travel, food and lifestyle blog

Saturday, October 05, 2013

[MAKANAN] Kempunan Sate Willy | Sate Popular Kajang

[MAKANAN] Kempunan Sate Willy | Sate Popular Kajang | Semalam plan ngan housemate nak makan Sate Willy memandangkan orang pakat dok kata skang ni Sate Willy lagi Popular dari Sate Kajang Haji Samuri yang dulunya memang cukup popular di Kajang.


Tapi bila sampai je kat Ramal Food Junction tu. hmmmm memang macam dah diduga la kan. Penuh habaq hang. Menyepit-nyepit orang nak makan kat situ. Rimas pon ada. Wa ni memang tak suka tempat-tempat padat dan sempit camtu.

So tukar plan jalan kaki ke restorant berdekatan. Memandangkan sebelum ni memang dah pernah makan kat Restorant Yus tu, so wa ajak housemate wa makan sate kat Restoran Yus tu. Sate dia pun boleh tahan gak.

Tak dapat Sate Willy, Sate Yus pun jadi la kan. Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan. Lagipun Sate Yus pun boleh tahan jugak, cuma kuah kacang dia macam dia blanded sampai hancur. heheeheh.

.

Share:

6 comments:

  1. Waaaaaa..sedapnye..susah nak cari satay yang btol2 sedap. Yang penting kuah kacang die tu..

    ReplyDelete
  2. Sate willy mmg sdp. Kalo nk mkn dtglah waktu tgah bulan.. InsyaAllah merasa.hehe

    ReplyDelete
  3. dulu sanggup turun kajang nak makan sate kajang. sekarang ni sibuk dengan kelas. rasa nak terjah je kajang tengok entry ni

    recent post : Semangat Header & Logo Baru

    ReplyDelete
  4. Bukan nak cakap apa la kan. Masa awal-awal sebelum Sate Willy ni famous memang terbaik la sate dia. Kira sate paling sedap la.

    Tapi tu dulu la. Sekarang ni elok la makan kedai yang tak famous je bro. Bukan apa takut kecewa je nanti. portion memang besar. Tapi ko tau la kalau dah ramai orang. Sate dia semua dah siap bakar lepas tu letak dalam bekas kedap tu. Bila sampai kat ko memang dah sejuk la sate tu. Sejuk satu hal, dah kering dengan tak juicy lagi dah. Dua kali aku terkena memang taubat nak makan lagi sate ni.

    ReplyDelete
  5. heeee...tak pnah rasa lagi.. tpi yg pastinya tokey dia kawan aku hahaha..

    ReplyDelete
  6. dulu pernah makan masa sate willy ni lum pemes, time tu cuma stall sate cam biasa je... last year pergi balik terkejut tgk, dah ramai pekerja, pastu tempat bakar pun dah byk. tp MasyaAllah, order pakai buku then tunggu lebih 2 jam...huhu

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive