travel, food and lifestyle blog

Saturday, June 01, 2013

Pasar Payang, Kuala Terengganu, Syurga Batik Sutera dan Songket

Pasar Payang, Kuala Terengganu, Syurga Batik Sutera dan Songket | Jelajah Pantai Timur kami tidak hanya tertumpu pada Kelantan sahaja. Ia membawa jejak kami hingga ke Terengganu Kite. Negeri yang lebih dikenali sebagai negeri si Penyu. Jadi tidak lengkaplah perjalanan kami jika ke Kuala Terengganu kalau tidak ke Pasar Payang .

Gambar Pasar Payang, Kuala Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas | Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Gambar keindahan sekitar Pasar Payang

Inilah antara salah satu keunikan Pasar Payang. Dekat dengan laut, suasana yang amat menenagkan dan cantik. Walaupun riuh rendah dengan suara-suara jual beli dari pembeli dan peniaga. Tapi awas kalau ke sini kerana susah untuk mendapat parking jika ada seorang yang malas untuk berjalan jauh huhu.

Sumber : http://www.visit-terengganu.net/
Bagi wanita , di sinilah syurga batik dan Songket Terengganu yang sememangnya Berkualiti dan Bermutu. Dimana anda akan terpinga-pinga untuk mencari kedai yang sesuai untuk membeli dengan tawar menawar untuk harga lebih murah. " Anda bijak, Anda Untung" . So nasihat wa, kalau ke sana kena ada persediaan mental dan fizikal yang cukup kuat hahhaahaha. Mental untuk tawar menawar, fizikal untuk bergerak dan mencari. hehehehe 



Share:

4 comments:

  1. Rindunya nk pi Terengganu. Abes SPM nnti, nak pi sana lagilah :)

    ReplyDelete
  2. teringin nk p sana. xpernah2 p. org cakap batik dan kain2 kat sana murah. tul ke

    ReplyDelete
  3. sempat jugak aku borong kain batik ngan pelikat..hehe

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive