Kearah Jiwa Pendidik | Nak Sambung Master Di UPM | Terasa kekurangan sesuatu pada diri wa ni, walaupun hidup dah 23 tahun tapi terasa amat cetek ilmu yang ada. Memandangkan susah untuk mendapat kerja kebelakangan ni, wa rasa eloklah wa mendaftar untuk menyambung pengajian wa. Kursus yang nak diambil dah jumpa. Dulu ada dok usha-usha kat UTHM, tapi rupa-rupanya kat UPM pun ada.


Entah kenapa tetiba ada rasa nak jadi pendidik nie. Tapi kalau korang nak tahu, mak wa memang nak wa jadi pendidik pun, mungkin ni disebabkan makbulnya doa-doa mak wa selama ni. Sekarang ni wa dah tak kesah, yang penting rezeki halal. Tapi cita-cita untuk menjadi designer tu tetap dihati. Sebab tu jugak la wa apply Master of Technical and Vocational Education ni. Kalau tak jadi designer sepenuh masa pun, wa still boleh jadi pendidik untuk mendidik designer-designer kan. Insyaallah.


Borangpun dah setel dan selamat dihantar. Dengar kata member wa, borang wa sedang di proses. Alamdulillah. Mintak-mintak berjaya la kan. Tapi rasa cuak pun ada nak sambung belajar nie. (ceh ayat dia macam dah comform-comform dapat kan). Wa berharap la. Insyaallah , doakan wa ya :).

So bagi sapa-sapa nak apply master kat UPm leh la ke SGSUPM . Sini boleh check Kursus yang sesuai dengan korang "PROGRAMME" .

Persoalannya layak ker wa ni menjadi PENDIDIK? huhu

.



7 Responses so far.

  1. dear xila says:

    tiba2 terasa nak apply jugak lah huhu

  2. wahhh nak sambung master, moga permohonan dapat ye , good luck bro

  3. gud luck.. selamat menjadi warga upm ;)
    dah jadi student master lgi hebat dugaan.. hehe

  4. eehhh...beza umur setahun jer rupanya..tahniah...sy x sure la nak sambung master kke tak...

  5. aSSALAMUALAIKUM, nak tanya, kita apply setahun sebelum atau lepas graduate nanti? saya final year 2014 UMT ingat nak sambung master UPM. hee :)

  6. Waalaikumussalam, lebih baik lepas graduate. sebab saya x pasti kalau setahun sebelum :)

  7. Anonymous says:

    salam,,sy berminat utk smbg mstr utk course ni juge,,boleh bgtau x cara2nye? apply online ke mcm mne ye? tq.

Leave a Reply

Dah baca jemput-jemput la komen . kikikikiki