travel, food and lifestyle blog

Thursday, October 31, 2013

[BERITA] Tiga Jemaah Haji Meninggal Dalam Kemalangan | Kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Tiga Jemaah Haji Meninggal Dalam Kemalangan | Kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) | Suka bertukar duka ahli keluarga bila mendapat berita tentang kemalangan ahli keluarga diorang yang memang ditunggu-tunggu kepulangan dari Tanah Suci. 

Tiga Jemaah Haji Meninggal Dalam Kemalangan | Kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Jenazah tiga jemaah Haji yang baru pulang iaitu dua beranak Zainab Awg Hassan, 59, dan Kamarudin Ab Rahman,43, manakala seorang lagi Fatimah Said, 63, ditanam dalam satu liang lahad selepas terbabit dalam kemalangan maut di KM 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Tol Gambang dekat Kuantan, hari ini. Mereka bertiga baru pulang menunaikan ibadat Haji selepas van yang mereka naiki merempuh belakang lori.- Foto Bernama
KUANTAN - Waris tiga jemaah haji yang menemui ajal dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini awal pagi ini tidak menyangka saat yang ditunggu-tunggu dengan penuh gembira bagi menyambut kepulangan mereka dari Tanah Suci bertukar pilu.

Dalam kejadian 3.40 pagi di KM210.2, LPT dekat Gambang itu, van yang membawa pulang lima jemaah haji ke Kuantan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah merempuh belakang lori muatan bijih besi mengakibatkan tiga maut dan tiga lagi termasuk pemandu cedera.

Tiga yang maut ialah Kamarudin Ab. Rahman, 43, Zainab Awang Hassan, 59, dan Fatimah Said, 63, manakala isteri dan ibu Kamaruddin, Tuan Mazlinawati Tuan Abdullah, 40, dan Rokiah Ibrahim, 63, serta pemandu van Robaie Roslan, 45, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Cucu Fatimah, Nur Syafiqa Lyanna Saidi, 25, berkata, dia tidak sabar menunggu kepulangan neneknya selepas tidak bertemu lebih sebulan, namun mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Dia (Fatimah) memang kat sana katanya 'happy' sebab tahun lepas dia dah nak pergi cuma tak dapat...tapi tak sangka pulak nak jadi macam ni.

"Keluarga pun terima berita ini (kematian) dengan reda," katanya dalam sebak ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, HTAA.

Seorang anggota keluarga Kamarudin, Khairul Azhan Zainol, 41, berkata, mereka sekeluarga merancang untuk bercuti ke Pulau Langkawi selepas pulang dari Makkah.

"Saya hubungi biras saya, Mazlinawati (isteri Kamarudin) pada kira-kira jam 4 pagi untuk bertanya sama ada sudah sampai di Kuantan sebab jangka sampai jam 2 pagi namun mereka lewat.

"Ketika menghubungi Mazlinawati saya diberitahu mengenai kemalangan itu dan kami sekeluarga terus bergegas ke HTAA," katanya.

Jenazah ketiga-tiga mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Gambang petang tadi. - Bernama

Sumber: Sinar Harian 30/10/2013


Takziah wa ucapkan kepada keluarga arwah dan Al-Fatihah untuk arwah. 

.
Share:

4 comments:

  1. Baru dapat tahu rupanya arwah adalah Cikgu Kamaruddin yg pernah mengajar di sek saya dulu sekejap di SMAP...al fatihah dan takziah pd kluarga beliau

    ReplyDelete
  2. Salam Takziah buat keluarga arwah Cikgu Kamaruddin.Beliau merupakan rakan semaktab perguruan saya dan suami.Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah buat keluarga arwah Cikgu Kamaruddin.Arwah merupakan rakan semaktab perguruan saya dan suami.Al-Fatihah.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive