travel, food and lifestyle blog

Wednesday, May 29, 2013

Gulai Kawah di Majlis Walimatul Urus Que Achmad

Gulai Kawah di Majlis Walimatul Urus Que Achmad | Selamat Pengantin Baru Buat Que Achmad. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Que Achmad yang mesra dipanggil dengan panggilan Abe oleh kami, sudah sah bergelar suami kepada isterinya hehehehe. Maka susahlah nak lepak-lepak lagi lepas ni. Sebab tanggung jawab lain dah ada heheehe. 

Gambar Perkahwinan QUE ACHMAD

Tahniah.. Tahniah..Tahiah.. Moga kebahagiaan itu kekal hingga akhir hayat. Alhamdulillah juga, sebab kami diberi ruang masa untuk menghadirkan diri di majlis keraian mereka di Kota Bharu Kelantan. Diantara mereka yang hadir bersama memeriahkan majlis adalah Mk Syahir, Sueizza, QasehDahlia, Yantlee, Miezarzx, NajeebEdward dan AbgEddy. 

Menu kenduri pon boleh tahan, menu utama biasalah nasi minyak. Banyak pilihan lauk dan makanan lain. Memang tak tercapai nak letak dalam pinggan. huhu. Makan je setakat yang mampu. Jadi macam biasalah kalau ke kenduri di kelantan, apa lagi Gulai Kawah la kan. 

Gambar Gulai Kawah kenduri Di Kelantan
Sumber: www.photomalaysia.com
Kalau kat Kelantan ni, tradisi gulai kawah biasa dimasak bersama umbut kelapa. Tapi kat kenduri ni gulai kawah nya tidak dimasukkan umbut kelapa, tapi sedap. Umbut kelapa pula di jadikan kerabu. perghhh memang mantap. Saya orang kelantan pun tak pernah rasa lagi kerabu umbut kelapa ni. Apapon terima kasih buat Abe sekeluarga sebab sudi jemput kami untuk ke kenduri ni. Kami balik dengan perut kenyang dan senang hati. 

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat



Share:

8 comments:

  1. pandai berpantun rupanya...heehehe...kannn umbut kelapanya sedapppp sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaah... entah dari mana dicuri pantun itu wawawawa

      Delete
  2. lama kemain tak makan gulai kawah ni..

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan lagi gulai kawah huhu nampak sedap

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive