KEROPOK LEKOR TERENGGANU | MAKANAN TRADISI

KEROPOK LEKOR TERENGGANU | Makanan Tradisi | Rugi kalau ke Terengganu tetapi tidak singgah di gerai pengusaha Keropok Lekor yang mana anda boleh melihat sendiri bagaimana Keropok Lekor ini di usahakan. Sepertimana yang kita tahu Keropok Lekor merupakan makanan tradisi yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia yang terkenal di Terengganu. Di sini wa sempat  singgah di salah satu kedai pengusaha Keropok Lekor yang terkenal di Terengganu ini " Kak Yah Keropok Lekor" .

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas  |  Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Dan jika rajin , anda boleh menggorengnya . Pada masa ini, pembuatan Keropok Lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.

Rasai sendiri pengalaman sebenar merasi Keropok Lekor panas yang baru siap dimasak di Terengganu.




Post a Comment

8 Comments

  1. pegi la belik keropok dekat seberang takit..keropok yang kene amik nombor..dah mcm kat bank dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada eh x tahu plak tempt tu.. tq untuk info ye :)

      Delete
  2. bro sata ada bro ? feberet uuu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bro jom tgok sini http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/05/mana-lagi-sedap-satar-atau-lokching.html

      Delete
  3. ape ni ape ni buat lapar je . haha!

    maap lah ye sy dah lama tak update belog . tak istiqamah pun . tak sangka ada orang ingat dekat blog tu jugak . hheh

    ReplyDelete
  4. walaupun saya orang tganu tapi kurang makan kepok lekor...

    ReplyDelete