tak selamat, luar rumah pun tak selamat. Jadi nak buat apa kita skrg ni ye?? bahaya betul, makin menjadi2

    ReplyDelete
  4. Berani betul pencuri mcm tu.. makin menjadi2 skrng ni.. mmg risau lah.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive