[ARTIS] Kamal Adli: ‘Kami akan kahwin’ | Kecil Hati Dengan Fizo?

[ARTIS] Kamal Adli: ‘Kami akan kahwin’ | Kecil Hati Dengan Fizo? | Sudah lama rasanya peminat-peminat Kamal Adli menunggu akan pengumuman hero mereka untuk menamatkan zaman bujang beliau bersama pelakon, Intan Ladyana, kerana sudah lama hubungan cinta mereka diketahui umum.

PELAKON filem Pe3, Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, mengaku tercabar apabila rakan baiknya aktor, Fizo Omar sudah pun menamatkan zaman bujang, Ahad lalu.

Walaupun dia terlebih dahulu menyulam cinta bersama pelakon, Intan Ladyana, namun Fizo nampaknya lebih pantas apabila membuat keputusan berkahwin dalam tempoh perkenalan singkat dengan isterinya, Mawar Abdul Karim yang merupakan anak kepada pengasas tudung berjenama Fareeda. 

Berpeluang bertemu Kamal pada hari perkahwinan Fizo, hero filem Kembar Siang ini memberitahu, dia berhasrat mengikut langkah rakan baiknya itu dalam tempoh dua tahun lagi.

“Perkahwinan Fizo seperti ‘panggilan’ untuk saya. Saya sebenarnya tercabar tengok dia kahwin dulu.

“InsyaALLAH, kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Saya memang tak nak tunggu lama. Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Tambah Kamal, sebagai persediaan dia kini bekerja keras demi masa depan yang selesa kepada bakal isterinya kelak. 

“Masa dua tahun itu digunakan untuk saya mempersiapkan diri dan melengkapkan apa yang sepatutnya sebelum menjadi seorang suami. Tapi, kalau katakan dalam masa dua tahun ini saya masih tidak berkahwin lagi, saya boleh anggap diri saya ‘loser’ lah.

“Banyak yang saya perlu bersedia. Intan pun tak mendesak dan dia sangat memahami," ujarnya.

Kecil hati dengan Fizo?

Meskipun gembira dengan perkahwinan rakan baiknya itu, Kamal bagaimanapun mengakui dia sebenarnya turut berkecil hati terhadap Fizo.

Jelas Kamal, manakan tidak, kerana dia dan Fizo sudah berkawan rapat sejak awal penglibatan dalam bidang seni sehinggalah mereka kini sama-sama terkenal tetapi dia tidak mengenali wanita yang berjaya mencuri hati Fizo itu.

“Saya tak pernah kenal Mawar dan saya sangat terkejut bila dapat tahu dia nak kahwin. Masa dia buat kejutan melamar Mawar pun dia tak beritahu saya. Masa mereka nikahlah saya baru jumpa Mawar.

“Sebagai kawan baik, saya pernah berborak mengenai hal kahwin. Tak sangka jodoh dia (Fizo) datang dulu. Apa pun, saya sangat gembira dan mendoakan rumah tangganya kekal bahagia. Saya harap Mawar boleh jaga Fizo dengan baik,” kata Kamal yang turut menyertai rombongan bagi pihak pengantin lelaki dengan membawa dulang hantaran bersama enam rakan artis, Iqram Dinzly, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Karl Shafek, Nazim Othman dan Rosyam Nor. 

Dalam perkembangan lain, Kamal kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Aksi di TV3 berjudul Jiwa. Drama arahan Khabir Bhatia itu turut menampilkan Faizal Hussien, Remy Ishak dan Siti Elizad.

Selain itu, Kamal juga berlakon dalam drama bersiri Terukir Di Bintang selain terlibat dalam program realiti terbaru TV3, Liga Lawak Superstar .

Sumber Berita

Pernah beberapa kali berjumpa Kamal Adli, ternya beliau merupakan seorang yang peramah. "Baru 1st time jumpa wa dah boleh rasa macam kenal dah lama", tu adalah kelebihan Kamal Adli terhadap peminat dia.

Post a Comment

10 Comments

  1. yg bawah tu ke calon kamal adli?Awww

    ReplyDelete
  2. rejeki masing2... mawardi bila pulak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan. huhu. saya ke? tunggu org masuk meminang dulu ekekeke

      Delete
  3. Jodoh pertemuan ditangan tuhan.. kita hanya merancang, Dialah yg menentukan.. :)

    ReplyDelete
  4. perrggghhh lama tu nak tunggu 2 tahun lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaah perancangan manusia bro. Tapi jawapan dia ada kt ALLAH. :)

      Delete