Ajar Mereka Makan Etok Salai

Ajar Mereka Makan Etok Salai | Zaman dahulu, etok dijaja dalam bakul yang dibawa oleh peraih wanita di atas kepala sambil mengelilingi kampung. Hari ini, penggemar etok boleh memperoleh etok tersebut di gerai-gerai tepi jalan sahaja.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebasEtok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang molluscdwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.

Sememangnya menjamah etok sebagai makanan ringan cukup sebati bagi penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang tanpa mengira peringkat usia. Isinya berwarna putih jernih enak dimakan apabila disalai dengan rempah. Ramuan istimewa itu biasanya menjadi rahsia pengusaha etok.

“Bagi yang tidak biasa, membuka cangkerangnya memang sedikit mencabar tetapi hasilnya berbaloi. Saya makan etok sebab rasanya sangat sedap dan ia berkhasiat,”

Meskipun cara membuka kulit etok bagi meratah isinya boleh membawa risiko gigi menjadi sumbing jika tidak dilakukan secara berhati-hati, ia bukan penghalang kepada peminat untuk menikmatinya.

“Etok adalah haiwan yang bersih dan jika kita amalkan makan isinya boleh merangsang dan menambah darah dalam badan”

p/s: AWAS kepada mereka yang berpenyakit RESDUNG!


Post a Comment

3 Comments

  1. etok sedap. nina suka sgt. first time ajar suami makan. dia cakap ni tak masak lagi nih. muehehee

    ReplyDelete
  2. lama tak merasa etok...sebab lama juga tak balik ke Kelantan...nanti raya nak cari etok....

    ReplyDelete
  3. cun2 awek dlm video tu..
    mohon kenalkan..
    hihi

    ReplyDelete