Ayat Al-Fatihah Rumi : Maksud, Terjemahan

Ayat Al-Fatihah Rumi

Surah al-Fatihah, diturunkan di Mekah setelah Surah Al-Muddathir. Dengan 7 ayat, ini adalah surah pertama yang sepenuhnya diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan al-Fatihah, yang bermaksud 'Pembukaan', kerana digunakan sebagai pembuka dan permulaan dalam al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Ummul Quran atau Ummul Kitaab, merujuk kepada kedudukannya sebagai ibu atau induk bagi seluruh isi al-Quran, dan inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri.

Selain itu, surah ini turut dikenali sebagai As-Sab'ul Matsaani, yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang, disebabkan oleh pengulangan ayat ini dalam setiap sesi solat.

Al-Fatihah (Arab: الفَاتِحَة)
AyatTeksTransliterasiTerjemahan 
1.1.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِBismillāhi r-raḥmāni r-raḥīmDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.2.ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَAl ḥamdu lillāhi rabbi l-’ālamīnSegala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
1.3.ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِAr raḥmāni r-raḥīmYang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.4.مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِMāliki yawmi d-dīnYang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
1.5.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُIyyāka na’budu wa iyyāka nasta’īnEngkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
1.6.ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَIhdinā ṣ-ṣirāṭ al-mustaqīmTunjukilah kami jalan yang lurus.
1.7.صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينṢirāṭ al-laḏīna an’amta ‘alayhim ġayril maġḍūbi ‘alayhim walāḍ ḍāllīnIaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Post a Comment

0 Comments