Rezeki Merasa Burger Bakar Abang Burn

Rezeki Merasa Burger Bakar Abang Burn | Rezeki nak merasa Burger Bakar Abang Burn hari ni bila member ajak untuk belanja makan kat luar. Tak pernah terlintas pun kat kepala otak wa ni nak makan Buger Bakar Abang Burn ni walaupun dah heboh satu malaysia tentang keenakan dan kehebatan Burger Bakar nya. 

So, kami ke Ramal Junction Food Court, Kajang. Boleh tahan ramainya orang kat sini, Biasalah dah tiba masa untuk orang makan malam. Lagipun kat situ food court. So memang jadi tumpuan orang la kan.

Abangburn.com | Burger Bakar Abang Burn adalah Burger Bakar paling lazat dan terpantas di Malaysia. Hanya 5-15 minit sahaja untuk setiap order. Burger Bakar Abang Burn confirm panas tak ingat! 

Abang Burn ada 14 jajahan. (Ampang, Kajang-Bangi, Nilai, JB, Kota Damansara, Sunway-Subang Jaya, Seremban, Seksyen 7 Shah alam, Seksyen 13 Shah Alam, Alor Setar, Klang, Melaka, Cheras Perdana, Pasir gudang)


Nila burger yang wa sempat jamah, simple. Tak besar sangat sebab perut dah kenyang, lagipun ada yang sudi belanja. Kalau tak memang tak merasala kan.

Boleh tahan rasanya, just nice. Tak cepat rasa mual. Memang tepat pilihan burger ni di ketika perut dah berisi. Hahahah. tapi wa akuilah memang okay layanan mereka. Dan yang paling penting cepat. Tapi kat sini wa nak share something dengan korang. Serius dari dulu sampai sekarang, wa tak pandai nak makan burger. hahahah. Itu adalah salah satu kekurangan pada diri wa. Kalau makan je mesti terabur huhu.

Ramal Junction Food Court, Jalan Ramal 1, Taman Sri Ramal, 43000 Kajang, Selangor
Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30pagi

Post a Comment

6 Comments

  1. burger bakar abang burn ni bila la nak smpai kelate.. grr

    ReplyDelete
  2. serius sedap:) selalu mkn kt sek 7

    ReplyDelete
  3. Tau x Ty hampir ke sana lepas bikin kereta! Sampai hati kan dating xajak Ty. Craving MEATBALL ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah sori ty, ni pon plan mengejut . member lama bawak p. xplan pom

      Delete